Jumaat, 5 April 2019
Jumaat, 18 Januari 2019
Aznan Omar: Antara Seni, Persekitaran, Manusia dan Mesin
Oleh: Faizal Sidik
Masyarakat hari
ini terutamnya di Malaysia sangat berbeza dengan kehidupan masyarakat pada 50
atau 60 tahun sebelumnya. Sebagai sebuah negara pertanian selepas kemerdekaan
Malaysia memasuki fasa kedua sebagai sebuah negara perindustrian pada awal
tahun 1980 an. Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh kerajaan membawa
Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun sehingga dikenali sebagai The
Asian Tiger atas kekuatan ekonominya. Penciptaan komputer dan evolusinya
telah membawa kepada penciptaan-penciptaan yang sukar untuk dipercayai oleh
masyarakat dahulunya.
Memasuki era
teknologi maklumat mahu atau tidak mahu Malaysia perlu mengikut rentak
negara-negara yang agak kehadapan ke arah itu maka Koridoraya Multimedia atau
Multimedia Super Corridor (MSC)
telah dibangunkan pada pertengahan tahun 1990 an seperti model yang terdapat di
Silicon Valley. Maka syarikat-syarikat luar yang berasaskan media telah diberi
status MSC dalam menjalankan penyelidikan dan pelabur media baru seperti
telekomunikasi, animasi dan media baru. Inkubator-inkubator sebegini di serata
dunia ini telah menjadi makmal terhadap penciptaan manusia pada hari.
Kehadiran internet
atau jaringan-jaringan yang menghubungkan antara satu sama lain seperti jaring
pada sarang labah-labah telah memacu perkembangan teknologi perhubungan pada
hari ini dan pada masa yang sama telah mengubah persekitaran kehidupan manusia.
Teknologi yang juga world wide web atau www ini pada awalnya telah
digunakan oleh Pentagon bagi kegunaan dalaman ketenteraan terhadap misi
keselamatan dan peperangan telah dikomersilakan kepenggunaannya kepada orang
awam. Pembinaan enjin carian yang terawal seperti Internet Explorer, Yahoo,
Mozilla Firefox dan yang popular pada hari ini Google telah membuka era baru
maklumat kini berada dihujung jari dengan adanya kabel internet di pejabat dan
rumah. Capaian terkini melalui wifi atau internet tanpa wayar manusia kini
boleh berkomunikasi walau dimana sahaja mereka berada di atas kapal laut, kapal
terbang di udara atau di kutub utara sekalipun manusia masih boleh berhubung.
Sebagai makhluk
sosial manusia sememangnya tidak boleh hidup keseorangan. Di dalam Al-Quran
surah Al-hujurat ayat 13 Allah SWT berfirman masksudnya “Wahai umat manusia! Sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”. Ayat ini mengajak umat
manusia bukan untuk bermusuhan terhadap perbezaan yang ada pada pada mereka
dari segi warna kulit, bangsa dan agama tetapi untuk memakmurkan bumi ini.
Dalam kata lain perihal ini bermaksud manusia bukan sahaja menjaga hubungannya
dengan pencipta secara vertikal, apa yang disebut sebagai ‘hablumminallah’
tetapi juga hubungan dengan manusia, alam dan haiwan secara horizantal atau
‘habluminanass’.
Bidang seni dan
rekaan juga tidak terlepas daripada terbias dengan fenomena baru yang menyerang
masyarakat dunia pada hari ini. Seniman hidup di dalam masyarakat, persekitaran
masyarkatlah yang menjadi inspirasi mereka dalam menghasilkan bentukan yang
mewakili masyarakatnya. Aznan Omar bukanlah nama baru dalam pengarcaan, pameran
solo kedua beliau di Pusat Kreatif, Balai Seni Negara yang bertajuk ‘Manusia
dan Mesin’ adalah refleksi pelukis terhadap fenomena gaya hidup digital
masyarakat kita pada hari ini. Karya ini boleh dianggap kritikan sini beliau
terhadap kegilaan masyarakat kita pada hari ini terhadap penggunaan telefon
mudah alih sebagai interaksi sosial.
Perubahan
perhubungan ini bukan sahaja merubahan persekitaran masyarakat berhubung dari
segi sosial malah dari sudut budaya iaitu bahasa juga telah berlaku. Misalnya
istilah-istilah yang dicipta oleh pengguna telefon mudah alih seperti selfie,
wefie, viral, hashtag dan lain-lain telah memaksa badan perancangan bahasa di
negara ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka mencari padanan yang sesuai bagi
memenuhi permintaan bahasa masyarakat pada hari ini seperti swafoto, foto,
tular dan tanda palang bagi istilah-istilah baru itu tadi agar masyarakat lebih
memberi keutamaan meggunakan bahasa kebangsaan bagi urusan rasmi atau
perhubungan.
