Oleh:
Faizal Sidik
Pengenalan
Kedah adalah sebuah
negeri jelapang padi, dimana negeri Kedah adalah penyumbang besar terhadap
penghasilan tanaman padi di negara ini. Kedah juga turut terkenal sebagai
negeri yang menghasilkan pelukis-pelukis
hebat negara. Ada dikalangan mereka bukan sahaja dikenali di sini malah
diperingkat antarabangsa. Perkataan ‘Gerak’ dari segi istilah bahasa boleh
dimaksudkan dengan ‘perpindahan tempat’, ‘berjalan’,‘keliling’, ‘berputar’,
‘pusing’. Manakala ‘Rupa’ pula didefiniskan sebagai ‘wajah’, ‘bentuk’,
‘sifat’. Pameran ‘Gerak Rupa: Pelukis Kedah Dalam Koleksi
Balai Seni Negara’ adalah sebuah pameran bergerak, berjalan dan berkeliling di
dua lokasi di negeri Kedah iaitu di Balai Seni Negeri Kedah dan Balai Seni
Negara Langkawi daripada Mac hingga Disember 2022. Pameran bergerak ini
menghimpunkan sekitar 40 rupa, wajah dan bentuk karya pelukis Kedah yang
terdapat di dalam himpunan tetap Balai Seni Negara.
Pengkoleksiann
pelukis Kedah di dalam Koleksi Balai Seni Negara boleh dibahagikan kepada 3
pembahagian iaitu Pelukis ganerasi baru, palukis ganerasi kedua dan pelukis
ganerasi baru. Pelukis pelopor atau pelukis ganerasi awal adalah pelukis Kedah
yang dilahirkan daripada tahun 1920 an hingga 1930 an seperti A.J Rahman
(1922-1995), A.B Ibrahim (1925-1977), Ibrahim Hussein (1929-2009), Ismail Zain
(1930-1990) dan Khoo Sui Hoe (1939). Pelukis ganerasi kedua pula adalah pelukis
yang dilahirkan sekitar tahun 1940 an hingga1960 an antaranya seperti Eng Tay
(1947), Sharifah Fatimah Syed Zubair (1948), A’Aishah (1954), Anuar Rashid
(1958) dan Amron Omar (1958), Rafie Ghani (1962) dan Zulkifli Yusof (1962) dan
Ahmad Fuad Osman (1969). Manakala itu pelukis genarasi baru pula adalah pelukis
yang dilahirkan selepas tahun 70 an misalnya Sabri idrus (1971), Choy Chun Wei
(1973), Aznan Omar (1973) dan Fauzul Yusri (1974)
Pelukis Ganerasi Awal
Pelukis pelopor atau
pelukis ganerasi awal adalah pelukis Kedah yang dilahirkan daripada tahun 1920
an hingga 1930 an seperti A.J Rahman (1922-1995), A.B Ibrahim (1925-1977), Ibrahim Hussein (1929-2009), Ismail Zain
(1930-1990) dan Khoo Sui Hoe (1939). Chooi Kok Keong (1938), Cheah Yew Sik
(1939). Para pelukis awal ini boleh dibahagikan kepada pelukis belajar sendiri
seperti A.J Ibrahim dan A.B Rahman manakala
pelukis yang mendapat pendidikan secara formal di sekolah seni adalah
seperti Ibrahim Hussein dan Ismail Zain. Pelukis awal yang belajar sendiri
cenderung untuk mengambarkan keindahan negeri Kedah melalui medium cat air.
Bahantara cat air menjadi pilihan mereka kerana sifat bahan itu yang lebih
spontan, bersahaja dan mudah dibawa. Tema yang dibawa pula memperlihatkan
kehidupan harian masyarakat di sawah bendang, keindahan pemandangan gunung,
pulau, pantai dan aktiviti rekreasi masyarakat kampung.
Terdapat 51 buah satu
karya A.B. Ibrahim di dalam koleksi Balai Seni Negara yang dihasilkan daripada
tahun 1950-an hingga 1970-an. Di dalam 51 buah karya ini ada beberapa karyacat
air atas kertas ini yang dihasilkan secara bersiri atau sambungan tajuk yang
sama seperti siri ‘Menanam Padi Di Kaki Gunung Jerai I hingga III’, ‘Musim
Menanam Padi I hingga III’, ‘Kapal Saudagar I hingga II’, ‘Turun Ke Laut I
hingga V’, ‘Lovers Island I-II’, ‘Pulang I hingga XI’, ‘Menanam Padi I-III,
‘Membajak I-III’ dan ‘Balik Rumah I-V’
Salah satu karya A.B.
Ibrahim yang berada di dalam koleksi Balai Seni Negara adalah karya cat air ‘Menanam
Padi di Kaki Hujung Gunung Jerai’ (1950an-1970an). Karya ini memperlihatkan
aktiviti menanam padi berhampiran dengan Gunung Jerai. Sebagai sebuah puncak
tertinggi dikawasan tanah rata penanaman padi Gunung Jerai menjadi
latarbelakang pilihan pelukis ini. Karya ini memperlihatkan empat pesawah yang
sedang menjalankan aktiviti menanam padi. Latar karya ini terdapat sebuah rumah
Melayu dengan atap rumbia dimana dihalamannya depan dan belakangnya terdapat
pokok kelapa rendang. Pemandangan ini adalah pemandangan yang biasa dilihat
dikawasan penanaman padi di Kedah sehinggalah ke hari ini.
Karya A.J. Rahman
‘Night in Langkawi’ (1976) adalah sebuah gambaran keindahan diwaktu malam di
Pulau Lagenda itu. Komposisi karya ini dilukis lihat mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap pelukis Romantik Eropah seperti John Constable dan J.W.W. Turner
yang mengambarkan pemandangan eksotik lanskap Inggeris. Manakala pengolahan
lanskapnya pula seperti pelukis Jerman. Karya ‘Night in Langkawi’ adalah sebuah
catan eksotika yang merakamkan sampan nelayan berlabuh dengan rumah-rumah
nelayan yang berhampiran dengan muara. Bahagian latarnya pula terdapat deretan
pokok kelapa manakala bahagian langit pula bulan sedang mengambang dan riak-riak
awan yang kelihatan mendung.
Terdapat 19 buah karya
oleh A.B. Aziz di dalam koleksi Balai Seni Negara. Salah sebuah karya yang bertemakan lanskap cat air
adalah karya A.B. Aziz iaitu ‘Pulau Sayak’ (1960 an). Pulau Sayak juga dikenali
dengan nama lain iaitu Pulau Baki atau dalam bahasa Inggeris pula adalah Residual Island. Nama lain iatu Palau
Baki ini diberikan adalah kerana terdapat empat lagi baki pulau kecil di sini
yang terbentuk hasil daripada hakisan air laut. Pulau Sayak terletak di daerah
Kuala Muda lokasinya berhampiran dengan kawasan pelancongan di Barat negeri
Kedah iaitu Pantai Merdeka. Pulau Sayak sangat terkenal dengan rangkaian pulau
yang indah dengan pasir pantai yang putih, berbatu dan air yang sangat jernih.
