Khamis, 28 Mei 2015

Paris sebagai Kota Seni Budaya

Oleh: Faizal Sidik


Laporan yang dikeluarkan pada tahun 2014 menyebut Paris menduduki tempat kedua antara tempat yang paling dilawati didunia. Sudah tentu terbayang pada imaginasi anda mengenai Eiffel Tower atau Menara Eiffel dan mengaitkannya sebagai sebuah kota cinta. Selain itu mungkin juga anda akan mengaitkannya dengan catan Monalisa dimana oranga ramai berasak-asak setiap hari untuk menatapnya sekali seumur hidup yang tersimpan di muzium yang paling ramai dilawati iaitu Muzium Louvre. Tahukah anda bahawa di kota budaya ini juga tersimpannya karya koleksi-koleksi seni penting dari seluruh dunia.. Di sini saya menyenarikan 10 muzium seni moden dan seni kontemporari pilihan saya yang perlu anda lawati sekiranya anda berada di kota ini.

      1. Musee du Louvre 

Muzium Louvre atau Musee du Louvre terletak di tengah-tengah kota Paris. Dibuka pada tahun 1793 ia adalah satu muzium yang wajib anda lawati ‘must see’ sepanjang anda berada di kota ini. Jika anda berkunjung dengan menaiki keretapi bawah tanah ia terletak di stesen Metro Palais Royal/Musee du Louvre. Muzium ini mempamerkan 35,000 koleksi objek daripada zaman prasejarah sehinggalah abad ke-19 di kawasan yang asalnya adalah sebuah istana Raja Perancis yang berkeluasan 60,600 meter persegi (652,300 kaki persegi). Louvre adalah muzium yang menerima jumlah pelawat yang tertinggi kira-kira 20 ribu sehari atau 8 juta orang setahun. Dalam bahasa Perancis ‘Louvre’ bermaksud karya agung yang sangat sesuai dengan namanya kerana menyimpan karya koleksi yang paling masyhur dari serata dunia antaranya yang menjadi tumpuan ialah  catan ‘Mona Lisa’ (1503-19)yang dihasilkan oleh pelukis Itali Leonardo da Vinci. Ada yang mengatakan anda wajib menatap karya ini sekali seumur hidup sebelum anda mati. Adakah kenyataan ini benar? , hanya pengalaman semasa masuk di Louvre dengan harga 16 Euro (RM 64) sahaja boleh memberikan jawapannya. www.louvre.fr


     2. Centre George Pompidou

Centre George Pompidou dikenali juga dengan  George Pompidou atau Centre Pompidou. Dibuka pada tahun 1977 mengambil nama Presiden Perancis yang pernah memimpin daripada 1969 hingga 1974, atas jasa beliau yang telah mengkomisenkan bangunan asal yang merupakan sebuah kilang lama di Beaubourg yang direka semula dengan seni bina pasca moden dan high-tech oleh Renzo Piano, Richard Roger dan Giafranco Franchini untuk dijadikan sebuah bangunan kompleks 7 tingkat yang menjalankan pelbagai aktiviti program seni budaya untuk warga Paris seperti Muzium Seni Moden Negara (Musee National d’Art Moderne) yang mempamerkan karya-karya koleksi seni moden dan kontemporari dikatakan muzium seni  moden yang terbesar di Eropah, Perpustakaan Informasi Awam (Bibliotheque Publique d Information) dan Pusat Penyelidikan Muzik dan Akoustik atau IRCAM  (Institut de Recherche et Coordination Acostique/Musique). Centre Pompidou turut mengadakan pameran solo secara berkala di galeri sementara di tingkat paling atas setiap tahun antaranya ialah pameran Pablo Picasso, Salvador Dali, Roy Linchstein, Jeff Koon dan lain-lain. Tiket boleh dibeli di kaunter dengan harga 14 Euro (RM 56). www.louvre.fr


