Khamis, 7 November 2013

Seni Lukis Asia Tenggara: Indonesia




Susunan oleh: Faizal Sidik

Esei ini adalah syarahan yang telah disampaikan oleh Zainol Abidin Sharif (ZABAS) dalam Seminar Pangantar Seni Lukis Kontemporari Asia Tenggara yang telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 2010.

Minggu lepas kita cuba lihat seni lukis moden kumpulan pelukis-pelukis di Jogjakarta yang memperlihatkan ciri-ciri pencarian identiti budaya tempatan namun dikelilingi juga dengan pengaruh karya barat dari segi pengkaryanya yang melibatkan medium Impressionisme, Ekspressionisme , Realisme akademik sebahagian besar dan kebanyakkannya tidak merujuk kepada penggunaan kesenian tradisional yang dipakai samada di Jawa, Sumatera ataupun di Bali.  Namun begitu, kumpulan pelukis-pelukis Jogja ini memperlihat keazaman yang agak aneh pada waktu itu untuk membentuk kesenian yang beridentitikan Indonesia, tetapi  cara ianya dilakukan agak mengelirukan , mengikut pandangan Halena Supangat dalam  dalam penglibatan pelukis Jogja itu dalam  kesenian antarabangsa contohnya Sao Paolo kita lihat pemerhatian dibuat  bahawa seni lukis moden Indonesia tidak mengambil kira perkembangan mutakhir Eropah dan Amerika tetapi tetapi pelukis di Jogaja itu menggunakan medium stail lukisan Eropah yang lebih awal daripada itu yang menggunakan unsur-unsur Klasikal dan Impresionisme. Stail-stail catan pendekatan abad ke-20 Eropah yang dipanggil sebagai aliran avant-garde  menggunakan unsur seperti kiubisme, surealisme dan futurisme tidak menonjol dan digunakan oleh pelukis Jogja.

Walaubagaimanapun pemerhatian telah dibuat .bahawa ianya tidak semestinya tidak wujud di Indonesi. Jika perihal ini tidak berlaku di Jogja berkenaan avant-garde Eropah ini, di Bandung perkara ini wujud pula perkemangan yang berlainan. Pelukis-pelukis abstrak di Bandung di kritik secara negatif oleh pengkritik-pengkritik Jogja sebab pelukis di Bandung tidak memperlihatkan semangat untuk mencari dan membentuk identiti Indonesia dalam seni lukis mereka. Bagii pengritik-pengkritik Jogja lukisan-lukisan yang dihasilkan di Bandung memperlihatkan belum cukup dan memadai untuk menjadi seni lukis Indonesia . Pada awalnya kebanyakan pelukis-pelukis Indonesia tinggal dan bekerja di Jogjakarta pada tahun 1950 an, apabila muncul tertubuhnya Akademi Seni Bandung . Kehadiran dan penonjolan pelukis Bandung ini buat pertama kali pada 1955 iaitu pada pameran yang diadakan sempena Persidangan Bandung bagi Negara-Negara Berkecuali (NAM) . Disebabkan ianya diadakan di Bandung  maka kebetulan pula ada pameran mahasiswa dari seluruh dunia dan negara-negara lain dan diantara lain maka dipamerkan juga pelukis di Bandung yang memperlihatkan gaya mereka kepada khalayak.

Diantaranya pelukis muda Bandung yang mengambil bahagian adalah seperti Srihardi, Bung Mukhtar. Dalam pameran sempena konfederansi lapan orang pelukis Akademi Seni Bandung untuk mempamerkan 37 lukisan yang dipilih sebagai sebagai perwakilan Indonesia .Daripada Jogja terdapat 43 lukisan oleh  36 orang pelukis . Pada tahun 1964 Indonesia telah menyertai Sao Paolo Biennale dan pada masa itu seorang sahaja yang mewakili. Jelas masa di luar negara perwakilan pelukis-pelukis Indonesia meniktirafkan sentimen yang wujud di Jogja iaitu yang menyerlahkan keinginan untuk menjiwai identiti Indonesia walaupun apa yang berlaku agak aneh . Apa yang berlaku di Bandung itu tidak dikenali sebagai satu cara bentuk seni lukis Indonesia . Premis di Bandung ini wujud sebagai khusus untuk guru-guru di Bandung sebagai latihan dalam kerja melukis. Latihan dalam bentuk perguruan universiti dibawah fakulti yang  dipanggil sains dan teknikal . Ianya wujud sejak 1947 iaitu selepas Perang Dunia Kedua kursus itu dalam bentuk perguruan melukis . Diantara zaman selepas Perang Dunia Kedua reaksi terhadap kemerdekaan Indonesia atas rombakan itu pada tahun 1949 dua rakyat Belanda merupakan guru pertama di Akademi Seni Bandung ini ....dan ....adalah merupakan dua guru lukisan Belanda yang telah merekabentuk kurikulum pelajaran di Akademi Seni Bandung ini untuk latihan perguruan.

Selain...sebagai guru mereka juga menggalakkan berkreatif ...memperkembangkan dan memupuk kekreatifan diri sendiri . Kursus disini mengambil masa 3 tahun sebagaimana kursus yang diadakan di negara Belanda . Seperti biasa seperti yang ada di kolej-kolej pada masa itu kursus terbahagi kepada dua jenis iaitu kursus amali dan kursus teori . Kursus amali ini adalah dalam bentuk lukisan anatomi , lukisa-lukisan bebas , seni perhiasan dan kraftangan . Manakala teori pula termasuklah sejarah seni barat dan timur, sejarah budaya, pedogogi, geometrik, perspektif dan ilmu ....serta falsafah. Guru-guru yang melahirkan kursus ini adalah guru-guru Belanda sehinggalah tahun 1950 barulah ada guru tempatan .
Guru tempatan yang pertama adalah Suwarja yang muncul pada tahun 1950 . Suwardja mempunyai kelayakan perguruan Belanda dalam bidang seni lukis dan beliau memimpin melalui pendidikannya itu selama 10 tahun daripada 1951 hingga 1961. Kursus pendidikan guru ini telah berubah dan berkembang yang mengambil masa lima tahun. Dalam tempoh itu munculnya penubuhan akademi seni rupa di Bandung . Kursus-kursus dalam tahun 50 an yang diajar itu oleh guru tempatan dan Indonesia kesemuanya adalah bekas pelajar dari akademi itu sendiri.