Terdapat tiga isu
utama yang dilontarkan oleh Aznan dalam penghasilan karya-karya dalam pameran
solo ‘Manusia dan Mesin’ ini. Pertama, ialah interaksi manusia dengan alat
teknologi mudah alih melibatkan penerokaan karya dari sudut amalan, tingkah
laku dan obsesi pengguna dalam menjalankan aktiviti komunikasi digital. Kedua, pengutaraan karya dari sudut aktiviti
perkongsian sosial yang melibatkan gaya hidup berswafoto dan berkongsi gambar
di media sosial. Pengalaman swafoto, isu berkaitan tular (viral) dan aktiviti
bergambar secara beramai-ramai juga dijadikan tema di dalam kajian ini. Ketiga
pula, merupakan penerokaan kajian ke atas gaya hidup berhibur menerusi hiburan
digital yang melibatkan aktiviti melayan muzik dan bermain permainan digital
mudah alih (games).
Sejarah media
sosial boleh dikatakan bermula dengan penemuan mel surat elektronik seperti
yahoo.com dan gmail.com. Revolusi ini telah menghasilkan bentuk perhubungan
yang lebih menarik dan interaktif seperti penerbitan penulisan diari atau
dokumentari seperti blog dan wordpress.
Kelangsungan daripada itu terbentuk pula media sosial dalam bentuk video,
gambar dan multimedia seperti you tube, facebook, twitter, dan yang terkini
instagram. Dalam ‘Non Face To Face’ (2017) kelihatan sekumpulan figura duduk di
dalam kumpulan namun tidak memandang antara satu sama lain. Manakala di
bahagian kepada tersebut kelihatan ikon media sosial seperti facebook, whatapp,
twitter, wechat dan lain-lain. Kemahiran Aznan Omar dalam membentuk figura
dengan menggunakan kepingan aluminium memperlihatkan karya-karyanya arca
berdiri sendiri (free standing) yang dihasilkan dalam pelbagai variasi
kedudukan dan pada masa yang sama telah menyelesaikan permasalahan tapak arca.
Dalam karya
interaksi ‘Interaksi Bawah Meja’ (2018) yang menggunakan bahan kepingan
aluminium misalnya lapan figura yang sedang duduk di dalam meja bulat namun
masing –masing dengan aktiviti masing-masing menggunakan telefon pintar.
Kelihatan minda iaitu dibahagian kepada figura tersebut ikon-ikon yang terdapat
di dalam media sosial seperti tanda suka (liked) dan bersembang (chat). Di
dalam karya ‘From Vitual to Everyday Life’ (2018) dan ‘Gerak Layan’ (2018)
memperlihatkan arca dinding dan arca kinetik ini memperlihatkan pengaruh karya
Bruce Nauman yang menggunakan tiub neon dalam memberi pergerakan kepada figura
seperti ‘Five Marching Man’ (1985) dan
‘Mean Clown Welcome’ (1985).
Kesimpulannya, karya-karya
Aznan Omar boleh dikatakan telah memberi
sumbangan terhadap penggunaan bahan seperti aluminum dalam perkembangan seni
arca di Malaysia. Isu yang dibawa oleh beliau terhadap perilaku pengguna media sosial
di kalangan masyarakat kita pada hari ini adalah komentar sosial-budaya
terhadap masyarakat yang telah menghakis perhubungan dengan manusia.
Ahad, 6 Januari 2019
Kritikan, Estetika dalam Catan Songket
Oleh: Siti Haliza Yusop
KUALA LUMPUR: Manuskrip klasik Sulalatus Salatin memberi inspirasi tersendiri kepada pelukis, Faizal Sidik, hingga membolehkan beliau melahirkan lebih 50 catan yang dipamerkan, dalam pameran Catan Songket di Galeri Pantai Timur, Kuantan.
Faizal menjalin dengan baik kesusasteraan tradisi Melayu itu, dengan geometri songket di atas kanvas melalui beberapa karya termasuk Taman Impian Ledang II.
Karya itu dihasilkannya berdasarkan naratif perjalanan Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah, ketika mahu meminang Puteri Gunung Ledang seperti yang diungkapkan melalui Sulalatus Salatin.
Faizal berkata, karya yang dihasilkannya lebih kepada satu komentar sosial, dalam membicarakan mengenai ketamakan pemimpin.
“Saya mahu melukiskan kegilaan sang raja yang sanggup melakukan apa sahaja, bagi memenuhi keinginan hati walaupun membebankan keluarga dan rakyat.
“Karya yang dihasilkan ini juga berupa satu komentar sosial dan refleksi terhadap situasi politik semasa yang berlaku, terutamanya membabitkan ketamakan penguasa seperti yang berlaku sebelum 9 Mei,” katanya kepada Sastera & Budaya, di sini.
Di sebalik kritikan keras, Faizal tidak lupa memastikan mesejnya diterjemahkan dalam bentuk karya penuh berseni dan halus, menerusi perlambangan taman yang indah dan motif bunga songket yang mempunyai falsafah.
Faizal turut mengambil kesempatan merakamkan secara kronologi 18 babak lukisan landskap mengenai perjalanan rombongan itu, melalui karya bersirinya Peminangan Puteri Gunung Ledang yang disudahkan dengan senarai permintaan oleh si Puteri.
Sementara itu, penulis dan kurator jemputan Catan Songket, Idarina Ibrahim, berkata karya Faizal mengangkat kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi, yang digabung dengan teknik visual songket sebagai lambang estetika.
Penghasilan karya dalam pameran itu katanya, menonjolkan keupayaan Faizal memahami keindahan dan estetika penulisan Sulalatus Salatin, terutama ketika Tun Mamat memasuki sebuah taman kayangan di lereng Gunung Ledang.
“Faizal amat berhati-hati dalam mengukir keindahan bicara manuskrip Sulalatus Salatin, terutama ketika memikirkan medium yang berpadanan untuk menterjemahkan keindahan taman yang dimasuki oleh Tun Mamat.
“Beliau berjaya menterjemahkan keindahan taman itu kepada asas teknik tenunan songket, yang rapat dengan masyarakat Melayu.
“Songket diketahui indah dan mewah, sebagai lambang kemegahan masyarakat Nusantara dan ini semua dizahirkan melalui karya dalam pameran ini,” katanya.

![]() |
Siti Haliza Yusop, 'Kritikan, estetika dalam catan songket', Berita Harian (Sastera & Budaya),
Sabtu 5 Januari 2018, ms 76 |
Isnin, 24 Disember 2018
Produk Cenderhati Kenangan Faizal Sidik
e-katalog
Faizal Sidik: Drawings 1996-2006
RM 10
| Faizal Sidik: Sublime Weaves - KLPAC, 27 Februari - 11 Mac 2012 |
Poster Saiz B2
Cetakan atas pelekat
Print on sticker
1440 dpi
RM 100
Poskad Saiz B5
RM 5
e-katalog
Faizal Sidik: Sublime Weaves
RM 10
![]() |
| Faizal Sidik: Sublime Weaves - G Hotel, 1 October 2010 - 3 January 2011 |
Poster Saiz B2
Cetakan atas pelekat
Print on sticker
1440 dpi
RM 100
![]() |
| Faizal Sidik: Catan Songket - Muzium Seni Asia, 2 Februari 2017 - 28 Februari 2018 |
Poster Saiz B2
Cetakan atas pelekat
Print on sticker
1440 dpi
RM 100
Poskad Saiz B5
RM 5
Katalog
Faizal Sidik: Songket Paintings
RM 20
![]() |
| Faizal Sidik: Catan Songket - Balai Seni Lukis Melaka, 20 Januari 2018 - 25 Mac 2018 |
Poster Saiz B2
Cetakan atas pelekat
Print on sticker
1440 dpi
RM 100
![]() |
| Faizal Sidik: Catan Songket - Galeri Pantai Timur, 24 November 2018 - 4 Januari 2019 |
Poster Saiz B2
Cetakan atas pelekat
Print on sticker
1440 dpi
RM 100
![]() |
| Faizal Sidik: Catan Songket - Galeri Pantai Timur, 24 November 2018 - 4 Januari 2019 |
Poster Saiz B2
Cetakan atas pelekat
Print on sticker
1440 dpi
RM 100
Poster Saiz B2
Cetakan atas pelekat
Print on sticker
1440 dpi
RM 100
Baju T Kolar bulat
Tshirt Roundneck
Dakwat getah atas kain kapas 8 Square dan 4 Square
Rubberized ink on Cotton 8 Square and 4 Square
Warna: Hitam dan Biru Langit
Colour: Black and Sky Blue
Saiz/ Size: S, M, L, XL, XXL,
RM 25
![]() |
Beg tote jahit tempah
Custom made tote bag
Kain belacu
Calico
Dakwat bergetah
Rubberized ink
RM 15
![]() |
| Faizal Sidik: Catan Songket - Galeri Seni Muzium Negeri Terengganu, 15 Mac 2019 - 31 Mac 2019 |
Gegantung (Banner)
Hubungi: Pustaka Taman Seni
Whatapp: 011 1097 5781
atau
email seniart.info@gmail.com
Ekspresi Seni bersama Faizal Sidik dan Ali Isa dalam Pameran 'Hasan Abu Bakar: Refleksi Warna''
Selamat Pagi Malaysia, 17 Sept 2018, 9.15 pagi. 'Hasan Abu Bakar: Colours in Reflections' Galeri Tunku Abdul Rahman (Galeri Matic) 28 Ogos - 30 Sep 2018 Perasmian 20 Sep 2018, Khamis jam 2 ptg
'Imbau Kenangan Evolusi Industri Seni Bersama Pelukis Kurator Faizal Sidik', Hypp TV #630
Syasya Jamal, Talking Points, 'Imbau Kenangan Evolusi Industri Seni Bersama Pelukis Kurator Faizal Sidik' , Channel W (Capital TV), Hypp TV Saluran #630.
('Talking Points' adalah sebuah program bual bicara bersama tokoh-tokoh seni, budaya, hartanah, usahawan serta hal ehwal pasaran dan industri yang dihoskan oleh Syasya Jamal yang diterbitkan oleh Channel W dahulunya Capital TV melalui siaran Hypp TV Saluran 630)
Waktu siaran: Selasa, 17 Julai 2018, 5.30 petang
Waktu ulangan: Selasa, 17 Julai, 11.30 malam,
Rabu, 18 Julai, 11.30 malam,
Rabu, 18 Julai, 5.30 petang.
Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya
Oleh : Faizal Sidik
Pengenalan
Permaknaan ‘School of
thought’ merujuk kepada gaya atau stail yang lahir dari suatu tempat atau satu
gerakan. Kumpulan Paris atau School of Paris adalah asalan daripada
gerakan seni lukis yang berpusat di sekitar kota Paris pada akhir abad ke 18
dan awal abad ke 19 melahirkan pelopor-pelopor seni seperti Cezanne, Van Gogh,
Picasso. Kemudian Kumpulan New York atau New York
School muncul sebagai pusat seni lukis utama pada abad ke-20 hingga kini
terkenal dengan karakter utama seperti Jackson Pollock, Andy Warhol, Mark
Rothko. Gerakan seni Kumpulan Manjung atau Manjung
School adalah merujuk kepada pandangan aliran seni lukis yang berasal
daripada sebuah kawasan dibahagian pantai barat Malaysia yang mempunyai
pengaruh yang dekat dengan pengaruh maritim atau kelautan yang kaya dengan
sejarah silamnya sebagai sebuah kerajaan awal. Kumpulan Manjung adalah terdiri
daripada bekas-bekas pelajar ITM Seri Manjung mula ditubuhkan pada 1995 hingga
2002 yang terdiri daripada jabatan iaitu
Seni Halus, Seramik dan Fesyen.
ITM Seri Manjung
Hasrat kerajaan
melalui pendidikan menerusi Institut Teknologi Mara (ITM) untuk memperbanyakkan
lagi teknokrat Melayu dan peribumi memperoleh taraf pendidikan yang tinggi dan
tidak hanya bertumpu di pusatnya iaitu Shah Alam. Oleh itu, lahirlah
cawangan-cawangan ITM disetiap negeri bagi memberi peluang kepada anak negeri
mendapat capaian pendidikan tinggi seperti ITM Seri Manjung yang telah
ditubuhkan pada tahun 1985 dalam menawarkan kursus-kursus Diploma Perakaunan,
Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma
Kesetiausahaan. Selain, Kajian Seni Bina Perancangan dan Ukur (KSPU) ditawarkan
sebagai kursus-kursus yang perlu dalam memenuhi aspek infrastruktur pembangunan
sesebuah negeri maka Kajian Seni Lukis
dan Seni Reka (KSSR) telah membuka cawangan keduanya di daerah Manjung, Perak
Darul Ridzuan pada akhir tahun 1995 dengan tiga jabatan awal iaitu Seni Halus,
Fesyen dan Seramik.
Manjung merupakan
antara sebelas buah daerah yang terdapat di dalam negeri Perak. Pada zaman
kerajaan Melayu lama, daerah Manjung terkenal sebagai pusat pentadbiran
kerajaan awal negeri. Antara kerajaan awal Perak yang terdapat di sini adalah
kerajaan Dinding dan Beruas sebelum kerajaan Perak yang ada pada hari ini
ditempatkan di Ipoh dan Kuala Kangsar sebagai bandar Di-Raja. Daerah Dinding
sebelum 1973 pernah menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat di bawah
pentadbiran British di Pulau Pinang. Kini Daerah Manjung mempunyai bandar dan
pekan di dalam kawasan ini seperti Bandar Lumut, Bandar Setiawan, Bandar Pantai
Remis, Pekan Air Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pengkor dan Pekan Bruas.
Perpindahan pengkalan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Woodland di Singapura ke Lumut,
Perak telah menyebabkan sebuah bandar baru perlu dibangunkan yang tidak jauh
daripada pelabuhan itu bagi menyokong pembangunan pembangunan Lumut dan Setiawan.
Di dalam Dewan Undangan Pasir Panjang di dalam Daerah Manjung, Pusat Bandar
Seri Manjung atau Seri Manjung telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak (PKNP) pada awal tahun 1980 an bagi memenuhi keperluan tersebut
dan merupakan pusat utama kegiatan sosio-ekonomi, pentadbiran dan juga pendidikan
yang utama di Hilir Perak.