     3. Palais de Tokyo

Palais de Tokyo atau Place of Tokyo bukanlah terletak di Tokyo negara Jepun, tetapi muzium seni ini mengambil dan jalan lama dimana lokasi bangunan itu berada iaitu Avenue de Tokyo (dari 1918 hingga 1945). Kini Palais de Tokyo yang beralamatkan di 13 avanue du President-Wilson ini adalah sebuah muzium seni kontemporari yang terbesar bukan sahaja di Perancis malah di Eropah. Muzium seni kontemporari ini penuh dengan program pameran seni merentasi media seperti seni visual, seni persembahan, reka bentuk filem dan media baru yang dijalankan sepanjang tahun bersilih ganti.Jika anda ingin menaiki keretapi bawah tanah perhentian yang berhampiran yang berhampirana adalah stesen Metro Alma-Marceu. Tiket masuk ke muzium ini berharga 10 Euro (RM 40). www.palaisdetokyo.com


     4. Grand Palais

Grand Palais des Champ-Elysees atau dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Great Place’ terletak di No 3. Avenue du General Eisenhower, Paris. Dibuka pada tahun 1900 untuk pameran besar Universal Exposition of 1900. Sebuah tapak sejarah, dewan serta pameran dan kompleks muzium ia terletak dikawazan taman Champs-Elysees. Apa yang menariknya struktur senibina Grand Palais  ini yang berstailkan Beaux-Arts yang berbumbungkan kaca melengkung dimana menggunakan sumber cahaya semulajadi dari luar. Jika anda mengetahui mengenai sejarah pameran Salon (pameran besar) di Perancis pada abad ke-18 dan 19, Grand Palais adalah tempat mengadakan pameran Salon de la Societe Nationale daes Beaux Arts, Salon d;Autumne dan Salon Comparaisons. Disebabkan ruang dewan Grand Palais yang bersaiz gergasi itu ia banyak digunakan bukan sahaja pameran-pameran seni sepanjang tahun malah juga kepada pameran perdagangan, automobil dan pertunjukan fesyen. Grand Palais menganjurkan acara tetap FIAC atau International Contemporary Art Show, selain mengkomisenkan artis dalam dan luar menghasilkaninstalasi disitu antranya  ‘Anish Kapoor:Monumenta’ 2011. Bayaran masuk dikenakan adalah dari 12 Euro (RM 48) www.grandpalais.fr


          5. Musee d’Art Moderne de la Ville de Paris

Musee d’Art Moderne de la Ville de Paris atau Muzium Seni Moden Bandarya Paris di buka pada tahun 1961, Muzium seni ini terletak bersebelahan dengan Palais de Tokyo telah dibina sempena International Exhibition Arts and Technology pada tahun 1937. Mempamerkan pengkoleksian seni abad ke20 dan ke-21-kini mempunyai Musee d’Art Moderne de la Ville de Parismempunyai 10, 000 karya. Pameran di sini pameran solo dan bertema diadakan secara berkala selama 6 menggu sekali memokuskan pergerkaan seni lukis Eropah dan antarabangsa yang menjadi trend pada hari ini. Tiket masuk berharga 5 hingga 11 Euro. (RM 20- RM 44). www.mam,paris.fr


         6. Musee d’ Orsay

Jika anda mengemari karya-karya pelukis-pelukis besar Impresionis dan Pasca Impresionis seperti Van Gogh, Monet, Manet, Degas, Renoir, Cezanne, Seurat, Sisley, Gaugain dan ramai lagi Musee d’Orsay merupakan muzium yang tidak boleh dilepaskan. Terletak di Rue de Lille yang berhadapan dengan Sungai Seine. Musee d’Orsay pada asalnya adalah mengambil nama sebuah stesen keretapi dan hotel Gare d’Orsay yang dibina pada 1898 hingga 1900. Pada masa yang sama ia juga mempamerkana karya-karya pelukis Perancis daripada 1848 hingga 1915. Pada tahun 1986 barulah karya-karya berkenaan dibuka secara rasmi untuk tatapan umum selepas pembinaan Galerie Nationale du Jeu de Paume Untuk kesini anda boleh berhenti di stesen Metro Solferino dimana Musee d’Orsay mengenakan bayaran masuk sebanyak 11 Euro (RM 44).www.musee-orsay.fr