Orang tempatan di sini membahagikan Pulau Sayak di tanah pulau dan Pulau Sayak
tanah besar. Karya A.B. Aziz adalah pemandngan aktiviti nelayan di Pulau Sayak berhampuran
dengan tanah besar yang juga berhampiran
dengan jeti nelayan dimana kawasan ini adalah dimana tempat para nelayan
melabuhkan sampan mereka. Kelihatan seorang nelayan yang sedang naik ke darat
yang membawa peralatan nelayan. Dibahagian tengan terdapat dua sampan yang
masih menjalankan aktiviti menangkap ikan. Bahagian latarnya pula adalah Pulau
Sayak di tanah pulau.
Karya A.B. Kechik
agak berbeza daripada dua pelopor awal sebelum ini yang gemar menggambarkan
pemandangan kepada subjek-subjek aktiviti ekonomi dan sosial-budaya mayarakat
setempat. Terdapat 5 buah karya A.B. Kechik di dalam koleksi Balai Seni Negara.
Karya A.B. Kechik ‘Ayam Berlaga’ (1970 an) mengambarkan aktiviti popular kaum
lelaki iaitu menyabung ayam jantan. Karya ini dipenuhi dengan warna neutral cat
air iaitu warna kelabu. Fakus warna hanya diperincikan dibahagian tengah yang
diperlihatkankan daripada paruh ayam sehinggalah ke leher ayam. Pergelutan ayam
ini memperlihatkan rupa bentuk, gerak gaya terutamnya fokus yang diberikan
kepada bahagian kaki ayam. Walau bagaimanapun kini aktiviti sabung atau
pertandingan laga ayam tidak dibenarkan lagi dan mereka yang melakukannnya
boleh di dakwa atas kesalahan penyeksaan terhadap binatang.
Balai Seni Negara
menyimpan 8 buah karya di dalam pengkoleksiannya. Antara karya di dalam fasa
kedua perjalanan pengkaryaan pada tahun 1960-an adalah zaman Ib melanjutkan
pelajaran di England dan kembaraan beliau di Amerika Syarikat dimana beliau
menghabiskan masa selama hampir satu dekad di luar seperti karya ‘Manja’ (1960)
dan ‘Octopi I’, (1960), ‘Kekecohan-Tumult’ (1969) dan ‘Mengapakah Kamu Begitu – Why You Are, The Way You Are’ (1969).
Fasa ketiga adalah pada tahun 1970-an apabila Ib kembali ke tanahair dan
bergiat aktif dalam lanskap seni lukis tempatan terdapat satu karya iaitu
‘Genting’ (1978). Fasa keempat pada tahun 1980 an beliau mula meneroka teknik
garisan-garisan alun dengan cat dakwat pula dalam koleksi adalah seperti
‘Tumbuhan-Growth I’ (1980) dan ‘Tumbuhan-Growth II’.
Akhir tahun
tahun-tahun 1960-an merupakan tahun yang penting di dalam pengkaryaan Ibrahim
Hussein terutamanya tahun 1969. Pada tahun ini beliau menghasilkan 22 buah
karya. Antara karya-karya penting dalam tahun ini adalah seperti ‘May 13/13
Mei’ , ‘Are You Alone Up There?’Anda
Seorang Diri Di Sana?’, ‘Chairil Anwar’, ‘Farewell
to New York/Selamat Tinggal New York’ , dan
‘Mengapakah Kamu Begitu – Why You
Are, The Way You Are’ , ‘Sick
Politician’ dan ‘My Father and
Astronaut’
Menurut T.K.
Sabapathy pertama pada tahun 1969 Ibrahim Hussein menghasilkan beberapa karya
yang dibangkitkan daripada peristiwa bersejarah dan pergolakan yang berlaku di
dalam dirinya. Kedua, adalah dimana Ibrahim telah beralih arah pengkaryaan pada
tahun ini setelah beliau mula menemui teknik yang dinamakan ‘printage’ iaitu
teknik cetakan daripada akhbar dan foto. Karya Ibrahim Hussein ‘Mengapakah Kamu
Begitu – Why You Are, The Way You Are’
(1969) adalah antara karya terawal beliau menggunkan teknik cetakan ‘printage’
seni pop. Karya ini boleh dikatakan dihasilkan selepas karya ‘Farewell to New
York/Selamat Tinggal New York’ (1969) yang dimiliki oleh kolektor Zain Azahari
berdasarkan persamaan dari segi kesinambungan imej latar hijau. Apa yang
membezakan kedua-dua karya ini adalah dalam karya Ibrahim Hussein mula meneroka
garisan-garisan beralunan yang terdapat di bahagian atas.
Karya ini adalah
karya-karya akhir beliau yang dihasilkan di New York berdasarkan imej-imej
printage yang digunakan adalah bersumberkan daripada kutipan-kutipan daripada
akbar tabliod di sana. Fokus karya ini adalah dibahagian tengah yang terdapat
latar hitam dan bulatan berwarna putih. Imej latar hitam dan bulatan berwarna
putih ini mula disedari ditekankan dalam setiap karyanya selepas beliau
menghasilkan ’May 13/13 Mei’ (1969). Menurut Ibarahim dalam dialognya dengan
Tun Razak apabila mereka bertemu di suatu sesi penjelasan kaarya. Beliau
mengatakan bulat dalam karya beliau adalah metafora atau lambang terhadap
sebuah harapan.
Ismail Zain
dilahirkan di Kodiang iaitu daerah Kubang Pasu, Kedah pada tahun 1930. Beliau
adalah seorang pelukis, pendidik dan pemikir yang pernah menjadi Pengarah Balai
Seni Lukis Negara daripada tahun 1972 sehingga 1975. Terdapat 10 buah karya
Ismail yang berada di dalam koleksi Balai Seni Negara antaranya ialah
‘Untitled’ (1990). Karya ini adalah antara karya-karya terakhir yang dihasilkan
oleh beliau sebelum kematian beliau pada tahun 1991 di Kuala Lumpur.
Pengkaryaan Ismail
Zain boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat awal sekitar
tahun 1960-an dengan karya-karya kajian semasa mengikuti latihan secara formal di
sekolah seni di Ravensbourne dan Slade di London. Peringkat kedua pada tahun akhir
1960-an dan 1970-an dengan karya catan
abstrak hard-edge atau lukisan
catan tepat. Teknik hard-edge adalah lukisan catan abstrak yang mempunyai
rupa-rupa bentuk yang jelas dan berbatasan tepat dan gubahan yang ringkas.
Peringkat ketiga pada tahun 1980-an beliau beralih kepada karya yang
menggunakan aplikasi komputer yang dinamakan kolaj digital atau siri yang
dikenali sebagai ‘Digital Collage’. Pada peringkat akhir pada pertengahan
1980-an sehingga pada tahun 1990 beliau menggabungkan kedua-dua teknik tadi
dalam karya yang dinamakan siri ‘Untitled’.