Saluaran-saluran seperti biasa boleh dipilih oleh pelajar yang khusus seperti bidang catan, arca seramik, grafik, hiasan dalaman, rekabentuk industri dan komunikasi visual. Kemudian institut perguruan ditubuhkan ia ditubuhkan khusus untuk melatih guru . Sebelum pameran 1955 sempena Persidangan Negara-Negara Berkecuali, pada masa itu pelukis-pelukis Bandung telah memperlihatkan sekali imbas kewujudan mereka di Jakarta di Balai Budaya mempamerkan lukisan-lukisan oleh sebelas orang pelukis. Kesemuanya memperlihatkan unsur seni lukis Barat yakni yang berkait rapat dengan kiubisme di Eropah memeranjatkan ramai peminat-peminat seni di Jakarta dan di Jogja.
Seorang pengkritik dan pelukis Indonesia Krisno Sumardjo telah menulis ulasan dalam sebuah artikel dan mengutuk tajuk artikel beliau dalam akhbar yang bertajuk ‘Bandung Abdi Labtorium Barat’ . Mengikut Sumardjo penulisan beliau ini yang merujuk pada tahun 1954 . Menurut beliau seni lukis Indonesia boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama seni lukis spontan yang muncul daripada tanahair Indonesia , muncul daripada jiwa Indonesia dan pengalaman Indonesia. Dua konsep beliau iaitu jiwa dan pengalaman , itu dikatakan satu jenis lukisan Indonesia. Kedua adalah lukisan buatan atau lukisan artifisial seperti Sumarjo. Lukisan artisial yang datang daripada dalam bilik-bilik dan makmal barat dalam mana suasan seni barat dihayati seperti yang diajarakan di Institut Teknologi Bandung ....tidak berjiwa yang bernafaskan makmal Eropah . Sumardjo mengharapkan pelukis muda itu berupaya membebaskan diri mereka dari pengaruh Barat ini, supaya mereka boleh membina peribadi yang sebenar.
Seorang lagi pengkritik Indonesia ....juga mengritik modenisme-modenisme Indonesia di Bandung beliau menganggap modenisme di Bandung itu suatu  berada di permukaan sahaja atau satu fesyen dan superfisial yang muncul daripada citarasa bourgioues barat. Bagi beliau catan Eropah pada masa tu mengalami krisis dan apa yang muncul dan berkembang adalah merupakan satu tipu helah ataupun fesyen yang bermain dengan teknik-teknik perspektif. komposisi dan kontras-kontras warna yang merujuk kepada suatu lukisan-lukisan abstrak.
Lukisan moden ini tidak mempunyai kandungan ataupun ‘content’ , ia bermaksud tiada kandungan dari segi mesej dan ‘vision’ atau visi . Ia terhasil dari bentuk-bentuk ornamen seperti warna  dan rupa bentuk. Jadi bagi beliau abstrak adalah ekspresi visual kepada dunia peribadi pelukis dan tidak mungkin dan berupaya memenuhi keperluan rupa gaya Indonesia kerana ia terlalu peribadi ...bagi beliau fungsi budaya Indonesia. Kesimpulan ...yang dipetik oleh ....akhiranya daripada menganalisa pelukis-pelukis Bandung diharap agar mereka cepat mengatasi atau melupakan apa yang mereka pelajari.
Apakah rupa seni lukis Bandung? Jika kita diberitahu bahawa lukisan-lukisan daripada pelukis Bandung ini mirip avant-garde barat namun begitu ia tidak mencerminkan perkembnagan mutakhir di barat. ..perkembangannya lebih tepat kepada kiubisme . Jika dilihat di Malaysia pada tahun 1950 an adalah lukisa-lukisan Tay Hoy Keat ....merupakan pelukis yang mendedahkan kepada pelajar-pelajar seni lukis Eropah khususnya seni lukis moden Perancis dan cara pengajarannya juga meniru akademi di Perancis yang menekankan kajian-kajian alam benda ‘still life’ , figura, dan seterusnya kajian-kajian yang membawa kepada kiubisme ini.
Kedua-dua pelukis Belanda itu bukan pelukis yang di....di Belanda dan mereka juga tidak mengikut perkembangan yang mutakhir di Eropah dimana mereka masih lagi berpegang kepada kiubisme awalan oleh Picasso dan Braque. Dalam dekad sepuluh tahun iaitu daripada tahun 1950 an hingga 60 an ramai pelajar-pelajar di Bandung ini sepakat membuat penjelajahan ke Eropah kebanyakan mereka adalah bekas-bekas pelajar Institut Teknologi Bandung ITB . Saya andaikan ianya berlaku dalam ssuasana Perang Dingin , Mochtar Apin je Eropah . Jadi apa yang kita boleh lihat akademi seni di Bandung ini  ialah tidak ada konflik diantara barat dan timur , tidak ada perbincangan tentang apakah seni lukis di Indonesia dengan seni  lukis Barat dan tidak ada hasrat atau memunculkan dan merupabentukkan seni lukis nasionalis.
Seni lukis di Bandung ini sama dengan perkembangan yang berlaku di Malaysia khususnya ...Pendirian mereka adalah pelukis moden adalah seorang yang mempunyai sikap internasional, jadi mereka tidak secara menonjolkan meningkatkan semangat nasionalis. Walaupun apa -alasannya pada awalnya sikap-sikap internasional. Pelukis-pelukis Bandung ini datang daripada golongan elit Indonesia iaitu golongan yang terdidik dengan sistem pemerintahan Belanda , mereka dan keluarga mereka juga bertutur dalam bahasa Belanda, memakai pakaian Belanda desyen, makan makanan Belanda .an rumah-rumah mereka di hiasi dengan mengikut trend dan  fesyen Belanda.