         7.  Musee Picasso

Sepanjang hidupnya Pablo Picasso (1881-1973) telah menghasilkan lebih daripada 10,000 karya seni, baki 5,000 daripadanya tersimpan di Musee Picasso yang terletak di Hotel Sale dibina pada 1656 hingga 1659  di alamat no 5, rue de Thorigny dalam daerah Marais, Paris. Muzium yang buka pada tahun 1985 ini menjadi koleksi terbesar Pablo Picasso selain daripada sebuah lagi Museu Picasso (4,251 koleksi) yang terletak di Barcelona. Musee Picasso sebenarnya telah dirancang dibina setahun selepas kematian pelukis itu pada tahun 1974 melalui derma karya yang kebanyakan daripada oleh keluarga Picasso dibawah Estate of Picasso oleh balunya iaitu Jacqueline Roque beserta Anne Sinclair iaitu ahli lembaga muzium. Sejak pembukaannya pada tahun 1985 lebih 1000 pameran telah diadakan. Persembahan karya-karya Picasso  muzium ini dipersembahkan mengikut kronologi dimana galeri di tingkat 2 mempunyai ruang khas untuk pameran secara berkala dan karya seni cetak. Tingkat 3 pula ditempatkan perpustakaan, jabatan dokumentasi dan arkival dan juga bilik kurator. Untuk kesini boleh berhenti di stesen Metro berhampiran seperti Saint-Paul (Line 1), Saint-Sebastian-Froissart (Line 8). Bayaran masuk untuk dewasa adalah berharga 11 Euro (RM 44). www. museepicassoparis.fr


          8.  Fondation Cartier poue I’Art Contemporain

Fondation Cartier poue I’Art Contemporain adalah sebuah muzium seni kontemporari dibawah naungan korporat. Terletak di 261 boulevard Raspal, Paris ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai sebuah pusat seni kontemporari yang mempromosikan dan meningkatkan kesedaran awam terhadap seni kontemporari. Setiap tahun yayasan ini mengadakan program pameran samada solo, bertema dan komisen kepada artis dalam memperkayakan koleksi-koleksinya dalam satu pameran sebagai satu sokongan korporat kepada seberapa ramai audien yang mungkin. Pusat seni kontemporari ini mengadakan satu pameran perseorangan setiap tahun sejak tahun 1986 dan antara artis yang pernah ditonjolkan adalah seperti Hiroshi Sugimoto, Ron Mueck dan Bruce Nauman. Kini ia mempunyai 1000 buah karya daripada 300 artis serata dunia . Bayaran masuk ke sini adalah 10.5 Euro (RM 42). www. fondation.cartier.com


         9. Fondation Louis Vuitton

Fondation Louis Vouitton  bermula pada tahun 2006 sebagai sebuah muzium seni dan pusat kebudayaan yang ditaja oleh kumpulan LVMH dalam mempromosikan seni budaya. Muzium Fondation Louis Vuitton telah dibuka secara rasmi pada 2014 yang terletak di no 8 . Avenue du Mathma Gandi iaitu di Le Bois de Boulogne di sebelah barat Paris. Seni bina muzium yang direka oleh Frank Gehry ini adalah inspirasi daripada bumbung kaca Grand Palais. Mempunyai keluasan 126,000 kaki persegi yayasan ini mempunyai misi dalam mempromosikan penciptaan artistik bukan sahaja kepada Perancis malah masyarakat antarabangsa dalam mengenali seni kontemporari melalui pameran yang diadakan seperti ‘Olafur Eliasson: Contact’. Antara koleksi LVMH adalah karya Basquit, Gilbert & George dan Jeff Koon. Tiket masuk dijual dengan harga  14 Euro (RM 56). www. fondationlouisvuitton.fr       


     10. Le Cent-Quatre

Le Cent-Quatre adalah sebuah pusat seni di Paris terletak di rue d Aubervilliers dibuka pada tahun 2008. Bangunan asalnya adalah sebuah bangunan majlis tempatan. Ia boleh menampung sekitar 5,000 pengunjung dalam satu-satu masa dengan pelbagai acara seperti pameran, tayangan, artis residen, dan pelbagai acara kebudayaan yang lain. Di sini anda boleh melihat artis bekerja di dalam studi yang disediakan secara langsung. Sebagai sebuah pusat seni budaya yang dijalankan oleh komuniti Cent-Quatre ia mesra pengunjung. www.104.fr

Jangan lepaskan peluang anda untuk ke lokasi muzium dan pusat seni yang dicadangkan yang pasti memperkayakan pengalaman visual anda dalam melihat seni.

Faizal Sidik, 'Paris Sebagai Kota Seni Budaya'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan