Sabtu, 23 Ogos 2025

0leh:Zaabah Hanafiah


Usai jam kerja kemarin, aku langsung pergi ke Universitas Malaya untuk melihat pameran seni rupa di Galeri Piyadasa.

Pameran ini menampilkan karya terbaru Seniman Faizal Sidik dalam bentuk dua dimensi berupa cetakan stensil dan patung tiga dimensi geometris yang disusun secara modular. Melalui motif berpiksel berwarna hitam yang tajam

Faizal menciptakan pola visual yang tegas, grafis, dan struktural.



Karya-karyanya menampilkan bentuk geometris yang berulang, dengan pendekatan grafik dan eksperimental, baik pada permukaan kertas mahupun dalam bentuk patung. Warna hitam yang dominan memberi kesan kuat, padat dan futuristik. Pameran ini juga memberi penghormatan kepada teknik stensil yang digunakan oleh Redza Piyadasa (Seniman konseptual terkemuka Malaysia) pada era 70an, namun dibawa ke dalam konteks seni kontemporer masa kini dengan pendekatan dan bahasa visual yang lebih sedar dan teknikal.

Meski ruang galeri berskala kecil, kehadiran karya-karya yang padat dan disiplin ini menjadikan pengalaman visual terasa monumental memperlihatkan bagaimana seni cetakan dan bentuk boleh berkembang menjadi instalasi yang berdimensi.

Pameran dibuka dari 17 Juli hingga 17 Agustus 2025 di Galeri Piyadasa, Universitas Malaya. Jangan lupa datang berkunjung kalau sedang berada di sekitar kampus! 




Penghormatan Kepada Karya Redza Piyadasa

 Oleh Raja Yusof Ariffin


Kuala Lumpur - Pameran Faizal Sidik - Stencil: Lukisan dan Arca Terbaharu yang menghimpunkan 50 buah lukisan dan arca mutakhir karya pelukis sendiri sejak tahun 2024, sedang berlangsung di Galeri Piyadasa, Universiti Malaya (UM).

Menerusi pameran ini, Faizal Sidik memberikan penghormatan kepada pengkaryaan Allahyarham Redza Piyadasa yang pernah menjadi gurunya dalam menggunakan teknik stencil untuk menghasilkan abjad-abjad yang membentuk teks atau tulisan lewat pengkaryaan beliau pada sekitar tahun 70-an.

Walaupun stencil bermaksud kepingan nipis yang biasanya diperbuat daripada kertas, plastik atau logam, yang ditebuk dengan corak atau reka bentuk tertentu, tetapi untuk pengkaryaan ini Faizal menggunakan stensil dalam menghasilkan motif piksel secara berpola-pola dalam lukisan dan arca terbaharunya.

Berlangsung dari 17 Julai hingga 17 Ogos 2025 tanpa bayaran masuk, perasmian pameranFaizal Sidik - Stencil: Lukisan dan Arca Terbaharu disempurnakan oleh Nazli Aziz, dari The ArtBusiness Podcast di Galeri Piyadasa, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Nazi menyatakan pameran ini bukan sekadar menampilkan karya baharu, baik dalam bentuk lukisan mahupun arca, tetapi juga satu penghormatan intelektual dan estetik kepada Piyadasa, tokoh penting seni kontemporari Malaysia"

"Piyadasa bukan sahaja pelopor seni konseptual di Malaysia, tetapi juga pensyarah yang pernah membimbing Faizal dalam pengajian Sarjana Seni Rupa Asia Tenggara di Universiti Malaya sekitar tahun 2003," ujarnya.

Tambah Nazli pameran tersebut memperlihatkan bentuk teknik yang sering dikaitkan dengan seni cetakan (street art) diadaptasi menjadi bahasa visual yang kompleks.


"Teknik stensil yang digunakan oleh Faizal, bukan sekadar alat mekanikal, tetapi diolah menjadi elemen konseptual dan naratif, mencipta motif piksel yang membina lapisan pemaknaan visual dan budaya," ujar beliau.

Di sebalik bentuk-bentuk geometri dan susunan sistematiknya, tambah Nazli, kita dapat membaca keterikatan Faizal dengan sejarah, bahasa visual, serta struktur pemikiran seni moden dan pascamoden.


Mengulas dengan lebih lanjut, pameran tersebut merupakan kesinambungan dan penghujahan terhadap karya seperti Pemandangan Malaysia Teragung oleh Piyadasa, yang memperkenalkan teks, semiotik dan lapisan makna dalam seni rupa Malaysia sejak era 70-an.

Karya yang menolak konvesikonvensi yang ada pada catannya ini pernah memenangi hadiah utama Pertandingan Lanskap Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1972.

"Oleh itu, pameran stensil ini bukan sahaja satu pencapaian seni individu, tetapi juga satu bentuk dialog sejarah dan warisan intelektual antara dua generasi karyawan, iaitu guru dan murid, pelopor dan pewaris."

Turut hadir YBrs. Prof. Madya Dr. Roslina Ismail, Jabatan Seni Visual UM; YBrs. Prof. Madya Dr. Ismail Abdullah, penyair-pelukis veteran; Mohd. Shaimy, pelukis veteran; dan rakan-rakan Faizal.




Teks Ucapan Perasmi - Faizal Sidik : Stensil

 


“STENCIL: LUKISAN & ARCA BAHARU”

Oleh Faizal Sidik | Galeri Piyadasa, Universiti Malaya

24 Julai 2025

 

Yang Berbahagia Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Warga Universiti Malaya yang dihormati,

Para seniman, ahli akademik, pelajar, dan para pecinta seni sekalian,

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Saya berasa amat berbesar hati dan bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama saudara dan saudari sekalian dalam majlis pembukaan rasmi pameran seni oleh salah seorang seniman dan pemikir visual negara kita, saudara Faizal Sidik, yang bertajuk “Stencil: Lukisan & Arca Baharu.”

 

Pameran ini bukan sekadar menampilkan karya baharu — baik dalam bentuk lukisan mahupun arca — tetapi merupakan satu penghormatan intelektual dan estetik kepada tokoh penting seni kontemporari Malaysia, Allahyarham Redza Piyadasa. Piyadasa bukan sahaja pelopor seni konseptual di Malaysia, tetapi juga pensyarah yang pernah membimbing Faizal Sidik sendiri dalam pengajian Sarjana Seni Rupa Asia Tenggara di Universiti Malaya sekitar tahun 2003.

 

Hadirin sekalian,

 

Pameran Stencil ini memperlihatkan bagaimana teknik yang sering dikaitkan dengan street art atau seni cetakan diadaptasi menjadi bahasa visual yang kompleks. Teknik stensil yang digunakan Faizal bukan sekadar alat mekanikal, tetapi diolah menjadi elemen konseptual dan naratif — mencipta motif-motif piksel yang membina lapisan pemaknaan visual dan budaya.

 

Di sebalik bentuk-bentuk geometri dan susunan sistematiknya, kita dapat membaca keterikatan Faizal dengan sejarah, bahasa visual, dan struktur pemikiran seni moden dan pascamoden. Ini adalah kesinambungan, malah penghujahan, terhadap karya seperti The Great Malaysian Landscape oleh Piyadasa, yang memperkenalkan teks, semiotik, dan lapisan makna dalam seni rupa Malaysia sejak era 70-an.

 

Faizal juga merupakan antara segelintir seniman yang mampu menggabungkan amalan seni dengan pengkajian dan penulisan seni secara aktif — menjadikannya bukan hanya pengkarya, tetapi juga pengkritik dan kurator yang dihormati, bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau Asia Tenggara.

 

Pameran ini menghimpunkan karya-karya yang dihasilkan sejak tahun 2024 hingga kini — menunjukkan perkembangan teknik, bahan dan pemikiran Faizal yang semakin matang dan mendalam.

 

Para hadirin yang dihormati,

 

Galeri Piyadasa, yang menjadi lokasi pameran ini, tidak dapat lebih sesuai — sebuah galeri yang dinamakan sempena tokoh yang menjadi sumber ilham utama pameran ini. Justeru, pameran Stencil bukan sahaja satu pencapaian seni individu, tetapi juga satu bentuk dialog sejarah dan warisan intelektual antara dua generasi pengkarya: guru dan murid, pelopor dan pewaris.

 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Faizal Sidik atas keberanian dan konsistensinya dalam meneroka bahasa visual baharu, dan kepada Universiti Malaya atas usaha menganjurkan ruang untuk perbincangan seni yang bermakna.

 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan pameran “Stencil: Lukisan dan Arca Baharu” oleh Faizal Sidik di Galeri Piyadasa, Universiti Malaya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.





Faizal Sidik - Stencil: New Drawings and Sculptures




The exhibition 'Faizal Sidik - Stencil: New Drawings and Sculptures' is an exhibition that brings together the latest works on paper and 3 dimensional works produced by the artist from 2024 until now.

This exhibition is also a tribute by the artist for the work of Redza Piyadasa. Piya using the stencil technique to produce alphabets that form text or writing through his work around the 70s.
Stencilling produces an image or pattern on a surface by applying pigment to a surface through an intermediate object, with designed holes in the intermediate object. The holes allow the pigment to reach only some parts of the surface creating the design. In practice, the (object) stencil is usually a thin sheet of material, such as paper, plastic, wood or metal, with letters or a design cut from it, used to produce the letters or design on an underlying surface by applying pigment through the cut-out holes in the material.
However, in this show, Faizal Sidik uses stencils to produce pixel motifs in patterns in his latest drawings and sculptures.
Faizal Sidik was the pioner student to study for a Master of Visual Arts, namely a Master of Southeast Asian Visual Arts offered at the Cultural Centre, University of Malaya under the supervision of Redza Piyadasa in 2003 which is now called the Faculty of Creative Arts.



Faizal Sidik - Stencil : Lukisan dan Arca Terbaharu

 



Pameran ‘Faizal Sidik - Stencil : Lukisan dan Arca Terbaharu’ adalah pameran yang menghimpunkan karya-karya lukisan dan arca mutakhir yang dihasilkan oleh pelukis dari tahun 2024 hingga kini.

Pameran ini juga adalah sebuah penghormatan pelukis terhadap pengkaryaan Redza Piyadasa yang pernah menjadi gurunya dalam menggunakan teknik stencil dalam menghasilkan abjad-abjad yang membentuk teks atau tulisan lewat pengkaryaan beliau sekitar tahun 70 an.
Stencil bermaksud kepingan nipis, biasanya diperbuat daripada kertas, plastik, atau logam, yang ditebuk dengan corak atau reka bentuk tertentu. Apabila dakwat atau warna disapukan pada stensil, corak yang sama akan terhasil pada permukaan di bawahnya. Stensil digunakan untuk menghasilkan salinan berulang-ulang bagi sesuatu reka bentuk atau imej
Namun dalam pengkaryaan ini Faizal Sidik menggunakan stensil dalam menghasilkan motif piksel secara berpola-pola di dalam lukisan dan arca terbaharunya.
Faizal Sidik merupakan pelajar terawal yang mengikuti pengajian sarjana seni visual iaitu Sarjana Seni Rupa Asia Tenggara yang ditawarkan di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya di bawah seliaan Redza Piyadasa pada 2003 yang kini dinamakan sebagai Fakulti Seni Kreatif.



Teks Ucapan Perasmi - Faizal Sidik : Retrospektif 25 Tahun

 


Saya juga dipelawa oleh penganjur untuk memberi sepatah dua kata tentang Faizal: Bagi mendekati hasil karya Faizal kita boleh menggunakan dua pendekatan iaitu berkecuali dan subjektif.

Agak sukar bagi saya cuba untuk memperkatakan hasil karya Faizal dengan sambil lewa tanpa pengiraan yang kami telah berkenalan agak lama juga - Saya mengenal Faizal pada tahun 2011 semasa dia bersama saya sebagai co-curator dalam show di Balai Seni Lukis Negara bertajuk Wayang U-Wei Angkat Saksi. Saya berpeluang menyaksikan etik kerja dan kesungguhannya dalam melakukan kerja. Hingga apabila saya dipelawa oleh puan Murni pada tahun 2018 untuk mengadakan art show di museum Terengganu dan Kedah dengan Faizal sekali lagi sebagai co-curator, saya tidak teragak-agak & menerimanya dengan sebulat hati.

Dan agak sukar juga bagi saya untuk tidak mengambil kira amalan disiplin Faizal yang pernah belajar di Institut Teknologi Mara di Manjung Perak, kerana sebenarnya pertama kali saya sedar kehairan beliau dalam dunia seni halus tempatan di Bakat Muda Sezaman pada 2000 dengan karya 'Voice Without a Sound'. Werk itu diberi hadiah Special Jury Mention dan kemudian pada tahun 2002 work yang bertajuk 'Rawana Desperado' di sertakan dalam edisi Bakat Muda Sezaman tahun itu.

Dan amat sukar juga bagi saya mengabaikan sejarah perjalanan seni beliau: meninjau hasil karya Faizal.

1. Lukisan (1996-2006) - semasa penuntut di UITM Manjung Perak
2. Sulam (2007-2012) - di bawah kontek Shalini Gallery pada 2009 membuat 3 sho selepas itu; G Hotel Pulau Pinang (2010-11); Leonardo's Space, Bangsar (2011); & KLPAC (2012)
3. Lukisan Songket (2012-2019); 6 show - Museum of Asian Arts, University Malaya (2017); Melaka Art Gallery (2018); Terengganu State Museum di Kuala Terengganu (2018); Kelantan Art Gallery di Kota Bharu (2019); Kedah Art Gallery di Alor Setar (2019).
4. Pixel (2018-2022); - Galeri Seni Matic di Kuala Lumpur (2023)
5. New Works (2023) - Galeri Kuan, Ampang di Kuala Lumpur (2023)

Oleh itu dua poin yang ingin saya sentuh sedikit adalah ruang dan corak.

