Sabtu, 23 Ogos 2025

Teks Ucapan Pelukis - Retrospektif 25 Tahun


 


Assalamuaikum dan Selamat Sejahtera

 

Terima kasih Pengerusi Majlis,  Yang Berusaha Mr Tan, Setiausha SGM, Yang Dihormati Dr. Uwei Hj Saari pengarah filem dan penulis dan hadirin yang datang ke majlis perasmian ini.

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan bersyukur ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya pameran tinjauan pengkaryaan saya selama 25 tahun ini dapat dibina.

 

Sekalung penghargaan juga buat keluarga tercinta, teristimewa buat bonda dan ayahanda tercinta yang hadir pada hari ini iaitu kedua-dua ibu bapa saya Zabidah Binti Ahmad Jelis dan Sidik Bin Nordin kerana mendoakan saya.

 

Teristimewa buat Isteri dan anak saya Nurain Karim, Akid Rayqal, Abid Naufal dan Adil Iqmal kerana sentiasa sabar dan memahami saya selama 25 tahun ini.

 

Tidak lupa juga adik-beradik, saudara mara, rakan-rakan yang datang memberi sokongan pada hari ini.

 

Setinggi penghargaan juga kepada kumpulan kuratorial pameran di Soka Harmoni Gallery, Wisma Kebudayaan SGM ini yang diketuai oleh Vicky Ho dan pembantu beliau seperti Chung Bin, Wen Xuan, Chew,  Evan dan Creative Group SGM, terima kasih kerana telah memberi kerjasama dan membantu saya dalam memasang dan menyiapakan pameran ini.

 

 


Hadirin yang dihormati

 

Saya masih teringat kata-kata arwah Rahimie Harun iaitu seorang pengumpul seni dan pentadbir seni. Semasa bersua secara tidak sengaja di galeri tempat beliau bertugas ketika itu, beliau pernah mengatakan kepada saya kepada saya pada ketika itu yang baru sahaja bergraduan dan sebagai pelukis muda. Katanya “5 tahun pertama adalah fasa awal yang penting yang menentukan kerjaya seorang pelukis”.

 

Maksud beliau adalah ketahanan dan kekuatan dari segi emosi dan spiritual inilah yang menentukan kelangsungan 5 tahun seterusnya untuk menjadi seorang pelukis tulen. Alhamdulillah penanda aras yang  arwah berikan ini telah saya capai seterusnya telah memberi dorongan kepada saya untuk terus berkarya dan berpameran.

 

Syukur kini saya terus kekal 25 tahun berada dalam mewarnai lanskap seni lukis Malaysia.

 

 

Semoga pameran ini dapat memberi manfaat dan menambahkan lagi khazanah visual negara

 

Sekian. Terima kasih




Tiada ulasan:

Catat Ulasan