Jumaat, 24 Februari 2012

Sulaiman Esa (1941-): Menghubungi budaya Timur Barat dalam Seni Lukis Islam


(Penulisan ini telah disiarkan di dalam majalah Dewan Budaya dengan tajuk 'Sulaiman Esa: Pertemuan Timur-Barat dalam Karya' , Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun 2012, ms 21-24.)

Oleh: Faizal Sidik
.
Sulaiman Esa dilahirkan pada 12 September 1941 di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Zahrah. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di Maktab Inggeris, Johor Bahru pada tahun 1953. Beliau mendapat Biasiswa Negeri Johor dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran peringkat diploma Seni Lukis dan Seni Reka di Hornsey College of Art, London pada tahun 1960 hingga 1966. Pada tahun 1967 beliau menyambung ijazah pasca siswazah dalam bidang cetakan di kolej yang sama. Setahun kemudian beliau belajar pula di ‘Atelier 17’ , Paris dalam bidang cetakan pada 1968.
Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan 1968, bekerja sebagai Pereka Grafik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejak itu beliau aktif mengadakan pameran dan reka bentuk teater. Beliau ditawarkan semula biasiswa untuk mengikuti kursus rekaan pentas dan busana iaitu selama setahun di Academia de Roma, Itali pada 1974 dan terus dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Seni Halus, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1975 sekembalinya beliau. Empat tahun kemudian beliau ke Baltimore, Amerika untuk melanjutkan pelajaran dalam ke peringkat Sarjana Seni Halus di Maryland Institute College of Art dari 1979 hingga 1981.

Sulaiman Esa ke Amerika Syarikat sekali lagi pada 1986 hingga 1996 bagi melanjutkan pelajaran Doktor Falsafah di Tample University, Philadelphia, yang terkenal dengan program pengajian seni Islam. Semasa disana beliau beliau mengambil falsafah Islam dan seni sebagai pengajian utama dimana berkesempatan untuk belajar terus dibawah ilmuan Islam yang terkenal iaitu allahyarham Lamnya dan Ismail Al-Faruqhi, Sayyed Hoessin Nasr dan Mahmoud Ayoub.
Sulaiman Esa bukanlah nama asing dalam seni lukis Malaysia. Beliau adalah merupakan pelukis yang membawa seni lukis sejak tahun 1980 an lagi . Sulaiman Esa merupakan seorang yang bergiat dalam seni Islam yang dihormati dalam mempertemukan dunia Timur dan Barat dalam karya-karyanya. Beliau mempunyai ketokohan bukan sahaja sebagai pelukis, tetapi penulis, pendidik dan juga penyelidik. Sepanjang tempoh karier beliau sebagai seniman selama lima puluh tahun beliau telah menghasilkan siri-siri karya antaranya ‘Manusia dan Alamnya’ (1972), ‘Ke Arah Hakikat Mistik’ (1972), ‘Menunggu Godot’ (1977), ‘Ke Arah Tauhid’ (1984), ‘Wira Warna’ (1985), ‘Insyirah’ (2001) dan ‘Rajaah’ (2011).

‘Manusia dan Alamnya’ (1972)
‘Manusia dan Alamnya’ merupakan karya komentar sosial yang pertama seumpamanya dihasilkan di Malaysia yang pada 1972. Ia merupakan tindak balas artis terhadap dunianya. Ia merupakan sebuah pengkajian antropologi manusia yang pelbagai dimensi, yang mempunyai pelbagai sifat, juga merupakan manusia yang terdiri daripada fizikal dan spiritual. Disamping itu ia boleh menjadi sebuah kajian akademik, sosial, seksual dan intelektual.
Sedar atau tidak Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1971 yang merupakan kongres seni budaya yang terpenting dimana kerajaan, masyarakat dan ahli fikir dipersoalkan mengapakah seni yang berlaku pada waktu itu tidak memberi apa-apa kesan kepada identiti, budaya dan jati diri tetapi cenderung berkiblat kepada barat yang bersifat tiruan. Beliau baru menyedari bahawa beliau sebenarnya menceritakan tentang dirinya sendiri yang mempunyai dua karekter, iaitu yang mempunyai ciri-ciri fizikal barat dan spiritual Melayu Islam.
‘Ke Arah Hakikat Mistik’ (bersama Redza Piyadasa) (1972)
Siri Toward to Mystical Reality atau ‘Ke Arah Hakikat Mistik’ adalah koloborasi antara Sulaiman Esa dengan rakannya Redza Piyadasa yang telah di adakan di Sudut Penulis di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1972 yang juga adalah karya ini telah mencetuskan polimik diantara pengiat seni dan juga sastera. Pameran ini membuka wacana polimik dalam persoalan tentang ruang, material dan masa dalam penggunaan objek harian dan teks sebagai sebuah pengalaman mental yang menyarankan ruang, waktu dan anjakan, ia merupakan satu idea baru dalam seni lukis Malaysia.

Ia merupakan reaksi daripada Kongras Kebudayaan yang menolak teori seni barat dan bermanifestokan untuk membebaskan pelukis Malaysia daripada cenderung kepada pengaruh Barat . Mereka mengasimilasikan budaya Timur dan Barat dalam perspektif baru seni sebagai sebuah kajian saintifik dari sudut mental, meditatif dan mistikal yang terdapat dalam falsafah Asia berhubung dengan amalan falsafah Taoism dan Zen.

'Menunggu Godot (1977)
Dengan ilmu bidang seni cetak yang dipelajarinya di London dan Paris dahulu, pada 1977 Sulaiman Esa hadir dengan siri karya Waiting for Godot (Menunggu Godot). . Waiting for Godot adalah sebuah naskah terkenal oleh Samuel Backett yang dipentaskan ke dalam teater. Waiting for Godot yang telah sudahpun mencetuskan kontroversi kepada dunia seni lukis sebelum dipamerkan lagi, sehinggakan setelah beliau mengantungkan cetakan ini dinding datang ketua jabatan tempat beliau mengajar terkejut menyalahkannya kerana meletakkan ayat al-quran sekali dengan gambar perempuan dalam keadaan yang seksi.

Dengan menggunakan teknik gurisan foto ianya adalah representasi diri beliau yang bukan sahaja bercerita tentang krisis identiti seni bukan sahaja dirinya sendiri tetapi cuba memaparkan krisis budaya negara pada tahun 1970 an terutamanya kepada orang Melayu beragama Islam terhadap pengaruh barat. Siri karya ini kebanyakanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang terdapat di imejan yang sangat berkontra diantara satu sama lain. Pertama adalah imejan-imejan wanita yang berbogel dalam kedudukan yang sangat menghairahkan pada sebelah bawah. Manakala disebalah atas terdapat kaligrafi yang yang disalin daripada masjid Cardoba dan Alhambra.

‘Ke Arah Tauhid’ (1984)
Walaupun diseliputi kontroversi demi kontroversi siri ‘Ke Arah Tauhid’ yang telah diadakan di Australia High Commission dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1984 ini memuncakkan lagi namanya. Beliau mula berhijrah apabila berjaya menghasilkan karya penting yang mengabungkan konsep Seni Tradisional Melayu bernafaskan Seni Islam dalam kariernya seperti ‘Ke Arah Tauhid’ (1983) dan ‘Nuraini’ (1983) yang kedua-duanya menjadi koleksi negara. Karya ini merupakan titik permulaan bagi Sulaiman Esa untuk menempuh sejarah yang lebih menarik dalam mempraktikkan seni Islam.
Beliau mengangkat seni nusantara iaitu kraf Melayu dalam format seni catan moden barat. Beliau mengkaji seni tekstil seperti, songket, batik dan juga kraf yang lain seperti anyaman, ukiran kayu dalam memantulkan wajah serantau. Ke Arah Tauhid merupakan kenyataan beliau dalam mentakrifkan apa itu lukisan, apa itu seni. Beliau banyak menggunkan garis grid, ini kerana ilmuan seni Islam mengatakan intipati kerohanian ditentukan oleh grid yang lebih logik kerana ianya bermain dengan sistem matematik dalam membentuk corak arabesque dan geometrik.