Penghasilan karya
siri ‘Untitled’ oleh Ismail Zain pada pertengahan tahun 1980-an mempunyai kisah
yang tersendiri. Berdasarkan sesi perbual dengan Jaafar Ismail, sekitar
pertengahan tahuan 1980-an iaitu pada tahun 1984 tertubuhnya sebuah galeri seni
iaitu Saujana Fine Arts yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Galeri ini
diuruskan oleh beberapa orang pelukis dan korporat seperti Redza Piyadasa dan Ismail
Zain. Saujana Fine Arts adalah galeri tempatan seumpamanya yang ditubuhkan
sebagai usahasama antara pelukis atau kolektif pelukis. Galeri ini menguruskan
dan mewakili beberapa orang pelukis antaranya adalah Zakaria Ali, Fatimah Chik,
Yew Seng Chooi, Nirmala Dutt, Zambri Embi, Ismail Hashim, Lai Fong Moi, Eng
Hooi Lim, Mazeli Mat Som, Ruzaika Omar Basaree, Eris Peris, Tay Hooi Keat, Tay
Mo Leong, Redza Piyadasa dan Ismail Zain sendiri.
Munurut Jaafar Ismail
yang mengkuratorkan pameran ‘Ismail Zain: (Mem)Bayang Maksud’ yang diadakan di
Balai Seni Negara pada tahun 2019. Siri karya ‘Untitled’ oleh Ismail Zain siri
karya yang dihasilkan sejak tahun 1985 dan keatas untuk tempahan daripada hotel
dan pejabat korporat. Jika diperhatikan dengan teliti karya ini mempunyai
inspirasi daripada bentuk perulangan di dalam songket namun beliau memanfaatkan
tikar alas meja sebagai yang distensil dengan pistol sembur. Perihal ini dapat
di lihat daripada bentuk perulangan motif flora, bungaan. Kemahiran menggunakan
teknik hard-edge dan grid masih dikekalkan dengan jalur warna vertikal
ditengah.
Anak kelahiran Kedah
Khoo Sui Hoe dilahirkan pada tahun 1939 di Baling. Beliau mendapat pendidikan
awal di Nanyang Academy of Fine Art (NAFA)
di Singapura dari tahun 1959 hingga 1961. Pada tahun 1971 Beliau merupakan
pengurus merangkap kurator Alpha Gallery pada tahun di Singapura. Beliau kemudiannya belajar seni
grafik di Pratt Institute di Amerika Syarikat pada tahun 1974. Pada tahun 1979 beliau dan beberapa rakan
membentuk ‘Kumpulan Utara’ di Pulau Pinang yang banyak menjalankan pameran dan
program di Utara Semenanjung Malaysia
Karya beliau ‘Bukit
Baling’ (1965) adalah sebuah karya lanskap yang dihasilkan selepas beliau tamat
mengikuti pengajian di NAFA. Karya ini dihasilkan semasa beliau berusia 26
tahun. Karya ini diperolehi semasa beliau mengadakan pameran solo yang pertama
di British Council, Kuala Lumpur pada tahun 1965. Di dalam pameran solo ini
Khoo Sui Hoe menghasikna 33 buah karya cat minyak. Pameran ini ditaja oleh
Malaya Arts Council yang dipengerusikan oleh Kingston Loo seorang arkitek yang
terkenal, pameran ini mendapat liputan yang luas bukan sahaja di media cetak
malah di televisyen dimana ibu bapa dan keluarga beliau di Baling turut dapat
menyaksikannya juga dalam satu sesi temuramah yang diadakan.
Karya ‘Bukit Baling’
(1965) adalah sebuah karya lanskap pemandangan kawan berbukit bukau yang
dinamakan bukit Baling oleh pelukis terletak 2 kilometer daripada bandar Baling
. Bahagian hadapan ini terdapat dua pokok dengan dahan-dahan yang rendang serta
pohon yang berwarna hijau. Dari sudut ini kita dapat lihat pelukis melukis
bukit Baling dari lokasi bawah atau kaki bukit. Bahagian belakang pula terdapat
dua buah bukit yang berwarna perang. Kini bukit Baling dikenali dengan nama
Gunung Baling yang merupakan lokasi pendakian yang popular di negari Kedah
kerana mempunyai pemandangan yang indah dari atas. Kawan bukit Baling dipenuhi
dengan kawasan hutan sederhana dan berbatu yang digemari oleh para pendakian
untuk melakukan pendakian. Kini Gunung Baling diuruskan oleh Pejabat Pendakian
Gunung Baling di bawah seliaan Majlis Daerah Baling.
Chooi Kwok Keong
dilahirkan di Ipoh, Perak pada tahun 1938 dan menetap di Alor Setar, Kedah. Chooi
mendapat pendedahan awal dalam seni lukis pada tahun 1963 dengan mengikuti
kursus seni halus selama setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Semasa
di Kuala Lumpur beliau bergiat aktif menyertai Angkatan Pelukis Semenanjug
(APS). Pada tahun 1959 beliau mengajar sebagai guru seni di Kolej Sultan Abdul
Halim, Alor Setar dan semasa di sini beliau bergiat aktif pula dengan Angkatan
Pelukis Kedah (APK) sehinggalah bersara.
Terdapat dua buah
kary Chooi Kwk Keong di dalam koleksi Balai Sen Negara. Salah satunya adalah
karya ‘Penangkap Ikan’ (1963). Karya ini adalah antara karya yang beliau
hasilkan semasa menganggotai Angkatan Pelukis Semenanjung. Karya ini
memperlihatkan pekerjaan sebagai penangkap ikan. Terdapat tiga figura yang
kelihatan dalam lukisan cat minyak dimana setiap mereka memakai topi
tradisional yang biasanya diperbuat daripada anyamana daun nipah yang
sering dilihat di pakai petani di desa dan nelayan bagi melindungi daripada
cahaya panas matahari. Karya ini memeperlihatkan realiti kegiatan masyarakat
yang diperjuangkan oleh APS ‘seni untuk masyarakt’ untuk turun bersama-sama
dengan rakyat dalam merakam suasana sebenar mereka.
Cheah Yew Sik pula
dilahirkan di Sungai Petani pada tahun 1939. Beliau mendapat pendidikan awal di
Han Chiang High School di Pulau Pinang dan pendidikan formal dalam seni daripada Nanyang
Academy of Art (NAFA) pada 1961 dan Stoke on Trent College of Art di England
pada tahun 1965. Selepas kepulangannya beliau kemudiannya mengajar di Han
Chiang Art School di Pulau Pinang. Cheh Yew Sik juga adalah salah seorang
pengasas dan pengetua sekolah seni Kuala Lumpur Collage of Art. Selain
menghasilkan catan beliau juga berkarya dengan pelbagai medium yang lain
seperti cetakan dan seramik.
Pada tahun 2019 Balai
Seni Lukis Pulau Pinang telah mengadakan pameran imbauan 150 karya-karyanya
dalam pameran ‘Cheah Yew Sik Retrospective’ yang terdiri daripada lakaran,
catan, arca dan seramik. Balai Seni Negara memiliki 6 buah karya yang
dihasilkan dengan menggunakan cat air, cat minyak dan seramik. Karya ‘Pasar/Market’ (1962) adalah sebuah karya
diawal pengkaryaan beliau semasa berada di Singapura. Karya ini memperlihatkan
aktiviti jual beli di sebuah pasar pada tahun 1960 an. Di dalam karya ini juga
kita dapat lihat para peniaga pasar sedang duduk dalam memperagakan hasil
jualan mereka manakala ada figura pembeli atau pelanggan yang sedang menunduk
dalam memilih atau membayar barangan mereka.