Faizal yang pernah bertindak sebagai kurator dan jikalau kita lihat pada work awal iaitu 3-D-nya, ia wujud kerana adanya ruang- work 3-D tiada punya erti tanpa ruang.

Dengan memahami sedar ruang seperti seorang pemain/pelakon, work 3-D akan 'hidup' bila diletak pada/dalam ruang yang sesuai. Dan sangat penting bagi membina sebuah show berkumpulan work itu harus mampu berbiara bersama sambil tidak hilang atau tenggelam di antara work lain.

Sejak di penghujung tahun 2000-an Faizal bergerak ke work songket dan pixelnya. Dia mula banyak melukis ke atas pemukaan yang rata - di bingkai empat persegi atau bulat, Dia mengunakan cat dan berus melalui garis yang sangat precise kerana beliau sedang meneroka konsep songet dan corak-coraknya. Dia mereka corak-corak baru yang masih membuat kita terasa familiar agar mengingatkan kita pada songet dan ajaman sambil meneroka vocabulary baru dalam genre itu.

Ucapan perlancaran harusya seperti doa pendek dan ringkas, oleh itu sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas dan sekali gus mendoakan sukses pada Faizal Sidik dan juga tidak ketinggalan pada ruang Soka Gakkai atas mengajurkan show ini. Dengan lafaz Bismillah hirohma nirohim saya melancarkan sho 'Faizal Sidek: 25 tahun Karya dari 1999-2024.

U-Wei Bin HajiSaari






Teks Ucapan Pelukis - Retrospektif 25 Tahun


 


Assalamuaikum dan Selamat Sejahtera

 

Terima kasih Pengerusi Majlis,  Yang Berusaha Mr Tan, Setiausha SGM, Yang Dihormati Dr. Uwei Hj Saari pengarah filem dan penulis dan hadirin yang datang ke majlis perasmian ini.

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan bersyukur ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya pameran tinjauan pengkaryaan saya selama 25 tahun ini dapat dibina.

 

Sekalung penghargaan juga buat keluarga tercinta, teristimewa buat bonda dan ayahanda tercinta yang hadir pada hari ini iaitu kedua-dua ibu bapa saya Zabidah Binti Ahmad Jelis dan Sidik Bin Nordin kerana mendoakan saya.

 

Teristimewa buat Isteri dan anak saya Nurain Karim, Akid Rayqal, Abid Naufal dan Adil Iqmal kerana sentiasa sabar dan memahami saya selama 25 tahun ini.

 

Tidak lupa juga adik-beradik, saudara mara, rakan-rakan yang datang memberi sokongan pada hari ini.

 

Setinggi penghargaan juga kepada kumpulan kuratorial pameran di Soka Harmoni Gallery, Wisma Kebudayaan SGM ini yang diketuai oleh Vicky Ho dan pembantu beliau seperti Chung Bin, Wen Xuan, Chew,  Evan dan Creative Group SGM, terima kasih kerana telah memberi kerjasama dan membantu saya dalam memasang dan menyiapakan pameran ini.

 

 


Hadirin yang dihormati

 

Saya masih teringat kata-kata arwah Rahimie Harun iaitu seorang pengumpul seni dan pentadbir seni. Semasa bersua secara tidak sengaja di galeri tempat beliau bertugas ketika itu, beliau pernah mengatakan kepada saya kepada saya pada ketika itu yang baru sahaja bergraduan dan sebagai pelukis muda. Katanya “5 tahun pertama adalah fasa awal yang penting yang menentukan kerjaya seorang pelukis”.

 

Maksud beliau adalah ketahanan dan kekuatan dari segi emosi dan spiritual inilah yang menentukan kelangsungan 5 tahun seterusnya untuk menjadi seorang pelukis tulen. Alhamdulillah penanda aras yang  arwah berikan ini telah saya capai seterusnya telah memberi dorongan kepada saya untuk terus berkarya dan berpameran.

 

Syukur kini saya terus kekal 25 tahun berada dalam mewarnai lanskap seni lukis Malaysia.

 

 

Semoga pameran ini dapat memberi manfaat dan menambahkan lagi khazanah visual negara

 

Sekian. Terima kasih