‘Warna Wira - Mural ’ (1985)
Dekad 1980 an selepas seminar dan pameran Akar-Akar Kesenian Peribumi dan Perkembangan Kini pada 1979 memperlihatkan fenomena pelukis Malaysia kembali mencari identiti Kemelayauan dalam pengkaryaan meraka, perihal ini tidak terkecuali kepada Sulaiman Esa. Siri Warna Wira adalah salah satu manifestasi beliau terhadap gerakan itu. Maka lahirlah siri mural terpanjang daripada mozek kaca Itali bersaiz 10 kaki tinggi dan 168 kaki lebar dikomisenkan bertempat di Bangunan Umno , Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pengutaran aspek unsur Islam dalam mural ini dilakukan menerusi pengolahan bentuk-bentuk klasik yang terdapat dalam rekabentuk geometrik seni Islam yang pada dasarnya mencerminkan konsep imbangan, aturan, kejelasan dan keharmonian. Dalam untuk mengambarkan aspek kehidupan orang Melayu motif-motif pucuk rebung, salur bayur dan kerawang contohnya yang pada dasarnya mempunyai pengertian yang mendalam dari segi falsafah dan falsafah hidup bangsa Melayu.

Pada tahun 1993 Sulaiman Esa telah dipilih sebagai artis yang mewakili negara Malaysia ke pameran seni Asia Pacific Triennial yang pertama di Queensland Gallery, Australia. Setelah hampir 20 tahun bergelumbang di dalam pendidikan seni akhir beliau dilantik sebagai Prof Madya di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, ITM pada 1995 .

‘Insyirah’ (2001)
Pada tahap ini lukisannya lebih berfalsafah dan bermetafora melambangkan pemikiran yang yang dipelajarinya selama ini selam sepuluh tahun menyiapkan ijazah kedoktorannya dalam falsafah seni Islam. Siri Insyirah telah di pamerkan di Galeri Petronas pada tahun 2001. Selama menyepi hampir 15 tahun dengan siri baru karya-karya dalam siri ini meletakkan satu tingkat penting dalam kariernya.
Dalam siri ini beliau ini adalah daripada pengkajian teologi dari pelbagai sudut pemikiran selama ini dalam perihal tasawuf, usuludin, kajian agama Islam, China, India, Kristian dan budaya semasa. Dalam tesisi beliau cuba memperbetulkan dan mencadangkan seni peribumi yang menganjurkan keMelayuaan kepada Islam dalam peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu bukan diperingkat syariah tetapi mistisisme (kebatinan) dimana ia menemui tradisi agama lain.

Maka lahirlah karya-karya yang menjadi isu dan buahan mulut dunia seni lukis ketika ituseperti ‘Last Supper’ (1998), ‘DOA’ (1999), ‘Beauty in Diversity’ (2000), ‘Dance of Cosmos’ (2002) dan lain-lain yang mengambil juga ikon agama lain seperti beliau melukis Shiva Nadarajah, patung Buddha dan mandala sehinggakan ada sesetengah ulama yang mengatakan beliau telah sesat.

‘Raja’ah’ (2011)
Selepas itu beliau terus menaburkan baktinya kepada keseniaan negara dan pengorbanannya dihargai apabila dianugerahkan penghormatan Balai Seni Visual Negara untuk mengadakan pameran retrospektif yang mempamerkan semula hasil karya beliau daripada tahun 1950 an hingga 2011 iaitu ‘Raja’ah: Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa’ adalah pameran solo yang menghimpunkan semula karya-karya yang terpilih beliau sepanjang 50 tahun berkarier dalam seni lukis.
Raja’ah bererti kemunculan semula, dimana ia merujuk transformasi manusia daripada bersifat keduniaan (luaran) kepada yang lebih spiritual (dalaman). Ianya adalah berlandaskan kepada potongan ayat Al-Quran “inna lillahi wa inna ilahi raji’un” yang bermaksud “Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali”. Beliau menggunakan perkataan raja’ah bagi merujuk kepada kepulangan beliau kepada sifat-sifat fitrah manusia yang diciptakan Allah.

Siri karya Sulaiman Esa
1972 Manusia dan Alamnya
1974 Ke Arah Hakikat Mistik (bersama Redza Piyadasa)
1977 Menunggu Godot
1984 Ke Arah Tauhid
1985 Warna Wira (Mural)
2001 Insyirah
2011 Rajaah

Syed Ahmad Jamal: Bapa Seni Lukis Melayu Moden Malaysia


Oleh : Faizal Sidik


Faizal Sidik (2013), 'Syed Ahmad Jamal: Bapa Seni Lukis Melayu Moden Malaysia' Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, April 2013.



Syed Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di bandar Maharani Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939; Ngee Heng English School, 1940; Bukit Zahra English School dan English College, Johor Bahru hingga tahun 1949.

Beliau mendapat biasiswa Sultan Ibrahim dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art, London. Setahun kemudian beliau belajar pula di Institute of Education, London University. Semasa di Chelsea School of Art, beliau memenangi beberapa hadiah dalam pertandingan dalam seni lukis.

Setelah pulang dari England, beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor dari tahun 1956 hingga 1957. Pada tahun 1957, beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur. Diantara tahun 1958 hingga 1959, beliau menjadi pensyarah di Malayan Teacher’ College, Kirby, Lancs, United Kingdom dan pulang semula ke Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur pada tahun 1960. Pada tahun 1951 hingga 1963, beliau bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.

Syed Ahmad Jamal merupakan nama yang amat sinonim dengan seni lukis Malaysia. Beliau adalah merupakan pelopor gerakan ekspresionisme abstrak di negara ini. Syed Ahmad Jamal merupakan seorang tokoh di dalam seni lukis yang paling berjaya di negara ini. Beliau mempunyai ketokohan dalam bidang berikut seperti sebagai pelukis, penulis, pereka, pendidik dan pemimpin seni.

Kebolehan yang merentasi pelbagai disiplin yang dimiliki menjadikan beliau sebagai sumber idea dan dalam menjana perkembangan seni lukis tanahair. Ilmu kesarjanaan dalam seni lukis serta falsafah dan estetika Melayu yang dipegang, menjadikan beliau tempat rujukan kepada pelajar, ahli akademik, dan pengiat seni lukis ( pelukis, kurator, galeri dan kolektor) di Malaysia. Di kalangan pelukis tanahair, Syed Ahmad Jamal telah dianggap sebagai pelopor seni lukis abstrak yang bernada nusantara bermula pada tahun-tahun 1960 an dan 1970 an.

Beliau mengetuai Wednesday Art Group dan Art Council Malaysia pada awal tahun 1960 an. Beliau juga pernah menjadi pensyarah tamu Universiti Malaya pada 1975 hingga 1979, kewibawaan dan kepimpinan beliau mula terserlah dimana beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Malaya yang pertama daripada 1979 hingga 1983 dengan mengasaskan kepada penubuhan Muzium Seni Asia di Universiti Malaya sebelum menerajui sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara pada 1983 hingga 1991. Kepimpinan dan kewibawaan Syed Ahmad Jamal di dalam bidang seni lukis sememangnya telah terbukti. Beliau telah di beri kepercayaan dan penghormatan untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Penasihat dan Pengerusi kepada pertubuhan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan bidang seni visual ini.

Sebagai budayawan yang mempunyai cara pandangan dan falsafah kesenian Melayu yang halus, beliau menterjemahkan pengalaman ini melalui bukunya yang bertajuk ‘Rupa dan Jiwa’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka semasa menjadi karyawan tamu dan penyelidik di DBP pada 1991-1992, beliau telah melukiskan pengamatannya terhadap unsur-unsur kesenian dalam nilai-nilai dan kebudayaan Melayu. Beliau juga cuba menggarapkan semula aspek rupa dan bentuk sesuatu unsur kepada seni rupa Melayu ini diolah dengan pengalaman bahasa seni yang bersifat sejagat melalui bentuk, gaya, gerak dan corak.

Bakat Syed Ahmad Jamal terserlah, beliau adalah pelukis yang terkenal serta mendapat sanjungan masyarakat seni dalam dan luar negeri. Antara kebolehan beliau ialah melukis dengan menggunakan pemikiran ilmu dan pengalaman berasaskan falsafah serta nilai-nilai Melayu. Beliau juga terlibat dalam membuat ‘Dasar dan Pemikiran’ tentang program dan pentadbiran kepada masyarakat umum. Selain daripada itu beliau juga terlibat dalam kritikan seni dan menulis berbagai kertas kerja, katalog pameran, majalah dan media massa.

Menyentuh tentang pengkaryaan beliau, ketika di London aliran ekspressionis dan ekspressinisme abstrak sedang melanda England itu. Gerakan tadi merupakan satu yang amat baru bagi beliau dan benar-benar memikat cara beliau berkarya. Beliau meminati ekspressionisme kerana ia menyedarkan satu landasan baru bagi menentukan arah dan tujuan arah seni secara perseorangan atau individu yang berbeza sedikit dengan seni tradisional yang bekerja secara berkelompok.

Untuk mengetahui perkembangan seseorang seniman atau artis rasanya tidak lengkap jika tidak melihat sentuhan-sentuhan awal penerokaanya iaitu di sekitar tahun 1950 an. Lukisan-lukisan berwajah herot dan abstrak yang bertunjangkan unsur tanahair cuba dihasilkan ketika masih menuntut di sana. Perubahan awal menggunakan kaedah tersebut melihatkan kejayaan awalnya apabila berjaya menghasilkan karya penting di awal karier iaitu ‘Mandi Laut’ (1957). Karya ini merupakan titik permulaan bagi Syed Ahmad Jamal untuk menempuh sejarah yang lebih gemilang dalam bidang seni lukis dengan pameran solo pertamanya di British Council, Kuala Lumpur pada tahun 1960.

Dekad 1960 an memperlihatkan fenomena abstrak ekspresionistik yang sangat dominan. Karya-karyanya mula menampilkan imej-imej abstrak dalam latar budaya setempat. Karya ‘Starry Night’ (1961), ‘Relationship’ (1964), ‘Lost’ (1965) ‘19.9.65’(1965) memperlihatkan ledakan tenaga abstrak ekspressionistik yang lincah, kental, padu dalam sapuan berus yang agresif dalam warna-warna ekspresif yang meninggalkan impak visual yang mempersonakan. Warna dan imej yang digunakan dalam beberapa karya-karya pada tahun 1960 an menganggu ketenteramana psikologi seolah –olah beliau sedang bergelut dengan dirinya sendiri.

Tahun 1970an menampilkan karya-karya kreatif dan memperlihatkan transformasi dalam kebebasan berkarya contohnya karya ‘Conference of Soul’ (1970) bertolak dari puisi ‘Sidang Roh’ karya penyair Kassim Ahmad yang pernah menjadi polimik dunia kesusasteraan pada ketika itu. Karya ini dihasilkan selepas tragedi 1969 berkenaan dengan pengertian terhadap kebenaran yang sentiasa berubah mengikut kehendak dan selera semasa.

Dalam karier sebagai pelukis siri ‘Gunung Ledang memuncakkan nama Syed Ahmad Jamal dalam menghasilkan karya-karya besar kepada khazanah negara seperti dalam ‘Semangat Ledang’. Pada tahap ini lukisannya amat bertenaga melambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang didokongnya selama ini. Siri ‘Gunung Ledang’ mempertemukan dunia mistik kisah Puteri Gunung Ledang yang terdapat di dalam teks Sejarah Melayu yang berwajah tempatan kepada aspek penceritaan berkonsepkan barat iaitu dalam format catan.

Walaupun mendapat pendidikan Barat dalam bidang seni halus namun seniman Syed Ahmad Jamal tetap mengkagumi akar tradisi budaya Melayu untuk turut sama berada dalam setiap pengkaryaanya . Pada sekitar 1980 an maka lahirlah “Siri Songket” imej dari seni kraftangan anyaman tikar mengkuang mula tercipta seperti ‘Energy Mat’ (1980), ‘Terengganu’ (1986), ‘Siri Gunung Ledang’ (1987) dalam memaparkan keindahan tenunan tekstil Melayu tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi.

Bentuk segitiga begitu dominan pada era ini, boleh dikatakan bentuk segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang begitu banyak dalam rekabentuk tradisional masyarakat Melayu. Ia dianggap sebagai simbol kepada kesuburan, satu penyataan yang bersesuaian dengan kenyataan mengenai Gunung Ledang. Beliau seterusnya menyatakan bahawa motif segitiga tersebut menyerupai pohon hayat dan bunga semangat sebagai manifestasi alam semulajadi yang begitu dekat dengan rantau Asia Tenggara ini.

Tahun awal tahun 1990 an, Syed Ahmad Jamal bersara dari perkhidmatan awam. Hal ini memberikan beliau begitu banyak masa untuk terus bergerak aktif secara sepenuh masa dalam seni lukis pada pertengahan karier . Penglibatan yang tidak mengenal jemu selama enam puluh tahun berkarier dengan seni ini telah memberi peluang kepada beliau untuk menyumbangkan ke arah pembinaan dan perkembangan seni lukis moden Malaysia. Berdasarkan sumbangan penting beliau itulah kerajaan menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada beliau pada 1995 iaitu anugerah seni tertinggi Malaysia yang membawa gelaran Seniman Negara. Era ini memperlihatkan pula satu pendekatan yang berlainan pada karya-karya Syed Ahmad Jamal sebelumnya. Karya-karya beliau sangat mesra menyentuh isu sosial politik negara dan dunia luar di akhir tahun 1990 an.

Selepas itu beliau terus menaburkan baktinya kepada keseniaan negara dan pengorbanannya dihargai apabila dianugerahkan pingat Paglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada 1996. Pada tahun 2005 beliau menerima pengiktirafan sebagai Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni oleh Universiti Sultan Idris (UPSI). Pengkaryaan Syed Ahmad Jamal mula berarah kepada manifestasi ketuhanan di akhir-akhir kariernya. Penghormatan institusi seni utama negara untuk mengadakan pameran retrospektif yang mempamerkan semula hasil karya beliau selama berkarier selama enam puluh tahun bertajuk ‘Syed Ahmad Jamal: Pelukis’ adalah pameran solo terbesar dan terakhir oleh beliau pada tahun 2009 di Balai Seni Visual Negara .

Dua tahun kemudian pada tanggal 31 Julai 2011 Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal meninggalkan dunia pada usia 82 tahun. Segala jasa dan ketokohan beliau dalam membangunkan seni lukis Malaysia akan dikenang sepanjang zaman oleh generasi seni visual di masa depan. Semoga rohnya diletakkan dikalangan orang yang terpilih. Amin.

Anugerah Syed Ahmad Jamal
1950 ‘Sultan Ibrahim Scholarship’
1962 ‘Indian Council for Cultural Relations’
1963-1964 ‘United State Department Award’
1969 Ahli Mangku Negara
1970 ‘Alliance Francaise Medallion’
1973 ‘East-West Centre Award’
1983 Kesatria Mangku Negara
1984 ‘Australia Cultural Award’
1987 ‘Cultural Award (Visual Art)’
1995 Anugerah Seni Negara
1996 Panglima Jasa Negara
2005 Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
2008-2009 Pelukis Tamu, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur

Himpunan Esei Seni Lukis Malaysia 1970 an: Koleksi Balai Seni Visual Negara


Oleh: Faizal Sidik



Himpunan Esei Seni Lukis Malaysia 1970 an: Koleksi Balai Seni Visual Negara adalah himpunan teks terpilih daripada penerbitan Balai Seni Visual Negara (BSVN) pada era 70 an. Jilid 1 ini memuatkan penulisan oleh pensejarahan, pengkritik, penulis, artis dan ada di kalangan mereka pernah memegang jawatan sebagai birokrat seni di institusi-institusi kesenian dan kebudayaan negara. Antara esei-esei dimuatkan dalam siri pertama ini adalah penulisan Redza Piyadasa, T.K. Sabapathy, Syed Ahmad Jamal, Ismail Zain dan Sulaiman Esa.
Penulisan Redza Piyadasa iaitu ‘Pengaruh Akademi Seni Halus Nanyang’ dan T.K. Sabapathy ‘Pelukis-Pelukis Nanyang: Beberapa Penaungan Umum’ 1979 boleh dianggap sebagai penulisan sejarah seni yang dipetik daripada Pameran Retrospektif Pelukis-Pelukis Nanyang yang diadakan di Balai Seni Visual Negara pada 26 Oktober sehingga 23 Disember 1979.
Penulisan ‘Pengaruh Akademi Seni Halus Nanyang’ adalah pengkajian Redza Piyadasa hampir satu setengah tahun. Terdapat dua perkara utama yang dititik beratkan atau dipertimbangkan oleh Piyadasa dalam pengkajian ini. Pertama mengetengahkan sejarah akademi seni lukis yang terawal di Malaya semasa jajahan British pada masa itu selepas Perang Dunia Ke 2 iaitu Akademi Seni Halus Nanyang. Nanyang atau Laut Selatan adalah akademi seni yang ditubuhkan pada 1938, yang merupakan antara akademi seni yang terawal di Asia Tenggara. Kedua adalah kerana belum ada cubaan mengkaji secara teratur terhadap sumbangan-sumbangan penting yang dibuat oleh pelukis-pelukis Nanyang Malaysia dan Singapura.
Penulisan T.K. Sabapathy iaitu ‘Pelukis-Pelukis Nanyang: Beberapa Penaungan Umum’ pula mendekati ciri-ciri apa yang boleh diperkatakan yang terdapat pada karya-karya pelukis Nanyang ini. Dalam esei ini, beliau mendefinasikan semula siapakah itu pelukis Nanyang, stail, tema dan subjek beberapa pelukis yang dianggap penting. Di bahagian akhir esei beliau mendakwa terbukti kajian seni lukis moden awal di sini mempunyai pengaruhnya dengan School of Paris yang terhasil daripada karya-karya mereka.
Esei ketiga oleh Syed Ahmad Jamal bertajuk ‘Seni Lukis di Malaysia, Artis dan Wilayah Komitmen’ bermodelkan penulisan retrospektif seni yang dipetik daripada penulisan katalog sempena pameran Malaysia Art 1965-1978 yang diadakan di Commonwealth Institute, London pada 2 hingga 30 November 1978. Pameran bertempat di luar negara yang kedua seumpama ini yang di adakan di luar Malaysia dengan kerjasama antara Kementerian Belia, Kebudayaan dan Sukan pada masa itu dengan kerjasama Kementerian Luar Negara dan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ini membawa 55 buah karya dan 31 artis yang dikuratorkan oleh Syed Ahmad Jamal sendiri memperlihatkan fasa perkembangan penting perkembangan seni lukis Malaysia sepanjang 15 tahun.
Esei ini menyentuh mengenai perkembangan seni lukis Malaysia di sekitar tahun pertengahan 1960 an sehingga akhir 1970 an. Dalam esei ini Syed Ahmad Jamal menyentuh dari segi kesan tindakbalas yang tercerna pengaruh daripada apa yang dikatakan Hemisfera Barat terhadap seni kontemporari Malaysia dimana kebanyakan karya tersebut berada di dalam koleksi BSVN, selain itu ia menyelusuri peranan institusi seni negara yang utama iaitu BSVN, kumpulan-kumpulan seni lukis, sekolah seni, galeri swasta dan peranan patron seni.
Teks yang bersifat falsafah seni oleh Ismail Zain bertajuk ‘Manusia dan Alamnya’ diangkat daripada penulisan dalam pameran dengan tajuk yang sama atau Man and His World yang diadakan pada 16 Oktober sehingga 8 Disember 1973. Dalam esei ini Ismail Zain mengulas objek seni sebagai bahan estetik, nilai seni dalam pengkaryaan, fungsi seni, pengasingan antara seni untuk ritual dan tujuan estetika, sistem galeri, permasalahan dalam melihat karya seni, anjuran merapatkan jurang seni dengan manifestasi dua seni serta seni dan komunikasi.
Sungguhpun penulisan ini adalah berdasarkan pameran dan pertandingan ‘Manusia dan Alamnya’ yang diadakan selepas kejayaan pameran ‘Landskap Malaysia’ pada tahun sebelumnya ia adalah pameran yang bukan berdasarkan objek tetapi idea. Dua penganjuran ini dianggap penting kerana adalah diadakan bukan terhadap stimulasi terhadap produksi gambar estetik yang banal tetapi bermain dengan menyarankan idea pelukis. Jadi tidak hairan jika karya konseptual dalam koleksi Balai Seni Visual Negara sangat dominan diperoleh daripada kedua-dua pameran ini.
Penulisan yang bercorak kritikan seni oleh Sulaiman Esa dengan tajuk ‘Kritikan Mengenai Pameran Pelukis-Pelukis Muda Sezaman 1974’ adalah garapan yang diselit daripada katalog pameran Pelukis-Pelukis Muda Sezaman daripada 26 Julai sehingga 18 Ogos 1974. Teks ini boleh dianggap sebagai esei klasik pameran dan pertandingan Bakat Muda Sezaman yang dianjurkan sehingga ke hari ini yang menurut Sulaiman Esa diinspirasikan oleh pertandingan The Young Contemporaries Exhibition di London dalam tahun 60 an.
Penulisan awal mengenai Bakat Muda Sezaman atau BMS ini sering dirujuk oleh juri-juri dalam membuat komentar ulasan penjurian mereka didalam penganjuran Bakat Muda yang berikutnya sehingga hari ni telah berusia lebih 30 tahun bagi mencungkil pelukis-pelukis baru di negara ini. Kritikan beliau terhadap dua kumpulan artis di mana beliau mengkritik artis yang melibatkan diri mereka dalam catan easel dan dalam persoalan-persoalan menggambar manakala di satu kumpulan artis yang melibatkan aspek formalistik dan konseptual. Beliau juga mengulas mengenai disiplin teknik pembuatan, pernyataan artis, proses pengkaryaan dan kreativiti artis masih releven untuk dijadikan rujuk.
Keseluruhannya penerbitan semula penulisan-penulisan ini di dalam sebuah buku ‘Himpunan Esei Seni Lukis Malaysia 1970 an: Koleksi Balai Seni Lukis Negara’ diharap dapat merancakkan lagi penerbitan buku seni di negara ini untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi dan khazanah ilmu dalam kemajuan seni lukis Malaysia bagi dirujuk oleh dunia seni khususnya kepada penyelidik, artis, pengajar, kolektor, galeri, pelajar dan peminat seni.

Rabu, 21 Disember 2011

Seni Lukis di Dunia Ketiga

Susunan oleh: Faizal Sidik

Esei ini adalah syarahan yang telah disampaikan oleh Zainol Abidin Sharif (Zabas) dalam Seminar Pangantar Seni Lukis Kontemporari Asia Tenggara yang telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 2010.

Saya ingin sentuh pandangan dan penulisan Mikel Dufrenne iaitu seorang pengkritik, ahli falsafah Perancis, penulisannya dalam buku Three Faces of Art bab yang bertajuk Art in the Third Worlds. Buku Three Faces of Art yang di terbitkan oleh Unesco ini pada tahun 1974 dan kemudiannya dicetak semula pada tahun 1977, di cetak oleh penerbit tempatan iaitu Faderal Publication mengandungi empat buah esei dua daripadanya di tulis oleh Mikel Dufrenne. Buku ini merupakan satu-satunya usaha Unesco untuk mempernyatakan idea-idea asas tentang seni yang pada masa itu tidak boleh ditemui dalam tulisan-tulisan lain, Bab-bab dalam buku ini merujuk kepada yang pertama Art in the Life of Man, secara am ditulis oleh seorang Perancis, bab yang kedua Art in the West oleh Mikel Dufrenne, bab ketiga Art in Socialist Countries oleh Bela Kopeczi dan bab keempat sekali lagi Art in the Third Worlds oleh Mikel Dufrenne. Jadi ini merupakan kumpulan penulisan secara am sepenuhnya aspek seni dan pengalaman budaya di seluruh dunia sebagaimana yang dikongsi bersama Unesco yang melibatkan budaya-budaya dunia dan melibatkan peningkatan pendidikan budaya-budaya dunia Unesco.

Mikel Dufrenne memulakan penulisan beliau tentang Art in the Third Worlds atau ‘Seni di Dunia Ketiga’ dengan mengatakan bahawa di negara-negara membangun dalam masa yang kita tetapkan disini iaitu selepas Perang Dunia ke-2 pada tahun 1960 an dan 1970 an. Dinegara-negara membangun budaya di negara-negara itu tercabar, apa yang paling ketara dalam cabaran ini ialah wujud konfrontasi atau pertembungan di antara budaya dari barat dan budaya bukan barat. Konfrontasi dan pertembungan ini memang hebat, sememangnya menjadi utama tidak kira samada ianya di negara yang memperlihatkan perjuangan kemerdekaan yang teruk atau yang memperlihatkan tidak adanya pertumpahan darah umpamanya kita ambil perbezaan, Indonesia yang memperlihatkan pengalaman konfrontasi penjajahan rakyat tempatan dengan pertumpahan darah, namun di Malaysia ianya tidak berlaku malah tidak ada langsung penjajahan ataupun perjuangan kemerdekaan sebab kita tidak pernah dijajah secara literal.

Jadi dinegara-negara membangun kebudayaan nasional atau kebudayaan kebangsaan bukanlah suatu yang wujud secara semula jadi atau secara biasa. Kebudayaan nasional atau kebudayaan kebangsaan di setengah-setengah negara membangun telah dimusnahkan dan dihapuskan akibat konfrontasi itu, akibat penularan atau kemasukan budaya dari barat iaitu budaya asing ke dalam budaya tempatan. Dengan itu budaya atau kebudayaan tempatan national culture harus diusahakan, diteliti dan dibentuk kembali. Ia juga harus di hasrati sebab ia menjadi satu yang disedari kehilanganya dan kewujudannya juga disedari, jadi dikalangan rakyat-rakyat tempatan negara-negara membangun budaya nasional merupakan suatu nilai atau suatu yan diingini dalam keadaan cabaran ini. Salah satu sebab kenapa budaya nasional itu diingini ialah perkembangan yang berlaku di barat yang juga membuatkan budaya bukan barat meningkat nilainya. Sebagai contoh dalam bidang seni lukis pada awal abad ke-20 pelukis-pelukis Eropah seperti Picasso dan Cezanne menemui dan menikmati seni tradisional Afrika dengan menggabungkannya dalam arca dan lukisan mereka. Pengalaman dan apa yang dilakukan oleh Picasso ini secara tidak langsung meningkatkan nilai seni Afrika itu pada kaca mata orang Afrika, dari satu sudut peningkatan nilai itu berlaku akibat apa yang berlaku di Eropah dari segi pengiktirafan orang Eropah sendiri.

Dalam seni di negara-negara membangun ini juga kesedarannya mula meningkat, jika dahulunya seni adalah suatu yang biasa sahaja dalam kehidupan tidak di asingkan tetapi kini apabila ianya tercabar kesedaran terhadap seni menjadi suatu yang sengaja dan suatu yang ketara sebab kesedaran tentang seni di dunia ketiga adalah berkaitan dengan identiti nasional dari India ke China ke Jepun malahan ke Malaysia. Pencarian identiti ini datang dalam dua bentuk. Mengikut Mikel Dufrenne ianya boleh berbentuk saintifik dan kurang saintifik, apa yang dimaksudkan saintifik disini adalah pencarian identiti itu boleh melibatkan para pemikir atau para pengiat seni tempatan mengali kebelakang mencari ilmu yang boleh menyokong identiti itu dan ianya boleh dilakukan dalam bidang arkeologi, antropologi dan juga estetik. Negara dunia ketiga yang paling ketara dalam usaha-usaha saintifik atau mencari identiti nasional dari segi sudut ini ialah India. Mengikut beliau India sejak awal lagi pada abad ke-20 an ini telah melibatkan ramai sarjana atau pengkaji dalam bidang antropologi dan arkeologi yang melihat asal usul mencari original budaya India. Ini dipaparkan oleh seorang pensejarah seni India yang utama iaitu Mulk Raj Anand yang melihatnya dalam perang dunia ke-2 menerusi penerbitan India yang dikeluarkan merujuk kepada kajian-kajian yang agak ilmiah dan saintifik. Ini berbeza berlaku dengan negara-negara lain, mengikut Anand di India lah usaha in dilakukan secara saintifik.

Di negara-negara lain dimana usaha mencari identiti nasional kurang saintifik dan kurang menjurus kepada bidang-bidang ilmu barat iaitu ilmu yang saintifik samada arkeologi dan antropologi, tidak kurang hebatnya pencarian itu dimana pencarian itu boleh datang atau muncul menjiwainya atau mencari jiwa wilayah dan mencari jiwa budaya. Jika di Afrika apa yang wujud adalah dari segi bukan saintifik, ramai penulis-penulis dan pemikir-pemikir Afrika mencari jiwa negro. Di Afrika di panggil ‘negriti’ iaitu jiwa-jiwa budaya Afrika atau the attitude of negro sebagai negara wilayah negro. Pemikiran tentang negitude atau jiwa negro ini melibatkan penulis-penulis Afrika dan Perancis, ia tidak semestinya penulis negro sahaja. Sartre Jean Paulsate ahli falsafah merupakan antara yang terawal di Perancis antara yang menyentuh jiwa negro di Afrika dan di Afrika mempunyai penulis mereka sendiri iaitu Cezar. Ini dilaungi di Amerika Selatan oleh penulis-penulis dari Argentina dan Mexico yang mencari jiwa Amerika Latin, apa yang dicari di Afrika adalah jiwa negro ‘negritude’ dan di Amerika Selatan apa yang dicari pula jiwa Amerika Latin. Di Afrika Utara dan Timur Tengah pencarian wujud dari segi pencarian jiwa Arab ianya menekankan para pemikir-pemikir di Mesir dan juga di negara-negara daerah itu.

Jadi pencarian jiwa budaya tempatan dan wilayah telah lebih subjektif, lebih menekankan kerohanian dan lebih subjektif yang menekankan sesuatu yang kurang saintifik, jadi apa yang ditemui dan apa yang dihasrati ialah identiti spiritual iaitu didalam saintifik ia mungkin berkaitan dengan agama, cara hidup, jadi apa yang ditemui agak kabur dan sesuatu yang kurang muktamad. Umpamanya di Amerika Selatan di manakah asal usulnya orang Amerika Selatan, adakah di Amerika Selatan ataupun di Eropah sebab penghijrahan rakyat pada awalnya orang Amerika Selatan adalah mereka yang telah berhijrah daripada Eropah dan kalau kita tengok budaya di Argentina dan Brazil unsur-unsur orang Eropahnya banyak jadi ini mengelirukan. Pada awalnya di Amerika Selatan mempunyai jiwa kreoul, kreoul adalah gabungan atau perkahwinan secara literal diantara rakyat daripada Eropah dan Latin tempatan jadi ia menghasilkan bahasa yang baru dan budaya yang baru.

Jadi daripada masalah mencari jiwa identiti spiritual ini di Amerika Selatan ia agak mengelirukan sebab adakah ini terletak di Eropah dan Amerika Selatan, adakah disitu jiwanya dipecah belah. Di atas masalah itu juga kita lihat identiti nasional tidak boleh dicari dan ditemui secara diam-diam atau secara rahsia dan senyap. Identiti nasional ini harus di lakukan atau ditakrifkan dari sudut agresif dan dari sudut menentang iaitu menentang budaya barat itulah caranya untuk memupuk identiti nasional itu umpamanya negritude itu diaplikasi sebagai opus european attitude yang melawan jadi ianya tidak boleh muncul secara senyap-senyap, secara conscious iaitu pembentukan nasional itu memerlukan ianya menentang budaya barat. Ianya menjadi lebih tegas di Afrika dalam seni tiada bezanya dan ini saya katakan mempunyai persamaaannya juga di Asia Tenggara tiada bezanya cara hidup seharian dengan seni, seni bukan satu bidang di luar kehidupan harian, seni terletak pada senduk di dapur, baju yang dipakai, cara membuat rumah, pondok-pondok ini semua adalah seni.

Menukar tanggapan seni itu akan melangar cara kesenian tradisional, menerima takrifan seni barat menandakan kehidupan harian harus diperbeza-bezakan dan di fregmentasikannya. Saya ingin bertanya dan ingin menyatakan di Asia Tenggara umpamanya di Malaysia, Indonesia, Brunei pencarian jiwa tempatan atau identiti wilayah kemudiannya dpat dilihat dalam konsep nusantara daripada lagu-lagu M.Nasir daripada sikap pengembaraan Latiff Mohiden dan beberapa kumpulan di Indonesia, kalau di Afrika ada negritud atau jiwa negro, di Asia Tenggara pencariannya dalam konsep nusantara. Jiwa yang saya nyatakan itu lebih merujuk kepada wilayah bukan kepada sebuah negara kadangkala dikatakan kurang kuat, kuat tegas tetapi memerlukan wilayah dulu untuk menyokongnya. Tidak ada negara di dunia namanya Melayu kemudiannya lebih dekatdinamakan Persekutuan Tanah Melayu, nama Melayu itu tidak ada tetapi budaya Melayu itu ada dan lebih luas sampai ke Afrika.

Apa yang merungsingkan di dalam seni ialah budaya barat yang menular masuk itu membawa bersamanya generasi seni yang amat berlainan, paling merisaukan ialah generasi seni yang dimaksudkan membuatkan seni itu tiada fungsi dan peranan dimana segala benda yang berunsur seni terpaksa mempunyai purpose atau fungsi sebab ia berkaitan dengan kehidupan seharian. Jadi memindahkan seni itu sebagai suatu yang tidak mempunyai fungsi yang jelas atau suatu yang autonomous yang mempunyai nilai secara sendiri adalah mengelirukan pada mulanya, ianya mempunyai sejarah yang tersendiri pada permulaannya, dan budaya tempatan itu tercabar. Jika dahulunya masyarakat tempatan melihat si tukang samada tukang kayu, tukang besi sebagai manusia yang anti masyarakat yang berperanan penting dalam masyarakat, si artis yang kemudiannya terbentuk akibat budaya barat tidak menghasilkan benda material, tidak menghasilkan benda yang berfungsi dan dari segi nilai masih belum dapat dipastikan secara tradisional jadi si artis pada mulanya menghadapi cabaran terhadap budaya, mencari kegiatan yang lebih berganjaran seperti ramai di India, Indonesia dan China menjadi pelukis poster filem umpamanya. Di India ramai pelukis-pelukis hebat bermula sebagai pelukis poster filem malah pelukis Indonesia iaitu Affandy bermula sebagai pelukis poster filem, Ibrahim Hussein bermula sebagai pelukis grafik dan ramai lagi sebab jiwa tempatan tak berupaya melihat seni yang tidak jelas peranannya dan fungsinya. Namun begitu ada juga beberpa orang artis yang benar-benar menjiwai jiwa seni baru dari barat ini. Jika kita meriwayat hidup Latif Mohiden sebagai artis pada mulanya beliau pada awalnya telah mengenali jiwa ekspressionis Eropah.

Dalam semua keadaan yang saya nyatakan itu yang dikemukan oleh Mikel Dufrenne ini dan budaya nasional sekali lagi tercabar. Persolannya disini bagaimanakah budaya barat itu dilihat dan difahami, sikap terhadap budaya barat itu berduaan kerana budaya barat itu dianggap sesuatu yang asing atau the other. Namun begitu pada masa yang sama budaya barat itu juga dengan cara kurang senang dianggap sebagai budaya yang berprestij, kenapa ia berprestij? kerana ia dianggap sebagai budaya kemajuan ilmu di barat iaitu kemajuan saintifik barat. Jadi dari segi itu budaya yang maju dari segi sains dan teknologi itu merisaukan negara dunia ketiga yang ingin menafikan budaya itu sebab prestij dan kemajuannya sukar dinafikan. Teknologi barat terserlah sebagai yang memajukan negara-negara barat dan teknologi itu di amalkan atau diperkembangkan sempena sistem kapitalisma, jadi tekonologi berkaitan dengan ekonomi dan ekonomi maju berkaitan denga industri, sepertimana ramai pemimpin-pemimpin di Malaysia mengatakan umpamanya Tun Mahathir Mohamed pernah berkata “kita tidak boleh maju dalam dunia ini tanpa meminjam dan meniru”, saya kurang pasti samada meniru dan meminjam itu beliau bermaksud adakah meminjam dan meniru barat?. Umpamanya bahasa dan nahu kapitalis, bahasa dan nahu teknologi industri barat ialah bahasa Inggeris, bahasa Pernacis atau Jerman, jadi untuk orang bukan barat maju mereka perlu menguasai bahasa dan suara yang lain iaitu bukan suara tempatan.

Semalam dalam akhbar The Star ada satu penulisan yang saya rasa amat menarik oleh Karim Raslan iaitu tentang potensi Bahasa Melayu berkembang dimasa akan datang oleh sebab berkembangnya ekonomi Indonesia yang mempunyai lebih 200 juta orang, dengan itu syarikat-syarikat multinasional yang ingin masuk ke Indonesia perlu berkomunikasi dengan rakyat tempatan, dengan potensi penduduk yang ramai selalunya begitulah negara yang ekonominya negara yang naik dari segi ekonomi pada masa yang sama akan menaikkan juga budaya dan bahasa dan begitulah yang berlaku dalam bahasa Inggeris, Perancis, China dan Jepun. Jadi begitulah yang diperkatakan oleh Karim Raslan bahawa bahasa Melayu akan berkembang dimasa yang akan datang di Indonesia akibat bahasa Melayu lebih canggih dan meluas dalam menyatakan budayanya. Jika boleh baca artikel ini kerana ia membezakan bahasa Melayu di Malaysia kebelakangan dan bahasa Melayu di Indonesia pula maju sebenarnya ia maju sebab kemajuan ekonomi Indonesia, jadi Malaysia juga boleh berkongsi dan menumpang sebab bahasanya adalah sama. Mungkin apa yang hendak saya katakan ialah perkembangan dan budaya adalah berkaitan ekonomi, ketenteraan, kuasa dan wilayah. Jelas sekali bahasa Inggeris menjadi penting dan utama di dunia sebab kuasa dan ekonomi United Kingdom dan Amerika Syarikat selepas itu, ianya bukan sebab bahasa itu sendiri sebab UK menjajah dunia, Amerika menjajah setengah dunia sebab itulah bahasa Inggeris begitu berpengaruh. Susulan daripada itu bahasa berpengaruh, seni lukis juga terpengaruh dan tersebar akibat kuasa politik dan ekonomi, kuasa dan juga ketenteraan.

Mengikut pemerhatian Mikel Dufrenne suasana kemunculan seni lukis moden atau budaya moden di negara-negara dunia ketiga atau negara membangun ialah suasana yang memperlihatkan budaya tempatan tercabar dimana-mana pun konfrontasi antara tradisi dan politik wujud di dunia ketiga budaya tempatan dan budaya nasional dicabar. Apakah reaksi penyelesaian yang boleh dilihat dalam sejarah terhadap cabaran ini? Mengikut Mikel Dufrenne tiga jenis reaksi boleh dikemukakan sehubungan dengan cabaran terhadap budaya tempatan. Penyelesaian yang pertama berbentuk dikotomi, Mikel Dufrenne melihat dikotomi atau penduaan iaitu menduakan cara hidup itu sebagai satu penyelesaian yang boleh diperhatikan dalam situasi cabaran ini, apa yang dimaksudkan dengan penduaan ini ialah sikap atau penyelesaian ini adalah penyelesaian pasif yang tidak menganggu. Masyarakat tempatan dan pemimipin-pemimpinnya membiarkan unsur budaya barat itu masuk dalam budaya tempatan dan wujud selari dengan budaya tradisional tempatan, jadi ada dua budaya yang wujud sama. Ada beberapa pemikir yang mengatakan bahawa suasana cabaran budaya itu oleh yang demikian tiada negara yang boleh lari dari dikotomi tersebut, kedua-duanya harus diwujudkan. Sebagai contoh di Malaysia juga boleh dilihat pada awal abad ke-20 an bila mana rakyat tempatan mula bekerja di jabatan-jabatan yang dipimpin oleh orang Inggeris, iaitu mereka mula memakai seluar panjang, baju lengan panjang, bertali leher, songkok dan kasut, daripada budak pejabat hinggalah ke kerani. Guru pun begitu juga apabila balik ke rumah mungkin hanya pakai kain pelikat malahan tidak memakai baju dan juga memakai kasut. Jadi macam dua cara hidup yang wujud iaitu iaitu barat dan tempatan. Di Jepun perihal ini sentiasa berlaku pada waktu itu. Walaupun Jepun lebih maju dari segi teknologi namun budayanya tercabar lebih awal, mereka ke tempat kerja dengan memakai baju kot dan apabila berada di rumah mereka memakai kimono. Dari segi senibina kita lihat Jepun sekali lagi umpamanya pejabat-pejabat dibina dalam bentuk reka bentuk barat namun rumah masih kekal dalam bentuk senibina tradisional.

Di Jepun ada dua tahap perkembangan, pertama pada zaman Meiji barat boleh masuk dan tenteranya dibaratkan banyak budaya barat termasuk sistem pembelajaran. Keduanya adalah selepas merek kalah dalam perang dunia namun situasinya berbeza dengan kita. Situasi dan pengalaman Jepun lebih dekat situasi dan dengan pengalaman Jerman apabila mereka kalah perang dunia kedua sebab kedua-deuanya adalah negara agung dimana mereka kalah peperangan dalam usaha menguasai dunia. Namun Art of the Third Worlds jarang sekali merujuk kepada Jepun, jadi jika kita membincangkan dalam Art In Asia kita boleh mengambil Jepun dalam perbicangan itu. Dalam sistem dikotomi ini iaitu dalam penyelesaian dicotomous ada kekeliruan ia melibatkan masalah skirovenia iaitu masalah dua jenis cara hidup dimana jiwa atau cara hidup, adakah ini menyenangkan diri? ramai mengatakan ia tidak boleh wujud sampai bila-bila atau tidak boleh ubah iaitu tidak boleh wujud pada dua tahap atau tingkat, ada ego Melayu dan ada ego barat. Macam mana dua ego itu boleh dihilangkan adalah sukar. Satu lagi masalah ini ialah dikotomi memunculkan pengolongan sosial yang tidak boleh diterima iaitu mereka yang mengamalkan budaya barat nampaknya daripada golongan berpelajaran tinggi, yang berbahasa Inggeris dan mendapat kerja yang lebih tinggi diiktirafkan mempunyai budaya yang berlainan yang dikatakan berprestij. Pada tahun 1960 an saya masih ingat ada keluarga-keluarga Melayu, Cina, India tidak akan menonton filem Melayu, Cina, atau India, mereka katakan tidak menarik, mereka hanya tengok filem Inggeris atau Hollywood sahaja ini menunjukkan perbezaan sosial yang mengharukan yang kemudiannya akan merosakkan jadi penyelesaian dikotomi begini tidak mungkin boleh diterima.

Dalam bidang sastera dan seni dikotomi begini memperlihatkan juga kemunculan kumpulan elitis yang simpati kepada barat, kumpulan ini tidak melihat bahawa seni lukis tempatan unggul, seni lukis tempatan harus sentiasa merujuk kepada Paris, New York dan London. Dalam sastera pula jika sastera Inggeris diambil walaupun ada sastera Melayu ia akan dikatakan kurang berprestij, sastera Inggeris yang di tulis oleh penulis tempatan pula dikatakan kurang berprestij kerana ia tidak boleh menandingi dengan Shakespear dan tokoh-tokoh di barat, itulah simpati yang wujud akibat dikotomi. Dengan itu budaya menjadi suatu yang diamalkan dari satu kebudayaan atau culture budaya tinggi itu menjadi suatu privilege, satu yang diamalkan dan satu yang dikaitkan kumpulan bangsawan atau kumpulan atasan ia budaya bukan untuk orang bawahan.

Penyelesaian kedua yang dikemukanoleh Mikel Dufrenne ialah satu bentuk yang mempertahankan dan membela dan memperjuangkan tradisi budaya tempatan dan pada masa yang sama menafikan secara agresif kemasukan budaya barat. Sikap begini banyak penyokongnya dikalangan khususnya para nasionalis dalam sejarah perjuangan kemerdekaan. Mempertahankan kebudayaan tempatan daripada dirosakkan oleh kemasukan budaya barat mempunyai dan memperlihatkan masalah ini. Dalam bidang seni lukis umpamanya pelukis kreatif itu diperlukan untuk mencari asal usul budayanya sendiri dan untuk menyanjungi seni rakyat, rakyat harus diutamakan jadi idea yang diambil dari seni lukis moden barat, idea ‘seni untuk seni’ itu tidak disanjungi, seni adalah untuk rakyat. Dalam penyelesaian kedua ini kita lihat banyak negara-negara sosialis berpegang kepada penyelesaian ini. Penyelesaian begini iaitu menafikan kemasukan barat memperlihatkan kaitanya yang hebat dengan perjuangan untuk kemerdekaan di Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tenggara.