Pada hari ini juga daerah
Manjung terletak di dalam Parlimen Lumut yang mempunyai tiga Dewan Undangan
Negeri (DUN) iaitu Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. Daerah ini sangat
terkenal sebagai tempat peranginan berhampiran dengan kawasan pantai menjadi
tarikan pelancong seperti Teluk Batik, Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor. Tidak
hairanlah Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak bukan sahaja
sebagai tempat bersejarah tetapi juga dengan keindahan pantai, laut, pulau,
hasil laut, hutan bakau, hutan bukit dan taman-taman rekreasi berkonsepkan
marin atau bersumberkan laut.
Di Seri Manjung juga terletaknya
bangunan-bangunan awal pusat pentadbiran daerah ini seperti Majlis Perbandaran
Manjung, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Hospital Seri Manjung Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), Mahkhamah Syariah dan Majistret Manjung, JKR Daerah
Manjung, Pejabat Pos Seri Manjung, Stesen Bas Seri Manjung, Pasar Seri Manjung,
adalah yang terawal di sini. Salah satu yang menjadi tarikan Seri Manjung
adalah terdapatnya pusat pengajian tinggi yang terawal di sini seperti Institut
Teknologi Mara (ITM kini UiTM), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Sekolah
Vokasional Seri Manjung yang merupakan nadi penggerak bandar ini dari segi
sektor perkhidmatan.
Tidak lengkap
sekiranya menyebut sebuah bandar tanpa mendemografikan kependudukan dan alam
manusia yang mendiaminya. Kawasan petempatan awal bandar Seri Manjung boleh
dibahagikan beberapa fasa seperti Fasa 1A,1B,1C,1 D dan1 E. Manakala Fasa 2
pula terdiri daripada Fasa 2A, 2B dan 2C. Selain itu, Fasa 3 terdiri daripada
3A, 3B dan 3C adalah penempatan yang dibangunkan selepas penempatan awal
seperti Kg. Dato Seri Kamaruddin yang terletak dibahagian barat daya bandar
ini. Kawasan perumahan awal ini dikenali sebagai kawasan perumahan yang
menempatkan kakitangan yang bekerja di limbungan kapal. Penempatan fasa-fasa
ini bukan sahaja mengandungi kawasan perumahan tetapi juga rumah-rumah kedai
yang bukan sahaja menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang berkaitan
dengan maritim atau perkapalan disebabkan lokasinya yang hampir dengan
pelabuhan tetapi juga dalam memenuhi keperluan harian di Bandar Seri Manjung.
Pusat perniagaan dan
perkhidmatan yang terawal di Bandar Seri Manjung adalah terletak di Fasa 1C
yang menempatkan kawasan rumah kedai yang disewakan dengan kerjasama kerajaan
negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Di sini juga kampus
sementara ITM cawangan Perak telah dibina pada 1 Januari 1985 yang dirasmikan
YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak yang merupakan kampus ITM ke lapannya di seluruh negara pada waktu itu.
Di awal penubuhannya kampus ini terdiri daripada 6 unit rumah kedai dua
tingkat, namun dengan jumlah pelajar yang bertambah dari semasa ke semasa
bangunan rumah kedai ini telah ditambah lagi menjadi 15 unit sebagai pejabat
pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan
dan stor.
Bagi siswa pula
sebelum asrama di dalam kampus disediakan, sebanyak 31 unit rumah teres
setingkat telah disewakan sebagai asrama bagi penempatan siswa. Sebanyak 200
orang pelajar bagi pengambilan pelajar pertama telah diadakan pada Januari 1985
yang mengikuti kursus awal di sini iaitu Diploma Perakaunan, Diploma
Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kesetiausahaan yang
terdiri daripada 25 kakitangan akademik dan 45 bukan akademik. Kumpulan sesi
pertama pengambilan pelajar daripada Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR) dan
adalah sebanyak 60 orang pelajar yang terdiri bukan sahaja daripada anak negeri
tetapi juga dari luar. Program Sarjana Muda Seni Reka di Seri Manjung selama
empat tahun terdiri daripada 3 jabatan iaitu Seni Halus, Seramik dan Fesyen.
Pelajar-pelajar ini akan mempelajari asas seni lukis dan seni reka atau Asasi
Seni (Art Foundation) selama setahun sebelum mereka ditempatkan ke jabatan
pengkhususan masing-masing.
Apa yang uniknya ITM
Seri Manjung adalah pusat pembelajaranya adalah terletak di bawah rumah kedai
misalnya studio asasi seni terletak di blok P, studio seni halus blok I dan K,
studio senireka seramik blok T, studio senireka fesyen blok O. Perkara menariknya
adalah jika suatu kelas yang dijalankan pensyarah mendapati ada pelajarnya yang
hadir tanpa sebab yang munasabah, pensyarah berkenaan hanya perlu naik ke
tingkat atas rumah untuk mencari pelajarnya. Keakraban ini antara pensyarah dan
rasa hormat pelajar ini boleh dilihat sejak pensyarah perintis di Asasi Seni
kampus Seri Manjung ini seperti En Zainudin Md. Nor (kini Dr,) En. Khalil
Sulaiman, Pn. Zaharah Jaafar, En. Izaddin Matrahah, En. Azhar Manan, Puan Yusnita, Pn.
Rosliza Abdul Rahim, En Hamidi Hadi (hanya beberapa nama) selain tenaga
pengajar dari ITM Shah Alam dan USM Pulau Pinang yang mengajar Pengajian
Liberal seperti Pn. Arba’iyah Ab Aziz (Dr.), En.Kamal Abd Azizi (Dr.), En. Rahim Mat dan En Muhammad Saad (hanya
beberapa nama).
Pencapaian
Sepanjang tahun 1995 hingga 2002 Fakulti Seni Lukis dan
Seni Reka beroperasi di kampus di Seri Manjung banyak kejayaan-kejayaan yang
dikecapi oleh pelajarnya walaupun serba kekurangan. Kejayaan ini bukan sahaja
kejayaan mengadakan pameran di dalam dan luar negeri tetapi juga
anugerah-anugerah seni yang diperolehi oleh pelajarnya samada melalui pertandingan
atau pertunjukan yang dianjurkan diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Pada tahun 1998 misalnya, pelajar tahun satu asasi seni telah mendapat tempat
bagi mempamerkan karya-karya catan yang bertemakan catan impressionis di Galeri
Shah Alam. Ini adalah permulaan awal Kumpulan Manjung ini mendapat tempat
mengadakan pameran di galeri seni. Bertema dan berinspirasikan karya-karya
impressionis, En Azhar Manan telah mengkuratorkan pameran ini hasil daripada
lukisan akhir mengenai lanskap pemandangan (landscape), lanskap bandar
(townscape) dan lanskap laut (seascape) dibeberapa lokasi sebagai rakaman
visual seperti di Seri Manjung, Setiawan dan Lumut. Pameran ‘Julung’ yang
menghimpunkan ketiga-tiga buah jabatan seni halus, seramik dan fesyen telah diadakan
di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kini Balai Seni Lukis Melaka pada tahun
1999 pula adalah hasil daripada dokumentasi marin di Pulau Pangkor.
Selain itu, pameran tahun akhir bagi sesi pertama dan
kedua diadakan di Perpustakaan Negeri Ipoh dan
Kompleks Budaya Ipoh. Sesi ketiga Seni Halus pula telah berjaya di ruang
galeri iaitu di Yayasan Kesenian Perak (YKP) pada 28 Mei hingga 22 Jun yang
dikuratorkan oleh Faizal Sidik dan dirasmikan oleh Dato Teh Khatijah pada tahun
2000. Pada 2013 telah ada usaha untuk menghimpunkan semula bekas pelajar di ITM
Manjung ini daripada ketiga-tiga jabatan yang awal. Hasilnya sebuah pameran
seni lukis tindakbalas fenomena daripada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjudul
‘Manjung School: Pilihan Rakyat” telah diadakan di Galeri Shah Alam pada tahun
2013 yang terdiri daripada pelukis seperti Ahmad Fairus Yusof, Nuriman Amri
Manp, Muhammad Ekhsan Haniff, Nadiah Mohamed, Zaslan Zeeha Zaini, Eruan Adnan
dan Faizal Sidik yang bertindak sebagai pelukis dan kurator.
Disamping aktif berpameran di pusat seni Kuala Lumpur
banyak juga kenangan manis yang dikecapi oleh penuntut-penuntutnya melalui
kemenangan hadiah-hadiah seni samada di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa misalnya pada 1999 Muhammad Ekhsan Hanif telah memenangi Hadiah
Seni Philip Moris, Nadiah Muhamad dan
Nuriman Amri Manap memenangi hadiah seni Nokia tahun 1999 dan 2000, Faizal Sidik pemenang Hadiah Penghargaan
Bakat Muda Sezaman (BMS) 2001 yang merupakan pemenang pertama
BMS Kumpulan Manjung dari ITM Seri Manjung. Selain Nuriman Amri yang memenangi Hadiah Juri Bakat Muda Sezaman. 2006. Ramai
lagi Kumpulan Manjung yang telah berjaya memasuki pameran dan pertandingan
prestij bagi pelukis muda ini Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azahari Tengku Azizan,
Hasnul Isyraf Idris, Mokhzaini Hairim Mokhtar dan lain-lain.
Manusia dan
Alamnya
Kumpulan Manjung bukanlah sebuah perkumpulan yang
mempunyai bilangan ahli tertentu. Kumpulan ini terbuka kepada semua bekas
pelajar daripada ketiga-tiga jabatan awal yang berada di Seri Manjung daripada
tahun 1995 hingga 2002. Perkumpulan adalah mirip kepada pameran lukisan
‘Julung’ yang disertai oleh ketiga-tiga jabatan yang menghasilkan satu tema
yang sama. Pameran ‘Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya’ telah mengumpulkan 17
orang pelukis dan pereka. Pameran ‘Manusia dan Alamnya’ dibina bagi bertindak
balas terhadap situasi semasa yang berlaku terhadap pergolakan alam hidup
manusia yang berlaku di sekitar pelukis dan pereka.
Di dalam pameran ini kurator telah membahagikan
pelukis-pelukis kepada 2 tema iaitu Manusia dan Alam. Karya Mohd. Farizal
Puandi ‘KaU rASA’ (2018), Zaslan Zeeha
Zaini ‘Laukku Cukup Masin’ (2018) , Mohd Ekram Al-Hafis Hashim ‘Cognitive Idea
of Aesthetics’ (2018) dan Nurulhuda Mohamed siri ‘Letusan I hingga III’ (2018)
memperlihatkan tema-tema manusia yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang
berlaku di dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan
perubahan kerajaan baru. Karya Farizal ‘KaU rASA’ memperlihatkan kesinambungan
karya-karya yang berasaskan bahan kayu yang dihasilkan sebelum ini. Farizal
bermain teks tajuk karya daripada tajuk ‘KaU rASA’ kepada maksud sinis iaitu
‘KUASA’ terhadap watak utama yang dikritik di dalam karyanya menerusi
perlambangan kerusi. Karya Nurulhuda Mohamed siri ‘Letusan 1’ (2018) memaparkan
letusan perasaan yang terkandung di dalam perut bumi, letusan ini jugalah
perasaan rakyat marhain dibawah sana tentang ketidakpuashatian mereka terhadap iklim
politik yang berlaku sebelum ini yang menyebabkan mereka marah dan menukar
kerajaan baru.
Dua orang pereka yang
turut sama dalam menghasilkan rekaan yang berinspirasikan keperluan manusia
adalah rekaan oleh bekas pelajar seni reka fesyen iaitu Khalida Khairudin dan
Zaitul Effa Baharudin. Rekaan perhiasan leher yang menggunakan bahan manik
bertajuk ‘Beauty of Beads’ (2018) memerlihatkan 15 hiasan leher yang
berwarna-warni dan berkilau-kilauan. Manakala ‘Bottle Crochet’ (2018) oleh Effa
pula mempamerkan kemahiran beliau menggunakan teknik kait dalam menghasilkan 8
bekas botol yang pelbagai saiz, warna dan pelbagi fungsi.
Karya lukis Saiful
Azmi dan Ahmad Eruan Adnan memperlihatkan kehidupan manusia yang jarang-jarang
dihargai tetapi penting ekosistem kehidupan masyarakat. ‘Pekerja Rumah Arang’ (2017)
dan ‘Pekan Jelai’ (2018) yang memperlihatkan sosiobudaya masyarakat di Perak.
Karya lanskap cat air kilang arang Kuala Sepetang mengambarkan anak muda sedang
bekerja sambil diperhatikan oleh golongan tua. Manakala Pekai Jelai berhampiran
Batu Kurau menunjukkan rumah kedai yang masih utuh berdiri walaupun menggunakan
kayu lama berwarna merah.
Karya Eruan ‘Terima
Kasih Allah’ (2018) memaparkan rasa syukur dan terima kasih pelukis kepada
Pencipta terhadap usaha niaga kedua-dua orang tuanya iaitu Allyarham Haji Adnan
bin Osman dan Siti Mariam Wong Abdullah sehingga beliau berjaya belajar di menara
gading ITM. Perniagaan Satay Warisan Pak Chu di Bentong telah diusahakan oleh ibubapanya
sejak beliau bersekolah lagi. Kini beliau adalah legasi penerus perniagaan ini.
Kedua-dua karya Saiful dan Eruan adalah
satu penghormatan terhadap semangat yang disumbangan terhadap sesebuah pekan
mahupun diri pelukis.
Rafidah Saharudin dan Zuraidy Abd Rahim pula merupakan bekas pelajar di jabatan seramik.
Sentiasa
berimaginasi dalam bentuk tiga dimensi dalam menghasilkan produk seramik samada
arca seramik atau seramik industri, Rafidah hadir dengan tiga buah karya daripada
kayu dengan berinspirasikan pergerakan kaki sebagai temanya. Karya ‘Melangkah
I’, ‘Melangkah II’ dan ‘Melangkah III’ (2018) bukan sahaja memokuskan langkah
pergerakan oleh manusia malah mungkin juga haiwan. Pengaruh karya ‘Figure In
Movement’ oleh Alberto Giocometti dilihat cukup kuat dalam karya-karya
sebegini. Produk lampu seramik oleh Zuraidy pula dengan tajuk ‘Line, Rhythm and
Movemet’ (2017) hasil daripada porselin. Rekaan beliau ini adalah berdasarkan
penerokaan peluksi terhadap garisan, ritma dan pergerakan, namun bentukan lampu
ini dilihat cukup kuat dengan hidupan maritim seperti siput dan cengkeram.
Tema alam pula meliputi
karya-karya pelukis yang menjadikan alam sebagai subjek utama mereka. Karya
Muhammad Ekhsan Md Haniff siri ‘Journey of Salikin I-III’ (2018) dan ‘Journey of Life’ (2018) memaparkan
catan bernafaskan seni Islam nusantara menerusi penerapan kaligrafi arabes
dengan pola-pola motif serantau. Penggunaan warna-warna alam seperti hijau
jelas kelihatan pengaruh daripada karya-karya awal beliau terutamanya karya
‘Resipi Alam’ (1999) yang pernah memenangi Hadiah Seni Philip Morris suatu
ketika dahulu. Karya Fairus Ahmad Yusof ‘ALAMI
Series: Hujan Malam’ (2004) dan ‘ALAMI Series: Untitled’ (2004) adalah memperlihatkan
secara konsisten Fairus dalam membawa isu-isu kemusnahan alam sekitar seperti
pembalakan, penebangan hutan untuk pertanian semua disebabkan oleh kerakusan
manusia dalam mengejar kemajuan . Tanpa keseimbangan ekosistem alam dengan hanya
mengejar kapital untung rugi pasti kehidupan manusia terutamanya dikota
besar sedikit demi sedikit akan terjejas
dan ‘mati’ seperti yang beliau terjemahkan dalam ‘ALAMI Series: Penglipurlara
Kota’ (2013).
Kemahiran pelukis-pelukis
ITM terutamanya dalam Kumpulan Manjung
dalam mengambar alam benda tidak perlu dipertikaikan bakatnya. Karya Rohizal
Mat Arop ‘Jambu’ (2018) adalah salah satu bagaiman set alam benda yang
bersubjekkan buahan bersifat Malaysiana tempatan diberi penghargaan.
Bunga-bunga serantau yang banyak perlambangannya digunakan sebagai metafora
atau simbolisme di kawasan ini seperti ‘Bunga Teratai’ (2018), ‘Bunga Kantan’
(2018), ‘Bunga Matahari’ (2018), ‘Bunga Dahlia’ (2018), dan ‘Lempoyang’ (2018) dalam karya
cetakan-cetakan lino Nadiah Mohamad. Apresiasi terhadap bunga anggerik atau
orkid pula didokumetasikan secara realis oleh Nuramani Zainudin dalam
‘Denbroblum’ (2018). Manakala itu Idarina Ibrahim ‘Menanti Sang Lebah’
(2018) dan karya Tetriana Ahmed Fauzi ‘Scarlet
Casedas’ (2018) dan ‘Progenitor Ridge’ (2018) pula merupakan pernyatan yang
agak ‘erotika’ terhadap perlambangan kedua-duanya.
Bagi memberikan khidmatnya kepada masyarakat atau
golongan yang memerlukan, pelukis Manjung juga telah bekerjasama dengan sebuah
perusahan sosial atau social enterprise
dengan mengadakan bengkel lukisan sepanjang pameran ini berlangsung di Pusat
Kreatif. Natiarts sebuah perusahan sosial yang mengkhususkan peranannya dalam
memberi peluang kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas dalam pembelajaran
untuk membina potensi mereka agar boleh berdikari sendiri menerusi penghasilan lukisan
yang dibuat. Bengkel lukisan semasa pameran Kumpulan Manjung ini difasilitatorkan
oleh pengasasnya Jeannie Chan dan pelukis Manjung bertindak sebagai mentor dalam
menjayakan progaram bersama dengan kanak-kanak terpilih dari Persatuan
Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat dan Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan
Kuala Lumpur.
Penutup
Melihat ke hadapan Kumpulan
Manjung adalah perkumpulan seni yang bergerak dalam jemaah atau secara kolektif
dalam membantu anggota kumpulan dalam melancarkan karier masing-masing dalam
pelbagai bidang yang seni dan rekaan samada melalui pameran solo, bergerak,
berkumpulan, projek seni, pertunjukan dan lain-lain. Selain itu, kini Kumpulan
Manjung mengorak langkah dalam mempersatukan semula tiga belas sesi daripada
tahun 1995 hingga 2002 dalam memperkasakan peranan dan fungsinya sebagai sebuah
perkumpulan yang memberikan sumbangan idea dan visual terhadap pembangunan
insan. Perihal ini bukan sahaja dalam
seni lukis dan seni reka malah dalam menangani persoalan besar masyarakat yang
berkaitan dengan isu-isu alam sekitar dan kemanusiaan itu sendiri sebagai satu
reaksi tindakan pandangannya dan suara kepada golongan seniman.
Kurator Pameran
Langgan:
Catatan (Atom)




