Menurut Helena Supangat golongan ini dianggap sebagai orang putih Indonesia atau orang putih tempatan. Jadi bagi merek ini lukisan barat adalah lukisan mereka. Ini adalah kerana mereka telah terpisah dengan budaya tempatan. Sementara itu di Jogja pelukis-pelukis menghasratkan seni lukis nasional Indonesia manakala Bandung berbalik ke barat namun begitu kedua-dua kumpulan ini samada Bandung ataupun Jogja menggunakan idiom seni lukis barat . Jika di Jogja Impressionisme, Realisme juga menggunakan genre seni lukis barat seperti lukisan potret, figura, alam benda,....sejarah seni lukis barat di ambil kira yang sebagai kriteria untuk membentuk seni lukis Indonesia.
Menurut Helena Supangat lagi keadaan ini menimbulkan masalah pada beliau ada tiga masalah. Pertamnya contoh seni lukis barat itu terlalu jauh , jadi artis yang mahu mengikut seni barat itu terpaksa merjuk kepada buku dan majalah , yakni majalah yang terkini. Keinginan untuk merujuk ke barat itu sukar di penuhi , jika hendak dikira masa agak ketinggalan sebab terlalu jauh. Keduanya pelukis Belanda dan pelukis-pelukis Eropah yang lain yang berada di Indonesia adalah pentadbir iaitu kelas ke dua atau ketiga yang mengajar , jadi stail yang digunakan bukanlah stail yang mutakhir berbanding di Eropah. Ketiganya melihat kepada barat itu samada di Jogja atau khususnya di Bandung memperlihatkan ketiadaan kepada usaha untuk merujuk kepada kesenian tempatan . Kesenian tempatan ....menjadi asing . Kesenian tempatan di Indonesia dikatakan begitu kaya ...dan inilah antara perkara yang disedari dan ...membaca tulisan seseorang dari zaman lain.
Helena Supangat ada perbezaan yang diserlahkan...antara pelukis akademik yang terlatih di Bandung ...akibat wujudnya hierarki atau struktur masyarakat yang berbeza pada beliau . Diawal tadi saya ada menyebut Kristno Sumardjo yang mengkritik pelukis di Bandung kerana beliau adalah pelukis yang melukis dengan cara impressionisme namaun begitu Halena Supangat berkata bahawa beliau tahu mengapa Sumardjo mengutuk pelukis Bandung itu sebab beliau sedar Sumardjo datang dari kalangan pelukis-pelukis Jogdja yang berjiwa revolusioner...keunikan dan keanehan . Sebaliknya suasana di Bandung adalah suasana kolonial dimana kota itu memperlihatkan sejarah kehidupan kolonial Belanda pada cara hidup di Bandung itu.
Walaupun karya seni daripada Bandung memperlihatkan....tapi jiwanya iaitu karya-karya Eropah agak konservatif , keras. Jadi ia merupakan karya moden yang akademik trlalu dibuat-buat, terlalu mengikut peraturan Belanda dan Eropah . Hal ini ...dengan kehidupan pelukis-pelukis di Jogja seperti Sidjojono, Affandi, Hendra , kebanyakan pelukis Jogja ini telah terlibat dan menyertai perjuangan gerila dalam mlawan kerajaan Belanda jadi pengalaman mereka berbeza. ...ekepresi lebih penting jika dibandingkan lukisan-lukisan mereka lebih bebas dan beremosi berbanding dengan lukisan-lukisan di Bandung yang lebih akademik walaupun modenis barat.
Emosi-emosi pelukis Jogja ini yang ternampak mencerminkan ekspressionisme, mencermikan unsur-unsur surealisme dan juga komunisme. Namun pada masa yang sama pelukis-pelukis Jogja ini pula tidak mengambil kira seni lukis tradisional Indonesia ia mermaksud tidak mengaggap kesenian tradisional Indonesia sebagai sumber inspirasi pada 50 an dan 60 an.Semua ini berubah pada tahun 70 an hingga 90 an....pelukis-pelukis Indonesia tela merujuk kepada tradisi . Helena banyak membuat pemerhatian dimana pelukis-pelukis di sana hidup dalam suasana kampung iaitu hidup dalam suasana tempatan sebenarnya. Namun di Bandung mereka hidup dalam watak Eropah jadi ia mempengaruhi sikap pengkaryaan kedua-dua kumpulan.
Menurut Halena Supangat walaupun Hendara, Sodjojono hidup dalam suasana perkampungan di Jogja aneh juga kerana pengalaman kehidupan itu tidak mempengaruhi lukisan mereka sebagaimana seharusnya mereka memperjuangkan ..namun kata Halena tidak. Sikap membezakan seni tempatan sebagai seni rendah dan jenis akademik sebagai seni tinggi .....Pelukis-pelukis Indonesia pad tahun 1950 an dipertanggungjawabkan untuk membentuk seni Indonesia namun sesiapa pun tidak tahu untuk bermain dengan istilah Indonesia , apakah konsep Indonesia . Adakah melukis perempuan di kampung gaya impressionis adalah satu cara Indonesia