Pelukis Ganerasi Kedua
Pelukis ganerasi
kedua pula adalah pelukis yang dilahirkan sekitar tahun 1940 an hingga1960 an
antaranya seperti Eng Tay (1947), Sharifah Fatimah Syed Zubair (1948), A’Aishah
(1954), Anuar Rashid (1958) dan Amron Omar (1958), Rafie Ghani (1962) dan
Zulkifli Yusof (1962) dan Ahmad Fuad Osman (1969). Sharifah Zuriah Al-Jefri
(1938), Abdul Ghani Ahmad (1945), Heng Eow Lin (1945), Ahamad Fauzi Hassan
(1959), Lye Yau Fatt (1959), Maamor Jantan (1961), Anasuwandi Ahmad (1967),
Rohaizal Saari (1969), Shafie Hassan (1958), Tan Thean Song (1946-2017),
Azahari Khalid Osman aka Aza Osman, Choh Kiat Siong (1968),
Pelukis Kedah
generasi kedua juga adalah pelukis yang mendapat didikan seni di dalam negara.
Namun ada diantara mereka yang melanjutkan pelajaran di luar seperti Sharifah
Fatimah Syed Zubair, Sharifah Zuriah Al-Jefri dan A’Aishah misalnya.
Pengakryaan pelukis ganerasi kedua di dalam koleksi Balai Seni Negara boleh
dibahagikan kepada tiga subjek pengkaryaan. Pertama, adalah pelukis yang
menghasilkan karya-karya seni abstrak sejak permulaan karier mereka sebagai
pelukis seperti Sharifah Fatimah Syed Zubair, Anuar Rashid, dan Zulkifli Yusof.
Kedua adalah pelukis figuratif seperti Amron Omar, Eng Tay dan Shafie Hassan.
Ketiga adalah pelukis yang memilih subjek lanskap pemandangan seperti Sharifah
Zuriah Al-Jeffri, Rafie Ghani dan Lye Yau Fatt.
Abstrak
Sharifah Fatimah Syed
Zubair dilahirkan di Alor Setar pada tahun 1948. Beliau adalah antara pelajar
terawal Diploma Seni Lukis di Institut Teknologi Mara daripada tahun 1967
hingga 1971. Dua tahun selepas menjadi pelukis sepenuh masa beliau menlanjutkan
pelajaran di Sarjana Muda di Reading University yang terletak di Barat London
daripada 1973 hingga 1976.. Seterusnya Ijazah Sarjana dari Pratt Insritute di
Amerika Syarikat pada tahun 1978 di atas geran John D Rockefeller III Fund
Fellowship. Pada tahun 1982 sehingga 1990 beliau dilantik menjadi kurator di
Balai Seni Negara dan semasa di sini beliau berkesempatan mengikuti kursus
pengurusan muzium di City University of London padan tahun 1987. Antara pameran
yang pernah dikuratorkan oleh beliau adalah pelukis kelahiran Yan, Kedah iaitu
Ibrahim Hussein dalam pameran retrospektif pada tahun 1986. Selepas tahun 1990
beliau bergerak sebagai seniman profesional sepenuh masa yang bukan sahaja
terhad dengan sebagai pelukis tetapi penulis, hakim, kurator dan wakil
delegasi.
Antara siri-siri
karya yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah seperti ‘Nursiyah and Other
Image’ (1983), ‘Touch The Earth’ (1992-1996), ‘Mindscape’ (1991-1993), ‘Joy Is
The Theme’ (1997-2003), ‘Pancawarna Sri Citra’ (2000), ‘Garden of the Heart’
(2005-2011), ‘Celebration’ (2010-2012), ‘Pancawarna’ (2013). Song of Eucalyptus
(2017). Pengkaryaan Sharifah Fatimah selam 50 tahun dilihat mempunyai pengaruh
lirikal abstrak oleh Helen Frankahaler. Terdapat 12 buah karya Sharifah Fatimah
di dalam koleksi Balai Seni Negara daripada tahun 1960-an sehigga 2000-an. Karya
‘Sri Jingga Indera Kayangan’ (1998) adalah sebuah karya dalam siri karya ‘Joy
Is The Theme’ yang dihasilkan selama 7 tahun daripada 1997 sehingga 2003.
Karya ini menggambarkan warna-warna ceria dan
sewarna terutamnya seperti jingga yang memenuhi bidang kanvas selain warna merah,
kuning dan hijau. Istilah ‘sri’ atau ‘seri’ membawa maksud cahaya, sinar, semarak,
kilau dan kilat. Manakala ‘Indera Kayangan’ adalah nama sebuah kota yang
dinamakan Kota Kayang iaitu kota yang dibina pada zaman Sultan Kedah ke-15
iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukkaram Syah I yang memerintah antara tahun 1661
sehingga 1687. Kota ini dikatakan sebuah kota yang tidak dapat dilihat kerana
dilindungi oleh bukit-bukit yang berada disekitarnya. Kota Indera Kayangan
adalah sebuah pusat pemerintahan yang tersembunyi dan hanya boleh dilihat dari
tempat tinggi dan atas fakta tersebut nama sedemikian diberikan Indera Kayangan
kepadanya.
Anuar Rashid
dilahirkan di Langgar, Alor Setar pada tahun 1958. Beliau mengikuti pengajian
pra-diploma di Instut Teknologi Mara, Terengganu pada tahun 1975. Kemudian
beliau mengikuti diploma di Shah Alam dari tahun 1976 hingga 1978. Sehingga
kini beliau telah mengadakan tujuh pameran solo dan empat siri karya iaitu Siri
Inderaputera, Siri Angin, Air dan Api, Siri Phantanum dan Siri Mihraj. Anuar
Rashid telah menunjukkan bakatnya yang luar biasa kerana semasa tahun akhir
menjadi pelajar seni lagi beliau telah
dijemput untuk mengadakan pameran solo pertama di Balai Seni Pulau Pinang pada
tahun 1978 yang mempamerkan karyanya daripada tahun 1976 hingga 1978. Pameran
solo kedua di Alpha Gallery, Singapura dan Johor Baharu pada tahun 1979 semasa
beliau berusia 21 tahun, dimana ameran solo ini mempamerkan karya-karya yang
dihasilkan daripada tahun 1976 hingga 1979. Pameran solo keempat diadakan di
Itali pada 1982 manakala solo kelima di London pada tahun yang sama. Pameran
solo keenam diadakan di Bucharest, Romania pada tahun 1983. Pameran solo
ketujuh diadakan di Alpha Gallery, Pulau Pinang pada tahun 2006. Pameran solo
ke lapan‘Anuar Rashid: Mihraj-Aku Hanya Seorang Tukang Cerita’ diadakan di
Balai Seni Negara pada tahun 2014.