Kadangkala ianya boleh menjadi begitu ekstrim, banyak yang menjadi ekstrimis dan fundamentalis seperti yang terdapat di India, Indonesia, dari segi agama di Mesir malah di Afrika ia menghasilkan semangat nasionalisma yang paling-paling cauvinis, apa sahaja yang dikatakan dari barat dinafikan dan ditolak. Dalam permasalahan ini dan dalam penyelesaian begini dilihat muncul sikap yang menentang pencarian identiti yang lebih awal lagi, di Afrika umpamanya muncul sikap anti-negritud iaitu menafikan jiwa negro itu, sebab bagi mereka yang menafikan jiwa negro itu kerana identiti tidak boleh ditemui dengan hanya melihat kepada asal usul, identiti tidak hanya dilihat dengan mencarinya dibelakang, identiti harus lebih positif, kedewasaan dan lebih ke masa depan merangkumi semuanya. Researh of once identitiy cannot be reduce to the glorification of the past, it must look it own future and then to regard the sense of history dan yang menerajui sikap penentang penganjuran masa lampau ialah pemikir-pemikir yang mereka mengamalkan ideologi Marxist. Marxisme melihat kebelakang hanya bertujuan untuk memaju kehadapan, jadi mereka tidak suka sikap yang menafikan semuanya dan sentiasa memandang ke belakang. Pemikir-pemikir Marxist juga mempunyai cita-cita antarabangsa atau internasional, jadi kalau melihat kebelakang mencari identiti kebudayaan tempatan ianya akan memecahkan kepada kelompok-kelompok, dari satu sudut melihat kehadapan kerana ia adalah satu sikap yang dikongsi oleh pemikir Marxist dan pemikir bukan Marxist.

Kenyataan dan hakikatnya barat itu ada atau wujud dan tidak boleh dinafikan. The reality of the west is the facts which cannot be ignored. Walaupun kita ingin menafikannya dan membebaskan diri daripadanya atau menerimanya barat wujud disitu dan ia adalah hakikat dan menjadi jahil atau tidak mengenali barat itu akan menjejas kemajuan material dan kemajuan spiritual dari segi kemajuan seni dan budaya. Menolak budaya barat secara on block ialah menolak kemajuan sains dan teknologi dan mana ada negara di dunia boleh menolak industri yang maju ia adalah sukar, tetapi jika ia tidak menolak industri itu dan pada masa yang sama ingin mengekalkan ketulenan budaya tempatan maka ia akan terjerumus dengan penyelesaian pertama tadi iaitu dikotomi. Jadi apakah yang harus dilakukan dan apakah penyelesaian seterusnya?

Mengikut Mikel Dufrenne penyelesaian ketiga ialah ‘sintesis’ budaya atau cultural synthesis. Jadi banyak sudut penyelesaian beginilah yang membentuk beberapa ideologi kebangsaan di beberapa negara Dunia Ketiga. Namun ia juga bermasalah kerana walaupun senang dan mudah diberi nama tetapi pentakrifannya adalah sukar. Jika makcik-makcik di rumah masak di dapur emak-emak kita bila dikata ramuan hanyalah secukup rasa sahaja jadi ukuranya sukar sedikit, dimanakah ukurannya? Sebab bila secukup rasa ini kadangkala ia akan menjadi duka, tetapi inilah istilah yang digunakan oleh Mulk Raj Anand pensejarahan seni daripada India iaitu sintesis. Sintesis yang dimaksudkan di sini ialah menggabungkan atau gabungan unsur-unsur budaya dan kemajuan barat dengan unsur-unsur tempatan dan tradisional, ianya berlainan daripada dikotomi yang pertama, campuran daripada gabung ini diharapkan membolehkan atau memungkinkan bentuk kesedaran atau bentuk budaya yang baru iaitu yang lebih canggih yang lebih baik dan diingini, jadi kewarasan inilah yang dikatakan memberi popular tetapi itulah kehendaknya.

Dalam bidang kita seni lukis kita lihat bahawa teknik, bahantara dan beberapa unsur-unsur estetik barat itu khususnya keindividuan ekspresi diri dimasukkan dengan tidak memberi kebebasan seratus peratus kepada si pelukis yang masih mengekalkan umpamanya keperluan untuk patuh kepada adat istiadat tempatan, ini kadangkala menimbulkan kontroversi dan masalah tetapi itulah sebenarnya apa yang dikatakan dalam budaya mana-manapun ianya sentiasa dinamik dan sentiasa memberi masalah selain daripada itu terus berkembang dan maju. Di India paling jelas sintesis ini ialah bagaimana sastera India mula memperlihatkan penggunaan bahantara Inggeris tetapi menulis novel India tidak mengagung-agungkan Shakespear membuta tuli tetapi mengguna bahasa itu untuk mempernyatakan jiwa tempatan. Dalam sastera Melayu tempatan kita lihat bagaimana wujud istilah sastera moden diperbezakan daripada sastera lama iaitu sastera kuno. Sastera moden Melayu biasanya dilihat penciptanya dihasilkan dalam ejaan rumi dan tidak jawi. Rumi itu adalah barat dan rumi itu seolah-olah untuk mencari identiti yang baru. Samada penyelesaian yang terjadi itu diterima elok atau tidak itu terpulang kepada individu dan parti politik, setiap tahun ada perubahan dalam sikap yang harus berlaku.

Dalam usaha memberi penyelesaian secara gabungan atau sintesis ini kita lihat satu istilah atau satu fahamanan menjadi utama ianya berdasarkan perkataan universal. Kesejagatan atau universaliti ini menjadi penting akibat perkembangan demografi manusia akibat penghijrahan, contohnya kita ambil Malaysia, istilah menjadi penting akibat majmuknya penduduk-penduduk Malaysia disebabkan penghijarahan daripada negara India, China, Indonesia dan seluruh dunia mula berubah dan keperluan dunia berubah, keperluan budaya berubah. Mengikut Mikel Dufrenne sintesis inilah yang masih berlaku sekarang ini tetapi apa yang ditulis beliau dalam buku Three Faces of Art ini ialah perkara yang tidak diketahui dengan perkembangan siber sekarang. Sebelumnya ini awal 70 an asalnya 60 an jadi bidang alam maya, komputer dan ruang siber tidak diambil kira. Jelaslah kini keadaan lebih rumit dan memerlukan pemikiran kembali tentang sintesis tidak boleh lagi sintesis yang mengambil kira sempadan literal, sempadan fizikal, sempadan jiwa, sempadan kepercayaan yang menyedari juga dalam keadaan alam maya sekarang ini potensi untuk menjahanamkan dunia meningkat, lihat betapa flash point peperangan di beberapa tempat di dunia, kemuculan teknologi yang diamalkan daripada India, Pakistan, Iran dan Korea Utara dari segi nuklear .

Namun begitu dalam biang seni iaitu seni moden atau seni baru Mikel Dufrenne berkata yang paling utama dari segi apa yang berlaku ialah kesedaran bahawa individu iaitu artis individu itu mendapat pengiktirafan taraf yang baru, inilah yang membezakan daripada pelukis zaman lampau. Bagi Mikel Dufrenne mengatakan inilah faktor baru struggle dalam pergelutan budaya di antara barat dan timur, seolah-olah pelukis di negara Dunia Ketiga mempunyai kuasa baru, mempunyai senjata baru iaitu keindividuannya untuk menangani segala cabaran.