Beliau mengatakan pelukis tahun 50 an Indonesia keliru makna konteks Indonesia dalam seni lukis dan mengatakan pelukis tahun 60 an Indonesia lebih matang dan menyedari tentang keadaan itu walaupun muda . Namun begitu dari segi pencarian identiti menekan seni tempatan lebih jelas terserlah pada tahun 80 an. Pelukis-pelukis 70 an di Bandung ...tidak memperlihatkan keinginan untuk mendapat ilham daripada kesenian tempatan. Mungkin boleh kita pertimbangkan ini berlaku kerana pelukis Jogja yang bersemangat nasionalis mereka terpengaruh dengan pengalam-pengalaman sosialis. Fahaman sosialisme dan komunisme sememangnya bersifat internasional yang tidak merujuk kepada kesenian tempatan dalam komunisme yang dilaungkan iaitu pekerja-pekerja sedunia bersatu padu , yang penting adalah golongan pekerja bukan . Walaupun nsionalis tetapi ingin memperjuangkan jiwa Indonesia yang masih berpegang kepada sikap sosialisme dan komunisme Indonesia. Kebanyakan mereka menggunakan stail realisme barat dan mengambarkan kehidupan tempatan tetapi caranya masih barat.
Saya terfikir berkenaan interaksi antara pelukis Indonesia dan Malaysia...memperlihatkan ...tradisi di Bandung dan Jongja. Jogja ini muncul dikalangan pelukis 70 an . Pada persidangan Asean perwakilan datang daripada Bandung ...kemudiannya tidak begitu ketara pada tahun 1970 an dan 80 an aktiviti di Bandung berubah namun di Malaysia yang diwakili oleh wakil negara adalah yang lebih kepada budaya barat Eropah . Mereka yang menyanjungi budaya tempatan seolah-olah diketepikan pinggiran . Jadi saya lihat dalam keadaan dimana ....adalah mereka yang berwibawa dalam bahasa Inggeris dan budaya Eropah seperti Syed Ahmad Jamal iaitu mereka yang datang dari MPSI memperlihatkan persamaan dalam pengalaman pasca kolonial. ....mendidik dan melatih rakyat tempatan pendidikan dan budaya Inggeris kemudian mengambil alih kerja-kerja orang Inggeris .Saya berkesempatan dalam persidangan ini .
Kesimpulan Halean Supangat amat menarik untuk di pertimbangkan beliau melahirka lukisan-lukisan samada di Bandung dan di Jongja pada tahun 1950 an dengan lukisan seni lukis Malaysia pada masa sekarang . Beliau melihat ada perubahan dari segi kesedaran dikalangan pelukis. Penggunaan unsur-unsur tempatan lebih luas dan pelukis Indonesia tidak segan silu menggunakan unsur tempatan sebagai sumber inspirasi . Beliau mengatakan di barat cara begitu di anggap biasa . Pelukis-pelukis barat menggunakan warisan budaya mereka sendiri dan merkayakan unsur-unsur itu dengan budaya bukan barat.
Di Indonesia Halena Sunpangat membuat pemerhatian dimana bahantara cat minyak diperkanalkan di Eropah oleh kuasa kolonial dan seterunya beliau mengatakan pelukis-pelukis Indonesia perlu melalui tahap pembaratan dahulu . Tahap pembaratan dari segi kehidupan seperti makan minum pakaian , dan apabila ia hadir barulah unsur-unsur . beliau pernah berbual dan bertanyakan dengan Pirous iaitu dekan di Instut Teknologi Bandung adakah perlu pelukis Indonesia membaratkan diri mereka dahulu sebelum ...identiti budaya Indonesia . Helena juga menyoal Pirous mengapa dia mula melukis subjek Indonesia hanya bermula ....sebelum itu tiada. Yang mana sebelum ini ia melukis kandungan barat . Adakah perlu pelukis-pelukis Indonesia pergi barat dahulu kemudian menerapkan kesenian tempatan.
Beliau menjawap persoalan itu adalah sesuatu yang menarik kerana ia juga berlaku dalam kes Pirous . Di Bandung beliau mengatakan tiada daya atau memikirkan tentang pelukis Indonesia di Bandung . Beliau mangatakan bahawa beliau hanya sentiasa mengatakan bagaimana hendak melukis karya barat. Didikan yang dialami beliau adalah didikan barat ...dan penerbitan yang digunakan juga adalah penerbitan datang daripada barat yang subjek matter datangnya barat. Hanya selepas beliau telah pakar menguasai teknik-teknik barat itu baru beliau terfikirkan perkara-perkara lain khususnya tentang kandunga lukisan. Dan ini berlaku apabila beliau di luar Indonesia . Apabila berada di luar barulah dia memikirkan dan bertanyakan diri siapakah aku yang sebenarnya . Pada pandangaan saya perkara ini berlaku adalah kita kehilangan identiti disana. Apa yang berlaku sebenarnya adalah kita berasa kehilangan identiti apabila melihat kita barat. Orang barat sendiri pun tidak melihat kita benar-benar barat jadi siapa kita sebenarnya. Apabila di barat Pirous menyedari bahawa beliau adalah seorang pelukis Indonesia sebab persekitaran Indonesia itu penting bagi beliau .
Namun begitu beliau masih berpegang kepada fahaman bahawa setiap pelukis moden harus pertamanya menanggap dirinya sebagai internasional . Beliau menyedari semasa beliau mengembara dan melawat negara lain bahawa masalah Eropah dan Amerika Syarikat adalah berbeza disini dengan, beliau berkata beliau perlu berjauhan dari segi jarak dari negara sendiri untuk mencari ataupun kita perlu mesishkan dulu sebelum mencari apa yang berlaku ini bermaksud ia tidak boleh dilihat dari dalam tapi dari luar.
Kadangkala kemerdekaan sesebuah negara tidak mengubah apa-apa tetapi pemerintahan ...orang yang menderita adalah rakyat kerana kemerdekaan tidak memberi apa-apa makna . Biasanya orang-orang yang berada di kawasan kampung ....menerapkan unsur-unsur tempatan dalam ...global ..dalam kajian pasca kolonialisme ini adalah trend antarabangsa ...kesedaran bagi mana-mana negara untuk mengikut dan menuntut seni dan budaya tidak semestinya mengikut barat itulah yang terdapat dalam kajian itu dimana ada kepelbagaian dan tiada dominasi, jika tidak negara bukan barat selalu akan di tindas ...penulis dan pelukis, pengiat seni kemudiannya bergiat dalam unsur tempatan ..yang menyedari bagaimana budaya barat menindas perjuangan, membuntukan dari sudut lain. Dominasi hegemoni berbahaya kepada kemanusiaan













Seni Lukis, Seni Rupa dan Seni Visual



Oleh: Faizal Sidik


Difahami seni lukis, seni rupa dan seni visual seperti mempunyai makna yang sama tetapi tapi tak semestinya serupa. 'Serupa' dalam ayat saya diawal  itupun boleh dipertikaikan maksudnya mengapa tidak 'selukis' atau 'sevisual'. Namun jika anda menyemak dicarian Pusat Rujukan Persuratan Melayu tiada takrifan 'selukis' atau 'sevisual' melainkan  kata 'serupa' yang bermaksud seiras atau sejenis. Persoalannya kini mengapa ketiga-tiga terma ini telah menimbulkan kekacauan dan keributan di kalangan artis, penulis, pensejarah mahupun institusi seni tidak kiralah samada pendidikan ataupun pengurusan. Walaupun keributan ini jarang sekali telah kita dengar selepas 'acahan' Realiti Mistik tahun 70 an, ia kadang kala bukan sahaja mengelirukan malah akan memberi impak terhadap bidang penulisan seni di sini mana satu yang lebih tepat dari segi penggunaannya.

Bayangkan daripada sekolah biasa dimana pendidikan seni diajar dan kini kita mempunyai sekolah khas seni sehinggalah amalan seni diperingkat universiti perihal ini masih berlarutan. Teringat pula saya apabila membuka kisah ini mengenai Glosari Seni Lukis yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 80 an dahulu dimana panel pembikin buku panduan seni lukis pertama yang seumpamanya dalam Bahasa Melayu terdiri daripada Raja Zahabuddin Raja Yaacob, Zainol Abidin Shariff, Ponirin Amin dan satu atau dua nama lagi di dalam kumpulan ini. Buku yang saya namakan 'kitab kuning seni lukis'   kerana istilah kitab kuning ini begitu popular dikalangan kita yang mengikuti pengajian ilmu tasauf oleh daripada ustad-ustad di surau mahupun masjid. Itulah tanggapan yang pernah diberikan kepada glosari ini telah menjadi rujukan penting kepada pelajar, guru, penulis dan sesiapa sahaja yang mahu mengetahui makna dan istilah perkataan Inggeris yang diterjemah dan diberikan pendefinasiannya.

Saya fikir bertuahlah anda jika masih memiliki 'kitab kuning; ini lagi kerana khabarnya DBP telah tidak mencetak semula buku panduan ini lagi, perlu dirasakan bahawa penerbitan buku ini pasca DBP seumpama ini oleh badan berkaitan agar rakaman perkataan dan dokumentasi mengenainya tetap segar untuk dituturkan di dalam bahasa kita. Walaupun art term atau terma seni merupakan bahasa universal yang dipakai guna walau anda berada di negara manapun namun senario hari ini apabila ahli akademik kita berbicara mengenai seni dalam bahasa Melayu namun apabila sampai beliau cuba memberi istilah khas seni dengan menggunakan terma bahasa asing sudah tentu ia suatu yang malang kepada nasib bahasa kita.

Pada rakan-rakan artis dan penulis mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan saya, saya amat merayakan dan meraikan buah fikiran anda itu. 

I
Sewaktu mengikut kelas pengajian Pengenalan kepada Seni Lukis Asia Tenggara yang pernah diadakan di BSVN oleh Zainol Abidin Sharif atau ZABAS. Beliau cuba membuat lelucon perkataan seni lukis itu dengan mengatakan beliau lebih menyukai perkataan seni lukis daripada seni visual kerana beliau menanggap 'luk' itu adalah aktiviti 'look' atau 'lihat' manakala 'kis' itu adalah diertikan beliau sebagai 'kiss' atau cium. jadi seni lukis bagi melukis adalah bererti cabang seni yang melihat dan mencium. Saya hanya tertarik kepada perkataan 'kis'atau 'cium' yang mana mencium bagi saya bukan lah mencium setiap lukis yang kita lihat tetapi menium dalam ertikata mencium atau menghidu dengan lebih mendalam makna yang tersirat disebalik ianya dicipta.(BERsambung...)












Ahad, 8 September 2013

Bual Bicara bersama Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara



Bual bicara ini diadakan oleh Faizal Sidik dan Osmihamdi Osman  bersama Encik Haned bin Masjak sempena perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara ke-9, dalam melihat misi dan visi beliau dalam menerajui institusi seni ini.

Faizal Sidik & Osmihamdi Osman: Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah di atas perlantikan Encik Haned sebagai Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara yang baru. Difahamkan bahawa En. Haned merupakan bekas garduan ITM pada tahun 1975-1977, boleh ceritakan latar belakang En Haned serba sedikit?

Haned Masjak: Sebelum ini saya pernah menuntut di ITM, sesi 1975 dan saya adalah pelajar senior kampus cawangan Dungun, Terengganu. Sewaktu 1975 (pengambilan yang pertama) dalam khusus (Seni Lukis dan Seni  Reka) Pra Diploma. Setahun disana, pada masa yang sama ada beberapa khusus yang atau pengajian lain bersekali dengan khusus Seni Lukis dan Seni Reka. Seperti khusus Perikanan dan juga Busniess Administration juga merupakan pengajian perintis di ITM cawangan Dungun, Terengganu. Selepas tamat Pra Diploma selama setahun, saya ke Shah Alam kampus Induk selama tiga tahun. Pengkhususan ketika itu dalam bidang Seni Reka Perusahan (kini Seni Reka Industri). Pembelajaran adalah secara khusus dalam aspek Seni Reka Industri. Selepas graduat (tamat pengajian) pada 1979, saya telah menyertai Bata Shoes sebagai Pereka Kasut dan telah berkhidmat selama setahun lebih. (Ilmu berkaitan rekaan kasut masih wujud hingga hari ini). Seterusnya saya pernah menyertai Pusat Perkembangan Ko-Kurikulum dibawah Kementerian Pelajaran juga sebagai Pereka Grafik. Kemudian saya menyertai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 3 tahun juga sebagai Pereka Grafik. Keseluruhannya saya banyak terlibat dalam bidang Grafik. Kemudian saya telah menjawat jawatan tetap di Jabatan Arkib Malaysia pada 1982. Di situ saya telah berkhidmat selama 17 tahun dan telah bertindak sebagai Penolong Kurator. Keterlibatan saya adalah secara total, keutamaan berkaitan dengan pameran, yang mana lebih pada penubuhan Memorial yang berkaitan tokoh-tokoh negarawan khususnya Perdana Menteri (bekas) juga termasuk seniman P.Ramlee dan itu adalah salah satu penglibatan saya. Pada tahun 1997 pada 1 November saya telah menyertai Balai Seni Lukis Negara yang ketika itu bertempat di Hotel Majestic (selama 2 tahun). Kemudian berpindah ke bangunan baru sehingga sekarang. Perkhidmatan saya kini telah menjangkau 15 tahun. Kemudian ditukar kepada Balai seni Visual Negara dan hari ini bergelar Lembaga Pembangunan Seni Viusal Negara. Itulah secara ringkas berkaitan perjalanan kerjaya saya dalam sektor perkhidmatan awam.