Terdapat 6 buah karya
Anuar Rashid di dalam koleksi Balai Seni Negara dan salah satu daripadanya ‘Inderaputra-Kelahiran Diterbangkan Merak’ (1978). Karya
ini diperolehi melalui melalui pertandingan Salon Malaysia pada tahun 1979
dimana karya ini memenangi Hadiah Kecil. Karya ini adalah berdasarkan kajian
Anuar terhadap cerita mitos dalam Hikayat
Inderaputera menceritakan bagaimana Inderaputra yang masih kecil dilarikan oleh
merak emas dan kemudiannya beliau dijatuhkan kedalam halaman rumah nenek
kebayan seperti yang terdapat di dalam teks seperti ini :
Maka
kedua utusan itu pun sujud akan Maharaja itu dengan sukacitanya. Hatta dalam
berkata-kata maka Inderaputera pun turun daripada ribaan ayahanda baginda pergi
melihat merak emas mengigal di atas talam itu. Maka tiba-tiba merak itu
menyambar Inderaputera seraya diterbangkannya. Maka Inderaputera pun ghaiblah
daripada mata baginda dan orang sekalian dan Maharaja Bikrama Buspa pun melihat
anakanda baginda hilang. Maka baginda pun murka seketika.
Setelah sedarlah akan dirinya dan baginda pun menangis dan segala isi istana
pun gemparlah bertangis-tangisan dan isi negeri pun dukacita mendengar
Inderaputera hilang itu dan Maharaja Bikrama Buspa pun terlalu dukacita
sentiasa.
Hatta
maka Inderaputera pun diterbangkan merak emas. Maka jatuhlah ia kepada suatu
kebun nenek kebayan. Maka Inderaputera pun berjalanlah perlahan-lahan lalu
berhenti di bawah pohon delima. Maka Inderaputera pun makanlah buah-buahan.
Didalam karya dua panel ‘Inderaputra-Kelahiran Diterbangkan Merak’ (1978) ini Anuar
Rashid cuba menggambarkan bagaimana suasana anak Maharaja Bikarma iaitu
Inderaputera disambar dan diterbangkan oleh sang merak emas. Sungguhpun hikayat
atau cerita riwayat adalah cerita-cerita lama Anuar Rashid berjaya membawanya
dalam dimensi visual yang futuristik dan surealistik. Futuristik adalah dari
segi kemahiran teknik ‘glazing’ iaitu permukaan satah-satah seolah-olah berkaca dan bercahaya yang
diterokainya sejak awal pengkaryaan beliau. Gambaran catan jika diperhatikan
cuba membawa fikiran kita kepada suatu tempat yang asing yang belum pernah
difikirkan oleh manusia. Warna biru bidang yang terdapat dibahagian boleh
dikatakan simbol kepada ruang angkasa manakala warna putih kejambuan
seolah-olah kawasan bukit yang berawan. Unsur surealistik atau misteri di dalam
karya ini adalah merak kayangan yang diperlihatkan sebelah kanan panel sedang
terbang diperlihatkan secara penuh bertenaga, berkuasa dan keemasan. Bahagian
tengahnya pula seperti sebuah lembah yang terdapat binaan istana iaitu tempat
kelahiran Inderaputera diterbangkan oleh merak kayangan tadi.
Salah seorang pelukis wanita
Kedah yang kembali aktif berkarya di negeri asal setelah menuntut di luar
adalah A’Aishah Abdul Latiff . Beliau dilahirkan di Alor Setar pada 1954 dan
mendapat pendidikan awal seni dari Sekolah Tinggi Seni Rupa, Jogjakarta, Indonesia.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Rupa Indonesia (ASRI)
pada tahun 1975. Setelah kembalinya beliau bertugas sebagai guru seni lukis di
Kuala Lumpur pada tahun 1979 disamping aktif dengan Kumpulan Anak Alam. Semasa
di Anak Alam beliau banyak menghasilkan sketsa untuk majalah Dewan Sastera. Beliau
melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pendidikan di Universiti Malaya daripada
tahun 1982 hingga 1983. Pada tahun 1995 beliau bersara awal dalam bidang perguruaan
setelah 20 tahun berkhidmat untuk menumpukan bidang keusahawanan dan pelukis
sepenuh masa
Karya ‘Pemandangan’ (1979)
oleh A’Aishah adalah sebuah karya ketika beliau bersama Kumpulan Anak Alam di
Kuala Lumpur. Karya landskap secara abstrak ini adalah satu manifestasi
terhadap bagaimana seniman melihat alam
dari kaca mata seorang pelukis. Apabila kita melihat karya pemandangan melalui
lukisan abstrak kita boleh membahagikan nya kepada bahagian langit dan bahagian
bumi. Dalam bahagian langit terdapat warna merah kejinggaan yang sering
dikaitkan dengan warna senja iaitu sebelum matahari terbenam. Manakala bahagian
bumi dalam karya ini pula memperlihatkan tanah rata di bahagian bawah manakala
bahagian tengah terdapat seperti bentuk-bentuk condong seakan-akan lerengan dan
lurahan beserta dengan warna hijau seakan-akan pepohon. Jika diperhatikan
perkembangan karya A’Aishah selepas era 70-an garis-garis atau jalur-jalur
melintang terus diterapkan di dalam karya-karyanya selepas itu yang telah
menjadi satu identiti terhadap pengkaryaan beliau misalnya dalam siri-siri
hidupan laut yang dihasilkan olehnya.
Anasuwandi mendapat pendidikan
seni lukis daripada Institut Teknologi Mara pada tahun 19??. Pelukis kelahiran
Alor Setar ini dilahirkan pada 1967. Beliau pernah memenangi hadiah dalam Salon
Malaysia pada tahun 1991/92 dengan karya siri perangkap. Salon Malaysia ke-3
(1991/1992) yang merupakan sebuah pameran dan pertandingan seni lukis peringkat
tertinggi di negara ini dimana karya beliau ‘Trap Series: Bubu #2’ (1991) telah
diberi pengiktirafan memenangi Hadiah Kecil bagi Kategori Arca. Anasuwandi
pernah hadir dengan pameran solo pertama iaitu “Anassuwandi Ahmad: Perangkap” di
House of Matahati (HOM) yang dikuratorkan oleh Faizal Sidik pada 2011 adalah
kesinambungan daripada pengkaryaan beliau yang lepas dalam menghimpunkan hampir
20 karya yang dihasilkan daripada tahun 2009 hingga 2011.
Menyingkap semula di zaman
kecil tinggal dikawasan nelayan di utara Semenanjung yang begitu akrab dengan
aktiviti penangkapan di laut serta membubu dikawasan paya dan muara sungai
adalah permulaan kepada timbulnya karya-karya perangkap ini. Idea ini
kemudiannya diperkembangkan terus apabila memasuki Jabatan Seni Halus di
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (kini), Universiti Teknologi Mara di awal
tahun 1990 an dengan menterjermahkannya ke dalam bentuk seni kontemporari
menerusi seni arca tiga dimensi, arca dinding, catan dan media campuran. Karya ‘Trap
Series – Ranjau...Jalan Yang Dilalui #III’ (2006) adalah catan akrilik di atas
kanvas adalah variasi dalam pelbagai media yang diterokainya sebelum ini.
Balai Seni Negara memperoleh 7
buah karya Anasuwandi termasuk sebuah buku lakaran yang dihasilkan daripada
tahun 1991 hingga 2008. Dalam siri catan perangkap ‘Ranjau...Jalan Yang
Dilalui’ Balai Seni Negara memperolehi dua siri iaitu ‘Trap Series –
Ranjau...Jalan Yang Dilalui #III’ (2006) dan
‘Trap Series – Ranjau...Jalan Yang Dilalui #IV’ (2006). Karya ini sebuah
karya yang menggunakan subjek bubu buluh yang telah melalui fasa-fasa abstraksi
atau kemujaradan. Anassuwandi menggunakan penggayaan kraf pertukangan buluh
yang dihasilkan oleh seniman tradisi Melayu dahulu iaitu bubu sebagai subjek
perangkap dalam asas kepada struktur pembinaan pengkaryaan beliau. Bubu bukan
sahaja boleh dilihat sebagai salah satu cara untuk menangkap tangkapan selain
dari jala dan jaring didalam air tetapi bubu juga adalah satu peralatan dalam
mengambarkan satu bentukan yang memerangkap, menjerat, menjebak dan memenjarakan
sesuatu dimana beliau mahu mencipta persepsi dalam kehidupan kita. Tajuk siri
ini mengingatkan sebuah novel popular oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad
iaitu yang juga berasal dari Baling, Kedah yang bertajuk ‘Ranjau Sepanjang
Jalan’ yang diadaptasi ke filem tempatan dan luar dalam mengisahkan cabaran
atau ranjau dalam kehidupan manusia.
Azahari Khalid Osman atau
lebih dikenali dengan Aza Osman adalah seorang pelukis abstrak. Beliau mendapat
pendidikan awal seni dalam seni reka grafik di Jerman dan mendalami seni halus
di Itali. Waktu muda sebagai seniman beliau banyak membuat pengembaraan di
negara-negara Eropah. Setelah pulang tanah air dari kembaraan pada 1981 beliau
membukan galerinya yang dinamakan ‘Gallery 6’ di Kuala Lumpur. Beliau
meneruskan kembaraan ke negara-negara Asia Tenggara berkarya bersama-sama
Khalil Ibrahim. Antara negara yang dilawati oleh mereka berdua adalah Indonesia
dan bertemu dengan seniman besar Affandi di Jogjakarta. Pengkaryaan Affandi
mempunyai pengaruhi besar dalam pengkaryaan Aza selepas tahun 1980-an.
Karya ‘Tanpa Tajuk’ (1983)
oleh beliau adalah sebuah karya abstrak cat air terhadap karya-karya utama
beliau. Karya ini adalah suatu pengalaman peribadi yang dilalui oleh beliau
yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana aliran seni. Sungguhpun karya-karya ini
adala imaginasi beliau terhadap suatu observasi dan pengalaman emosi.
Unsur-unsur sureal atau alam bawah sedar terpancar dalam karya-karyanya
seolah-olah pengalam emosi itu membawa kita ke suatu alam buatan beliau
sendiri. Kini beliau berpengkalan di Langkawi dengan membuka studio dinamakan
Atma Alam iaitu sebuah studio, galeri, ruang pameran dan butik bersama
isterinya Rosyadah Yusof atau dikenali dengan nama Sada di sebuah lokasi yang
dinamaka Atma Alam Batik Art Village.
Figuratif
Amron Omar dilahirkan
di Alor Setar, Kedah pada tahun 1957. Beliau mendapat belajar secara formal pengkhususan
seni halus daripada Institut Teknologi Mara pada tahun sehingga 1979 sehingga
1982. Pada tahun 1983 beliau kemudiannya bekerja sementara dengan syarikat
pengiklanan sebelum mengambil keputusan untuk bergiat secara sepenuh masa.
Selain mengembangkan minatnya dalam lukisan gerak persilatanan beliau menerima
tempahan melukis potret golagan diraja dan bangsawan. Keunikan lukisan Amron juga digemari bukan
sahaja oleh ahli korporat dan orang kebanyakan untuk memotret diri mereka. Beliau
juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Institut Teknologi Mara, Shah
Alam, Institut Mensa dan pelukis pelatih untuk Angkatan Pelukis Semenanjung
(APS)
Balai Seni negara
memiliki 3 buah karya utama daripada catan yang dihasilkan daripada tahun 1980
hingga 1982 iaitu ‘Pertarungan I’ (1980), ‘Pertarungan II’ dan (1980) dan
‘Potret Diri’ (1982). Ketiga-tiga karya ini adalah karya pembentukan awal Amron
sebagai pelukis profesional. Sungguhpun karya-karya ini adalah pengkaryaan awal
beliau telah menunjukkan kehebatan permainan silat dan gerak langkah
sehinggakan karya ‘Potret Diri’ telah dianggat menerima Hadiah Kecil dalam
Bakat Muda Sezaman pada tahun 1982. Manakala itu terdapat sebuah lakaran atas
kertas dan 45 buah lakaran atas kertas tisu yang memperlihatkan kajian-kajian
pergerakan tangan, kaki, kekuda dan pertarunga yang dihasilkan daripada 2004
hingga 2008.
Amron Omar adalah
antara pelukis figuratif yang meminjam idiom seni tubuh Barat dengan seni
persilatan Melayu. Karya ‘Pertarungan I’ (1980) memperlihatkan dua aksi
pertarungan silat oleh dua orang yang dilihat dari sudut atas sedang membuka
langkah dimana tangan masing-masing seakan-akan ingin memberi isyarat agar
lawan masing-masing bersedia dengan gerak seterusnya. Bahagian kaki pula
dipersiapkan kekuda untuk merapati lawan masing-masing. Menurut Anurendra
Jegadewa kita dapat lihat naratif bagaimana kejantanan bangsa Melayu pada arca
timbul Hang Tuah di Muzium Negara dilanjutkan dalam lukisan Amron Omar. Sejak
1980, Amron gigih berusha menampilkan satu bentuk naratif menerusi gerak dan
jurus persilatan yang amat indah. Beliau berjaya mengolah segi-segi bentuk dan
gerak tubuh serta warna-warna enak pada karya-karya nampaknya yang menjunjung
aspek-aspek kebudayaan dan kepahlawanan bangsa Melayu.
Zulkifli Yusof di lahir pada
tahun 1962 di Yan, Kedah. Beliau mendapat didikan awal dalam bidang Seni Halus di
Institut Teknologi Mara daripada tahun 1987 hingga 1989. Kemudian beliau
melanjutkan pelajaran ijazah Sarjana di Machester Polytechnic, United Kingdom pada
tahun 1991. Sekembalinya ke Malaysia beliau telah mengajar selama empat tahun
di Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam. Beliau adalah merupakan pemenang
Hadiah Utama dalam pertandingan Salon Malaysia pada 1992 yang diadakan oleh
Balai Seni Negara dengan karya ‘The Power I ’.
Sepanjang kariernya sehingga
kini beliau telah menghasilkan 16 pameran solo antaranya 2 solo pada tahun 1996
‘The Power’ di NN Gallery dan ‘Brave New Art’ di The Art Gallery, Pulau Pinang,
Pada tahun 1997 pula dengan 3 pameran solo ‘Ahmad and His Shadow’ di Art-2
& The Substation, Singapura dan ‘Ahmad and Jibul’ di The Art Gallery, Pulau
Pinang dan ‘Zulkifli Yusof After Venice’ di Bangunan RHB, Kuala Lumpur. Pada
tahun 2000 dengan ‘Powerful Dialogue’ di The Art Gallery, Pulau Pinang. Tahun
2005 ‘Hot Temper’ di Utterly Art, Singapura. Tahun 2008 ‘Icon, Zulkifli Yusoff’
di Wei Ling Gallery, Kuala Lumpur. Tahun 2009 ‘Malaya’ di Utterly Art,
Singapura, Tahun 2009 ‘Zulkifli Yusoff – A Historical Survey, 1996-2009’ di Art
Salon & Seni, Kuala Lumpur. Pada tahun 2010 solo di Balai Seni Negara,
Kuala Lumpur dengan tajuk ‘Negaraku’ dan ‘Negaraku Selected Works’ di Utterly
Art, Singapura. Pada tahun 2011 ‘Writing Power’ di NUS Museum, Singapura. Pada
2013 ‘Rukunegara 2: Voice’ di Theo Art Project dan 2013 di Theo Art Project
dengan ‘Ideologies’ .
Karya ‘The Light Are On’
(1995) oleh Zulkifli Yusoff adalah salah
satu karya daripada 6 karya yang diperolehi oleh Balai Seni Negara. Karya ini
adalah empat buah lakaran dakwat di atas kertas adalah karya kajian instalasi daripada
‘Siri The Power’ yang beliau hasilkan sejak tahun 1990-an lagi hingga tahun
2000. Di dalam siri ini beliau merujuk buku Sejarah Melayu atau Sulalatus
Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang. Sulalatus Salatin atau perbualan
raja-raja Melayu merujuk kepada cerita-cerita golongan bangsawan. Salah satu
cerita di dalamnya adalah Meminag Puteri Gunung Ledang. Kisah ini menceritakan
tentang kekuasaan seorang penguasa yang tamak dalam mencapai cita-cita walaupun
terpaksa mengorbankan orang lain, dalam konteks kita pada hari ini yang digelar
sebagai desperado.
Eng Tay dilahirkan di Alor
Setar, Kedah pada 1947. Beliau telah berhijrah ke New York sejak tahun 1968
lagi sejak umur 21 tahun dan mendapat didikan dalam jurusan seni halus daripada
The Art Students League di New York pada tahun. Pada tahun 1972 beliau menyambung
pelajaran ijazah seni reka grafik daripada
The School of Visual Art, New York. Beliau kemudiannya bekerja sebagai
pereka grafik di Red Book Magazine dan menyertai Pratt Graphic Centre iaitu
bengkel seni cetak di New York sehingga tahun 1978 dan sehinggalah pada tahun
1980 beliau mengadakan jelajah melukis ke Amerika Selatan dan Asia Tenggara
pada tahun itu. Antara negara Asia Tenggara yang dilawatinya adalah Indonesia.
Eng Tay berkarya dalam
pelbagai media seperti catan, cetakan, arca dan seramik. Beliau mula mengadakan
pameran solo sejak tahun 1985, semenjak itu beliau telah mengadakan lebih 100
pameran solo bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi di Taiwan, Hong Kong,
Singapura, Malaysia, Britain, Jepun dan Indonesia. Pada tahun 1993 beliau
menubuhkan Tapir Edition iaitu studio seni cetak untuk pelukis profesional
disamping terus bergerak dengan TriBeCa studio di SoHo. Pada tahun 2015 beliau
membuka sebuah ruang pameran yang dinamakan E. Tay Gallery bagi memberi peluang
pelukis muda di sekitar New York yang berkarya dengan karya ekperimental dan
kontemporari mengadakan pameran secara berkala.
Pengkaryaan Eng Tay banyak
menyentuh konsep kekeluargaan seperti karya figuratif pertemuan keluarga,
lelaki dan wanita, kanak-kanak, hubungan persahabatandan muzik. Karya ‘Musical
Charm’ (2006) dalam koleksi negara berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan
dimana terdapat tiga figura yang sedang duduk dalam keadaan yang mungkin asyik
sedang mendengar alunan muzik. Dalam karya ini juga Eng Tay ingin menyampaikan
hubungan keakraban dikalangan ahli keluarga dengan stail yang telah beliau
praktikan sejak awal lagi.
Shafie Hassan ‘Siri
Warisan-Tarik Upih’ (2000)
Shafie Hassan seorang pelukis
cat air yang dilahirkan di Kulim, Kedah pada tahun 1958 dan dibesarkan di Guar
Cempedak. Beliau mendapat latihan seni daripada Maktab Perguruan Kota Bharu
daripada tahun 1978 hingga 1979. Beliau kemudian menyambung latihan perguruan
seni di Maktab Perguruan Khas pada tahun 1986. Pada tahun 1994 pula beliau
mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Sains Malaysia.
Pengkaryaan Shafie banyak
berkisar tentang nostalgia dizaman kanak-kanak semasa membesar di Guar
Cempedak. Antara subjek yang sering dirakamkan oleh beliau adalah permainan
warisan,
Than Thean Song ‘Main
Layang-Layang/Kite Playing’ (1968)
Lanskap
Abdul Ghani Ahmad ‘Kedamaian
Tropika Belum I’ (2006)
Sharifah Zuriah
Al-Jeffri ‘Lata Berkoh’ (1982)
Rafie
Ghani ‘Lillies Series’ (1999)
Maamor Jantan ‘Awan Di Taman
Halaman’ (2003)
Ahamad Fauzi Hassan ‘Alor Star
6 (Jalan Raja) – (2002)
Lye Yau Fatt
dilahirkan di Alor Setar pada 1950. Beliau adalah seorang pelukis cat air Kedah
yang menggunakan medium ini dari awal pembabitannya dalam bidang seni
sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 1986, Lye Yau Fatt berpeluang menyertai
bengkel cetakan di New York, Amerika Syarikat. Beliau aktif mengadakan pameran
sehingga lahir sebuah siri yang dinamakan ‘Joy of Living’ yang dihasilkannya
pada akhir dekad 1980-an sehingga 1990-an.Menurut Mohd Makhzan Musa Lye Yau
Fatt telah berjaya mengadakan dua pameran di Sum Art Gallery, Kuala Lumpur pada
tahun 1979 dan 1980.
Sebuah karya Lye Yau
Fatt bertajuk ‘Semulajadi/Nature’ (1979) boleh dikatakan adalah hasil daripada
perolehan daripada dua pamerannya di Kuala Lumpur berdasarkan sumber berikut.
Karya ‘Semulajadi/Nature’ adalah antara sebuah karya awal beliau sebelum
beralih kepaa ‘Siri Joy of Living’. Karya alam benda atau still life ini adalah sebuah karya permainan cahaya dan bayangan
dengan medium kegemaran beliau. Latar belakang karya ini adalah sebuah binaan
yang berkayu dan berbatu konkrit. Manakala subjek karya ini adalah tin majerin
yang berjenama Planta. Tin majerin ini sangat popular dikalangan ibu-ibu untuk
dalam menghasilkan biskut-biskut moden terutamnya di musim perayaan di negara
ini. Sehingga ke hari ini jenama Planta ini masih wujud dan digemari oleh
ganerasi baru ibu. Pasu bunga yang diperbuat daripada tin-tin terbuang untuk
dijadikan sebagai hiasan adalah pemandangan biasa dekad 1970-an dan 80-an di
Malaysia sebagai barangan kitar semula. Karya Yau Fatt ini adalah salah sebuah
karya dokumentasi peredaran zaman dari aspek konsumerisme yang berlaku di
negara ini.
Rohaizad Shaari dilahirkan di
Jitra Kedah dan beliau mendapat pendidikan rasmi seni dalam bidang seni halus
daripada Institut Teknologi Mara, Shah Alam daripada tahun 1988 hingga 1992.
Setelah tamat pengajian beliau kembali ke negeri kelahirannya untuk menjadi
pelukis sepenuh masa disamping aktif dengan persatuan Angkatan Pelukis Kedah
(APK). Pengkaryaan Rohaizad pada hari ini boleh dibahagikan kepada ‘Siri
Pemandangan’ yang dihasilkan daripada tahun 1986 hingga 2002. Beliau sering
mengadakan pameran berkumpulan menerusi siri pemandangan ini yang mengangkat
aktiviti pertanian tempat kelahiran beliau dilahirkan menerusi cat air.
Menyedari subjek ini telah dipelopori oleh Pelukis Tiga Serangkai seperti A.B.
Ibrahim, A.J Rahman dan Sidin Yahya beliau cuba beralih arah kepada subjek yang
agak berbeza.
Pada tahun 2003 beliau hadir
dengan pameran solo dengan Siri Gerek. Istilah gerek dalam bahasa bermaksud
sikal, perkataan ini bukan sahaja memberi makna kepada basikal tetapi dalam
makna yang lebih luas iaitu kenderaan sikal atau kenderaan yang mempunyai roda
seperti beca dan motosikal. Karya Rohaizad yang bertajuk ‘Dari Jelapang’ (2001)
adalah sebuah karya transisi peralihan dalam percubaan beliau untuk menerokai
‘Siri Gerek’ secara intensif lagi. Meletakkan sebuah motosikal Vespa model
klasik berwarna biru keluaran mungkin tahun 1950an sehingga 1970-an yang
mempunyai nombor pendaftaran negeri Kedah yang mungkin dimiliki oleh petani
berdasarkan tajuknya seakan-akan ingin mengatakan kenderaan ini adalah antara
kenderaan yang sering digunakan oleh petani didesa dalam bergerak dari satu
tempat ke suatu tempat yang lain.
Choh Kiat Siong dilahirkan di
pada tahun 1968 di Alor Setar, Kedah. Beliau adalah antara pelajar awal lulusan
Collage of Art Kuala Lumpur daripada tahun 1986 sehingga 1990. Pengkaryaan
beliau banyak dipengaruhi oleh bapanya yang juga merupakan pelukis sepenuh
masa. Selain melukis sepenuh masa Kiat Siong membuka kelas lukisan di tempat
kelahirannya. Beliau mengadakan pameran solo pertama pada tahun 1993 dengan
tajuk ‘Light and Shade’ di Rainbow Art Gallery di Pulau Pinang yang memaperkan
sejumlalh karya cat airnya.
Karya Choh Kiat Siong ‘Nagore
Durgha Sheriff Penang’ (2006) adalah
antara karya dalam pameran solo yang keempat yang bertajuk ‘Life’s Journey’
yang diadakan pada tahun 2006. Pameran solo ini mempamerkan himpunan karya
karya seni bina ikonik di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Melaka
antaranya ialah seperti ‘Kapitan Kling Mosque’ (2005), ‘A Famosa, Melaka’
(2005) dan karya ‘Nagore Durgha Sheriff
Penang’ (2006) dalam simpanan koleksi negara ini. Apa yang membezakan
karya Kiat Siong dengan pelukis lanskap senibina yang lain iailah beliau
menggabungkan pergerakan figura sebagai latar depan manakala seni bina adallah
latar belakangnya untuk menampakkan karyanya lebih hidup dalamm merekod
zamannya.
Pelukis Ganerasi Baru (pelukis muda)
Manakala itu pelukis
genarasi baru pula adalah pelukis yang dilahirkan selepas tahun 70 an misalnya
Sabri idrus (1971), Choy Chun Wei (1973), Aznan Omar (1973) dan Fauzul Yusri
(1974), Mohd. Fazli Othman (1982), Rosnizam Murat, Khairuddin Abdul Hamid,
Fathullah Luqman Yusof (1972),
Fauzul Yusri ‘Candi
Lembah Bujang’ (2004)
Masnor Ramli Mahmud
‘Sign of Life Series-Floating Image II’ (1995)
Ahmad Fuad Osman ‘An
Eye For An Eye Will Make The Whole World Go Blind’ (2003)
Choy Chun Wei
‘Collapsing I’ (2008)
Sabri Idrus ‘The
Golden Year (Triptych)’ (1999)
Mohd Fadhli Osman
‘Daily Struggle’ (2014)
Kesimpulan
Rujukan
Rahmidin Zahari, ‘A.B Ibrahim dan Lukisan Cat Air
Melayu’, Senikini #14, 2011, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, ms 20.
Mohd Makhzan Musa, ‘Seni Lukis Kedah Darul Aman’, Dewan
Bahasa dan Pustaka,2014, Kuala Lumpur
Amerrudin Ahmad, Haikal Zulkifli & Sarifah Abu Bakar
Ebau, ‘Pelukis Negeri Kedah Dalam Koleksi (Himpunan Tetap) Balai Seni Negara,
2017, Kuala Lumpur, ms 14-17.
Inventori Himpunan Tetap Warisan Seni Tampak Negara
1958-2003, Balai Seni Negara, 2003
Inventori Himpunan Warisan Tetap Seni Visual Negara
2004-2009, Balai Seni Negara, 2009.
Faizal Sidik, ‘Alkesah Yang Empunya Cherita’, Balai Seni
Negara, Kuala Lumpur, 2013, ms 33-34
Katalog ‘Ibrahim Hussein A Retrospective’, Balai Seni
Lukis Negara, Kuala Lumpur, 1986.
Sesi perbincangan dengan Jaafar Ismail berkenaan dengan
Galeri Saujana Fine Arts yang dimiliki oleh Kumpulan Pelukis.
Katalog ‘Saujana Fine Arts’, Subang Jaya, Selangor, 1984
Majalah ‘Another Initial Impetus #3- Session 3: Khoo Sui
Hoe’ National Gallery Singapore, 2020.
Kong Wai Yeng, ‘Cover Story: A brushstrokes of genius’,
The Edge Malaysia, September 2017.
Faizal Sidik, ‘Anasuwandi Ahmad: Perangkap’, katalog
pameran Anasuwandi Ahmad: Perangkap , House of Matahati (HOM), Kuala Lumpur,
2011.