FS & OH: Bakat kepimpinan En. Haned disedari sejak menjadi Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Kajian Seni Lukis dan Seni Reka di ITM pada 1975-1977. Adakah ini yang menjadi model En. Haned sebagai birokarat seni dalam memimpin Balai?

HM: Disebutkan juga ahli-ahli falsafah, bahawa bakat kepimpinan seseorang itu terbentuk sebagaimana ianya dibentuk oleh barangkali keluarga kemudiannya diperingkat sekolah. Kerana diperingkat keluarga saya, apabila menjangkau alam persekolahan rendah saya telah menjadi ketua kepada rakan-rakan sebaya dengan saya. Contohnya dalam ke sekolah dan aktiviti selepas sekolah saya akan menjadi fokus ketika itu. Dalam alam sekolah menengah, saya pernah menjadi pengawas sekolah, ketua dalam sukan sekolah dan juga persatuan seni lukis sekolah. Dan apabila memasuki alam pengajian tinggi iaitu di ITM semasa itu, mungkin daripada awalan tersebut. Secara majoriti pelajar-pelajar yang seangkatan dengan saya mungkin nampak bakat saya itu dengan cara bercakap dan ketika itu juga belum ada pemimpin atau Presiden Pelajar.

FS & OH: Adakah masa Dungun itu di bawah penyeliaaan Redza Piyadasa dan Joseph Tan?

HM: Masa itu, dibawah tenaga pengajar Rozaika (Omar Basaree), Fauzan (Omar), Haris dan Khatijah (Sanusi). Daripada situ, perlantikan Presiden tidak melibatkan Pensyarah. Cuma disyorkan supaya eloklah pelajar mempunyai seorang ketua atau seorang Presiden. Jadi daripada situ berlakulah perlantikan. Perlantikan ini adalah berdasarkan kepada…Seingat saya 70 atau 80 orang pelajar Pra Seni Lukis dan Seni Reka ini, secara majoritinya mereka mencalonkan saya dan beberapa orang lagi. Percalonan seramai 2,3,4 orang dibuat secara Voting (undian). Majoriti undian tersebut akan dilantik sebagai Presiden. Secara kebetulan saya mendapat undian yang paling banyak, seterusnya saya dilantik sebagai Presiden dan ada timbalannya sekali. Pada ketika itu, peranan Presiden lebih kepada menstrukturkan para pelajar-pelajar seperti mengikuti kuliah. Kemudian aktiviti lapangan seperti keluar membuat sketch dan lain-lain yang bersangkutan. Sama ada trip ataupun lawatan ke Kuala Terengganu, lawatan ke Pulau Kapas dan juga dilain-lain tempat. Malahan sehingga balik bercuti pun kami membuat secara carted bus. Waktu itu daripada Dungun nak balik ke Kuala Lumpur, kaedah pengangkutan yang paling mudah adalah bas sahaja. Jadi saya sebagai Presiden,  sebagai contohnya mengorganisasikan berkaitan sewaan bas, majoritinya di Dungun yang mana pelajar-pelajar kebanyakannya menghala ke Kuala Lumpur dan juga sebelah Utara dan apa yang pasti mereka terpaksa turun ke Kuala Lumpur terlebih dahulu. Jadi ini adalah peranan dan kemudiannya dijadikan ko-ordinasi diantara Pensyarah dan pelajar melalui Presiden. Begitulah hal-hal yang berkait dengan komuniti-komuniti setempat. Maklumlah apabila ITM mula beroperasi di Dungun, Terengganu. Jadi pertama kali komuniti setempat, terpaksa menerima sejumlah pelajar yang agak besar jika dicampur semua fakulti menjadi satu, bukan nak katakan satu kejutan tetapi ianya satu eksperimen baru atau pengalaman baru pada penduduk di sekitar Dungun. Dengan keberadaan pelajar-pelajar ITM, satu pengalaman baru. Jadi diantara kampus dengan asrama adalah agak jauh, kami berulang-alik berjalan kaki dengan melalui kawasan-kawasan kampung dan apabila kami melalui kawasan kampung akan berselisih dengan penduduk kampong. Jadi bagaimana sopan-santunnya pelajar yang berjiwa muda berinteraksi dengan menghormati orang-orang kampung. Itupun salah satu penerapan yang saya terapkan kepada pelajar-pelajar supaya kita tidak membawa budaya muda yang datang daripada bandar dan juga daripada daerah yang berlainan, jadi seperti ungkapan peribahasa yang menyebut  “Masuk kandang kambing, kita mengebek. Masuk kandang kerbau, kita menguak”. Jadi kita kena bijak menyesuaikan diri supaya suasana harmoni itu wujud diantara pelajar dengan komuniti setempatdi Dungun, Terengganu. Jadi, Alhamdullillah semuanya dalam keadaan yang mesra dan harmoni. Diantara komuniti setempat dengan pelajar ITM. Itu adalah peranan kepimpinan. Sehingga saya balik ke kampus ataupun beralih ke tahun kedua di ITM, saya masih menjawat jawatan Presiden selama dua tahun berikutnya. Jadi keadaan di ITM Shah Alam adalah lebih mencabar kerana disitu terdapat senior dan lebih senior. Jadi saya memerlukan masa untuk menyesuaikan keadaan memandangkan kami adalah pelajar ITM Dungun yang baru memasuki ke –ITM Shah Alam sebagai pelajar tahun kedua. Macam mana asimilasi, bagaimana interaksi, al-maklumlah zaman-zaman itu budaya orientasinya adalah berbeza. Ianya lebih bersifat keras. Tidak seperti sekarang. Orientasi lebih berbentuk ujian-ujian fizikal, lebih lasak. Jadi saya pun  mengingatkan pada kumpulan saya yang kita sudah memasuki ke satu alaf yang lain dengan persekitarannnya berbeza dan Prof yang berbeza. Justeru itu kita kena bijak menyesuaikan dalam situasi yang berbeza. Jadi itulah diantara kepimpinan saya dan alhamdullillah, nampaknya tidak lama selepas itu iaitu dalam sebulan dua, kami semua dapat menyerap dalam budaya di ITM  Shah Alam.

FS & OH: Apakah misi dan visi En. Haned dalam melihat  Balai dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang?

HM: Saya menjangkakan untuk tempoh, secara segmen adalah lima tahun ke lima tahun, ibarat kata Rancangan Malaysia pun dibuat secara lima tahun ke lima tahun and then pemerintahan negara pun lima tahun. Jadi saya pergi pada segmen lima tahun. Ok, sebenarnya saya meneruskan misi dan visi kepimpinan terdahulu. Sebahagiannya… Cuma sebagai Ketua Pengarah yang baru, dilantik pada 1 April, saya disamping meneruskan, saya juga memikirkan tentang penambahbaikan. Dimana saya melihat seni lukis Balai Seni Visual Negara sebagai agensi induk. Satu-satu agensi, yang mana kita tidak dapat mengelakkan daripada berkomunikasi dengan semua komuniti pelukis. Sebagai satu jambatan yang disebutkan. Jadi komunikasi ini, kita boleh tertjemahkan dalam bentuk aktiiviti yang dibuat secara smartpatnership, penghayatan dan pemahaman seni juga harus diterapkan secara usahasama. Dimana pengeraknya adalah komuniti pelukis juga. Sebagai pengerak Balai Seni Visual Negara adalah Balai seni Visual Negara adalah jua pengeraknya. Tapi Balai Seni Visual Negara menggerakkan apa yang digerakkan oleh komuniti itu, sebagai contohnya dengan memberi ruang dan peluang. Menggetengahkan penghasilan karya seni visual itu dipremis, diruang Balai Seni Visual Negara. Sepeti yang lazimnya dilakukan. Dan dalam pada itu, jika sebelum ini Balai Seni Visual Negara tidak menghadirkan diri ke premis-premis ataupun di entiti-entiti seni di luar Maka saya merasakan sampai masanyalah. Di samping kita memberi ruang kepada pelukis memaparkan penghasilan mereka disini. Balai jua perlu menhadirkan diri ke premis-premis, komuniti pelukis tadi contonya bagaimana kita boleh menghasilkan satu pengkongsian pintar dengan galeri swasta. Apa yang kita boleh bekerjasama dengan galeri bagi membangunkan dan memperkembangkan seni visual. Jadi keberadaan dan kehadiran BSVN ke premis-premis, galeri-galeri ataupun studio persendirian umpamanya, ini merupakan penghubung jambatan seni. Jadi keberadaan BSVN akan dirasai jua oleh pengusaha-pengusaha, pengiat-pengiat seni lain. Dan kita akan usahakan perkara ini sebagai langkah awalannya melalui program Sambutan Ulangtahun 50 Tahun Pembentukan Malaysia ataupun (yang bertemakan) Selamat Hari Jadi 50 Tahun Malaysia. Pembentukan Malaysia adalah bermula pada tahun 1963 dan hari ini 2013 sudah genap 50 tahun. Jadi saya juga sedang berusaha supaya sambutan ini jua sampai ke Sabah dan Sarawak. Itu adalah usaha terdekat yang dijalankan. Selain daripada itu, saya ingin memperbanyakan program art communities atau program-program komuniti seni di luar jangkauan atau diluar daerah. Dan yang terdekat adalah satu komuniti projek bersama dengan penduduk di Pulau Tuba, Langkawi yang akan dilaksanakan akhir bulan Mei ini. Melalui program ini kita akan bekerjasama dengan komuniti setempat, persatuan pelukis Langkawi yang singkatannya LAVA dan jua USM. Kita akan berkampung selama beberapa hari di Pulau Tuba. Menggunakan found object (objek jumpaan) seperti cengkerang, daripada kulit cengkerang itu, tenaga berpengalaman daripada bidang seni akan menerapkan kreativiti bagaimana kulit cengkerang daripada terbiar boleh menghasilkan ataupun dihasilkan produk seni yang menampakkan hiasan ataupun dekorasi jua penerapan kreativiti yang artistik daripada kulit cengkerang, maka dia akan menjadi satu produk seni lukis, seni visual yang barangkali menarik dan boleh dijual setidak-tidaknya, jika tidak dijual boleh dijadikan sebagai hiasan. Dengan cara sebegini, komuiniti setempat akan mula menghargai bahan-bahan buangan atau found object. Jikalau selama ini kulit cengkerang itu dibiarkan begitu sahaja ataupun digunakan untuk tujuan–tujuan lain adalah elok juga dieksploitasikan untuk tujuan bagaimana kita boleh menerapkan unsur-unsur kesenian pada kulit cengkerang dan pada keseluruhannya found object boleh diperolehi di pulau berkenaan dan selain daripada itu, kita akan merancangkan lebih banyak lagi program-program art communities ini ke seluruh negara. Dimana saya bercadang untuk dapatkan khidmat pelukis-pelukis yang berpengalaman ditempatkan disatu-satu lokasi dan memberi bimbingan pada komuniti setempat yang berbakat, dimana bahan-bahan buangan (kitar semula) yang terdapat dipersekitaran tempat berkenaan boleh digunakan untuk dijadikan sebagai satu bahan yang diterapkan pada sentuhan seni disitu. Dengan cara sebegini masyarakat akan mula menyintai seni dan juga menghargai nilai-nilai sumber alam ini. Kita juga boleh menerapkan bakat seni dan langsung daripada itu, memasarkan produk-produk berkenaan. Itu diantaranyalah. Bagi pelukis-pelukis, pelukis-pelukis komuniti pula akan diperbanyakan lagi program secara usahasama. Maknanya tidak semestinya sesuatu itu berlaku di BSVN sahaja tetapi BSVN kehadirannya boleh menjangkau sehingga ke luar. Sepeti lokasi-lokasi atau tempat yang bersesuaian. Dengan cara ini hajat dan objektif kita kita untuk memperkembangkan dan membangun seni visual itu akan lebih berkesan. Pencapaiannya adalah dikalangan komuniti. Itulah antara cadangan-cadangan yang dirancangkan.Selain daripada itu, kita akan memperbanyakan program-program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Sama ada di BSVN sendiri ataupun diluar daerah. Ini kerana komuniti pelajar ini adalah satu komuniti yang tersusun atau yang sudah ada disiplinnya, jadi keberadaan BSVN ke sekolah-sekolahpun merupakan salah satu cadangan saya untuk jangkauan akan datang.

FS & OH: Dasar Industri Kreatif Negara yang dilancarkan oleh kementerian menerusi agensinyaadalah bertujuan untuk membantu penggiat dan pengusaha seni dalam menjana projek yang dijalankan oleh mereka kompetetif dengan kehendak semasa menerusi penganugerahan geran. Bagaimanakah program ini dilaksanakan?
HM: Geran Dasar Industri Kreatif Negara adalah bertujuan untuk memberi modal, ia adalah sebagai modal kepada pengusaha-pengusaha dalam konteks seni lukis, dalam konteks filem, animasi, kraf kerana dalam Dasar Industri Kreatif ini pecahannya adalah Seni Budaya dan Warisan Budaya dan. Multimedia. Jadi dalam Multimedia dikategorikan dalam pembikinan filem sama ada pembikinan dokumentari atau filem cereka, filem animasi telah dalam sektor berkenaan. Warisan Budaya ialah berkenaan hal-hal bagaimana kita nak memelihara ketamadunan sejarah yang berhubung kait dengan etnik, bangsa dan Negara. Dan dalam konteks seni lukis pula, ia dalam kategori seni Budaya. Jadi di dalam tiga pecahan ini, para penggiat seni visual boleh memohon geran Dasar Industri Kreatif Negara dalam konteks Seni Budaya. Walau bagaimanapun permohonan ini perlulah melalui tapisan oleh jawatankuasa kecil dan kemudiannya pada jawatankuasa induk. Dimana geran ini akan diberikan hanya kepada permohonan yang benar-benar justified dari segi operasinya itu. Kerana jumlahnya terhad dan permintaannya ramai. Banyak daripada sektor yang saya sebut tadi (Seni Budaya dan Warisan Budaya dan. Multimedia).
Jadi setakat ini memang terdapat penggiat seni visual yang berjaya dengan permohonan berkenaan. Oleh kerana presentation mereka itu mempunyai kekuatan yang dikehendaki oleh jawatankuasa. Jadi tujuan geran ini adalah untuk menyuntik satu bentuk modal bagaimana pemohon ini apabila berjaya boleh meneruskan kegiatan perancangan seni yang berkaitan. Dan tentu sekali berlaku pemantauan yang ketat (pemantauan rapi) bagaimana geran itu apabila kita salurkan, dibelanjakan oleh pemohonan yang berjaya. Jadi geran ini bertujuan lebih kepada untuk menampung sumber kewangan yang tidak mencukupi oleh satu-satu permohonan. Dia tidak secara total (yang disebutkan secara zerrobeach pada pemohon maknanya dalam erti kata lain pemohon sudah/mesti mempunyai modal berbayar dengan presentif yang sekian-sekian.
Geran hanyalah untuk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi. Itulah yang dimaksudkan dengan geran. Jadi maknanya penggiat seni visual yang berjaya memohon mendapatkan geran ini adalah mereka-mereka yang sudah beroperasi didalam masyarakat dan bagi meneruskan mereka memerlukan modal tambahan. Itulah yang dimaksudkan dengan penyaluran geran. Maksimum permohonan adalah sebanyak RM 2 juta dan tertakluk kepada asas-asas pertimbangan oleh jawatankuasa, jadi memohon RM 2 juta tidak semestinya mendapat RM 2 juta, jadi kebiasaannya ditapis dan ada juga pemohonan yang tidak berjayapun. Ada juga permohonan yang perlu membuat presentation semula berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu. Jadi maknanya kekuatan satu-satu permohonan tertakluk kepada bagaimana mereka menyediakan kertas cadangan tadi. Setakat ini jarang yang berjaya mendapat full amount (jarang). Kebiasaannya mereka mendapat 2/3 daripada amaun. Ataupun, kadang-kadang lebih rendah daripada itu, dia tertakluk kepada kekuatan, justifikasi nasional dan pertimbangan jawatankuasa. Dasar Industri Kreatif Negara, geran lebih kepada membantu usahawan-usahawan yang disebutkan tadi.
Jadi agensi yakni Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara boleh bertindak sebagai penasihat dan pemohon sendiri perlu mendapatkan borang-borang yang sepatutnya melalui saluran website KPKK, perlu mematuhi arahan pengisian borang. Dan selepas itu, segala kemuskilan mereka boleh merujuk dan berbincang dengan pihak Balai. Sebagai pihak yang berkecuali dalam perkara ini tetapi bertindak sebagai penasihat. Itu memang berlaku dimana terdapat pemohon-pemohon yang datang berbincang dengan cara macammana untuk mereka memohon. Kerana kebanyakan memohon adalah permohonan yang pertama kali dan geran ini adalah pertama kali diwujudkan. Jadi apabila pertama kali tentulah banyak perkara-perkara yang meraka ingin tahu bagi memperlengkapkan borang tadi. Jadi barangkali sekiranya geran ini diteruskan pada masa-masa akan datang. Pemohon yang gagal mendapatkan geran ini boleh memohon semula dan apabila mereka memohon semula dengan pengalaman yang sudah ada tentulah memudah mereka mengisi, memahami konteks geran itu sendiri. Dan dipihak Balai sebenarnya boleh memohon, boleh tetapi permohonan itu hendaklah untuk kepentingan penggiat seni visual. Boleh memohon. Tetapi yang dipohon itu adalah projek yang digerakkan atau dilaksanakan oleh Balai tetapi peserta ataupun penyertaannya adalah komuniti seni visual itu sendiri. Boleh…boleh dibuat begitu, walau bagaimanapun, priority adalah kepada pengusaha-pengusaha seni yang memohon. Dengan khidmat nasihat daripada pihak Balai.

Bersambung......